Jom klik iklan

Wednesday, May 11, 2022

AKU DAN TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH(1)

Tiada yang lebih indah apabila rumah sendiri yang ditunggu siap dibina.Daripada tanah kosong saya melihat progress rumah itu setiap minggu. Cerucuk ditanam,lantai disimen,atap didirikan dan siaplah sebuah rumah. Dari hari ke hari,saya dan keluarga menunggu rumah itu siap sepenuhnya dan akhirnya,tahun lepas dalam bulan Jun,Saya mendapat panggilan telefon dari pemaju untuk mengambil kunci rumah. Musykil,kerana rumah tersebut belum siap sepenuhnya,tandas belum dipasang,siling masih berlubang dan banyak lagi yang belum dibuat.

 Saya bertanya kenapa ambil kunci sedangkan rumah itu belum siap sepenuhnya. Jawapan yang di terima,ambil sahaja kunci dan yang lain akan disiapkan kemudian. Saya tanya lagi mana mangkuk tandas?jawapan yang diberi,tidak dipasang dahulu kerana takut tandas tersebut dicuri orang. Saya terkasima.Bukakah tanggungjawab pemaju untuk menyiapkan rumah sebelum diserahkan kepada pembeli?Mereka cuma menjawab sila telefon madam yang bertanggungjawab jika inginkan jawapan yang lebih lanjut.

Saya abaikan panggilan tersebut dan beberapa panggilan lagi selepas itu. Setiap minggu saya pergi melawat rumah saya untuk melihat perkembangan rumah tersebut namun tiada perkembangan yang memberangsangkan. Akhirnya,setelah berdegil beberapa bula,akhir bulan Desember 2018 saya mengambil kunci dan membuat aduan kerosakkan rumah. Saya kepilkan gambar dan hantar kepada pihak pemaju. 


Disinilah bermula episod menunggu dan menunggu dan menunggu rumah saya diperbaiki. Ramai jiran-jiran seperumahan mengadu perkara yang sama.Ramai yang pergi mengamuk di pejabat pemaju dan tidak kurang yang menelefon berulang kali kepada pemaju. Saya tidak ingin membuat perkara yang sama sebab saya lihat pemaju ini degil  dan amat membuang masa dan kedit telefon sahaja. Sayapun mula mengoogle bagaimana saya dapat mengambil tindakan tanpa saya perlu berulang ke pejabat pemaju dan berula menelefon mereka. Akhirnya saya terjumpa blog https://blog.cyrildason.com/tribunal-tuntutan-pembeli-rumah-sarawak/ dan menemui TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH. 


Saya bermula dengan mengemail TALKHIKMAT 555999@sarawak.gov.my dan respond dari email ini memang bagus. Saya mendapat panggilan dari Tribunal dan diberi penerangan tentang apa yang perlu saya lakukan.