Jom klik iklan

Saturday, August 20, 2011

Sudah 6 tahun

Hari ini makan hol yan (bapa).Sepatutnya last week,tapi mak usu pula masuk hospital,jadi mak tangguh ke hari ni.Nasib baik mak usu pun dah keluar hospital walaupun perlu check lagi next week. Doctor kata ada nanah dalam buah pinggangnya. Semoga mak usu cepat sembuh....

Bercerita tentang yan,saya sangat merinduinya. Masih lagi saya ingat,setiap kali balik dari Kedah,pasti yan akan bawa makan di Batu 7.Makan mee kari special kegemaran saya. Sudah pasti dia akan membeli ikan sutan, ikan kegemaran saya untuk dimasak steam. Walaupun tidak pernah mengungkapkan kata-kata sayang,rindu namun ingatan dan perbuatannya sudah menunjukkan kasih dan sayang. Setiap kali pergi interview,yan akan menjadi peneman. Tidak pernah dia mengadu penat atau jemu biarpun terpaksa menunggu hingga ke petang. 

Yan pergi terlalu cepat,umurnya baru 60 tahun,masih muda. Namun kecuaian dan sikap tidak ambil berat terhadap kesihatannya telah menyebabkan penyakit kencing manis yang dihidapnya menjadi kronik dan merosakan banyak organ dalaman sehingga doktor tidak dapat membuat apa-apa. Yan sakit cuma sebulan lebih sahaja. Pemergiannya memang mengejutkan. kami semua masih ingat gurauannya dan sikap suka mengusik yan yang sering menimbulkan suasana riang ria dalam rumah. Yan,alangkah cepat Allah mengambilmu sedangkan kami semua masih memerlukan kasih sayangmu. Buat semua rakan-rakan yang masih mempunyai ibu dan ayah,jagalah mereka sebaiknya kerana orang tua adalah pelita hidup kita. Bila mereka tiada,akan terasa kekosongan dalam hidup kita. Sayangilah mereka selagi boleh.

Yan
Yan yangku sayang,
Yan yangku rindu,
Yan yang telah meninggalkanku,
Biarpun berjuta tahun,
Aku takkan lupa,
Kasih sayangmu,
Yang mengalir dalam diriku,
Tetap segar hingga akhir hayatku.

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunilah Yanku,
Kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihiku,
Lindungilah dia sebagaimana dia melindungiku,
Dan temukanlah kami ya Allah,
Dalam syurga FirdausMu...Amin.


5 comments:

  1. Touching nye Yang... dan sebenarnya aku rindu giler kat mak aku... :(

    ReplyDelete
  2. yalah Zura,tapi aku bersyukur aku masih ada mak...Ta lagi kesian,sapa pun takde..

    ReplyDelete
  3. Ye betul... Apa2 pun kita sentiasa bersyukur dan sentiasa hargai apa yang kita ada kan..

    ReplyDelete
  4. betul tu...hidup ni singkat,hargailah apa yang kita ada...kita ni bertuah,ramai org sayang kita kan..

    ReplyDelete