Tuesday, August 9, 2011
Alangkah singkatnya hidup kita ini
Semalam, Isnin,8.8.2011,saya dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada 2 orang murid saya, Balwin tahun 2 dan adiknya Cerris tahun 1. Ibu mereka di beritakan mengalami strok semasa sedang menonton tv pada petang sabtu lalu dan terus dihantar ke hospital Serian dan kemudian dihantar ke Hospital Kuching malam itu juga. Namun sudah suratan, beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital Kuching dan telah dikebumikan pada hari Ahad yang lalu. Ibu keduanya baru sahaja berumur 38 tahun. Menurut cerita orang kampung,beliau memang telah menghidap darah tinggi namun tidak mengambil ubat-ubatan. Sayang sungguh seseorang meninggal kerana sesuatu penyakit yang boleh dikawal sekiranya mengambil ubat. Memanglah ajal dan maut di tangan Tuhan,namun Allah menyuruh kita berusaha,bukan menerima bulat-bulat. Sayu rasa hati apabila memandang wajah 2 orang budak yang tidak mengetahui apa-apa itu. Kehilangan seorang ibu umpama terpadamnya lampu yang menerangi hidup mereka. Semoga mereka berdua tabah dan dapat mengharungi hidup ini tanpa seorang ibu. Sedih apabila mengingati kata-kata Cerris apabila ibunya dimasukkan ke dalam keranda...."Kenapa masukkan mak dalam kotak,dia cuma tidur sahaja"...alangkah lurusnya kata-kata itu tanpa mengetahui itulah kali terakhir dia melihat ibunya di dunia ini.Oleh itu,saya ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan yang menbaca blog ini,hargailah kesihatan kita. Jika sakit,jangan dipandang ringan. Semoga perkara yang sama tidak menimpa kita.Jadikanlah peristiwa ini satu pengajaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment