Hari ni first time buat biskut sendiri. Kalau dulu sorry lah nak buat biskut,gerenti ayat lazim keluar..."saya buat biskut kacang goreng je,senang"..... tadi buat biskut Bebola Kristal resepi dari buku Kek dan Biskut Chef Hanieliza..buku pinjam kat PPM saya ,Anna....Punya semangat buat sampai 1kg tepung iaitu 4x adunan dari yang asal.Maklumlah nak buat biskut untuk raya,takkan buat sikit2 je kan...resepi asal colour merah,kuning hijau,tapi saya buat purple,hijau dan warna kuning asal. Ikut resepi punya pasal,saya bakar dalam oven 150'c (dalam resepi 180'C) selama 25 minit. Tak sampai 15 minit,saya terhidu bau asap dan Jazli pun pergi tengok..."Mak,asap"...wah,berkepul-kepul asap keluar dari oven.Sah-sah rentung semua biskut, hitam dan hangit. Adeh, saya tutup oven,dan sambung buat biskut. Kali ni saya set 100'c dan 10 minit. Tengok belum masak saya tambah 10 minit lagi.barulah biskut saya masak dengan cantiknya. Moral of the story, jangan ikut waktu bakar dan suhu yang di nyatakan dalam resepi. Set rendah dulu dan kaji kesesuaian kepanasan oven dengan biskut yang kita nak bakar. Oven baru (baru sebab baru nak bakar biskut dalam tu biasa panggang ayam dan kek je hehehehe) kenalah diset mengikut kesesuaian biskut yang dibakar. Kalau tidak,makanlah biskut yang hangit...hihihi
Kalau nak resepi ada kat blog ni...sama je resepinya nama je lain..tapi memang sedap dan ranggup....
http://dapur-mamasya.blogspot.com/2011/08/cristal-ball-hazelnut.html
No comments:
Post a Comment