Jom klik iklan

Wednesday, November 14, 2012

Tandas oh tandas..

Apa aktiviti anda semasa cuti sekolah ni?Mesti antaranya berjalan-jalan ke pusat membeli belah..Jalan-jalan jer,tengok ada jualan murah ke atau ada apa-apa yang menarik.Tidak membeli apa-apapun selain air minuman atau makan di bangunan shopping complex itu. Sesuai dengan tajuk entry kali ini iaitu TANDAS amatlah penting setiap kali berjalan-jalan. Semalam kami berjalan ke shopping mall antara yang terbesar di Sarawak iaitu Boulevard Shopping Mall. Memang besar tapi kami seperti biasa cuma naik ke tingkat 4 untuk ke tempat permainan dan biar Jaz dan Tirah main puas-puas sambil kami berdua duduk berurut selama 1/2 jam seorang...hehehe..cuma RM5 jer.

Setelah puas bermain,kamipun pergilah makan. Tempat makan memang besar dan menu semua lazat-lazat. Nak dijadikan cerita,sedang enak makan,si Tirah pun sibuk nak berak.Alahai anak dara ni,potong stim betul...Jadi saya pun bawa dia ke tandas yang terdekat. Ala,yang dekat lift tu,depan atm mesin. Tandas memang banyak,berbintang-bintang lagi tanda tingginya taraf dia. Tapi yang sangat menyakitkan hati ialah TIADA PAIP AIR DALAM TANDAS. Cuma 1 sahaja yang ada paip,jadi terpaksalah menunggu. Akhirnya dapat jugalah guna tandas dan Tirah cuma kencing sahaja. Dia ni sejak tidak menggunakan lampin pakai buang,belum pandai hendak membezakan hendak kencing atau hendak berak. Bukan itu yang saya hendak ceritakan,tapi keperluan air dalam tandas. Memang tandas di Boulevard banyak,tapi banyak yang tiada paip air. Tisu pun tidak ada. Kenapa tiada paip air dalam tandas?Takut tandas basah ke?Sudah tu kalau orang hendak berak dan cuci bagaimana?tisu pun tidak ada....Teringat semasa pergi ke shopping mall yang tidak kurang cantik dan besarnya iaitu The Spring. Shopping Mall memang best,cantik,hebat dan sebagainya tapi tandas???? Berpusing-pusing saya mencari tandas yang ada air dan tidak jumpa. Bila tanya kawan,rupanya ada di tingkat 4 yang dikenakan bayaran RM2 kalau tidak silap. Tidak kisah dengan harganya apabila keadaan sudak mendesak.Namun tiada anak panah atau pemberitahuan di mana tandas ada air dan akhirnya terpaksalah keluar dari The Spring yang lawa itu dan cari stesen Petronas yang terdekat untuk melepas hajat. Kesukaran mencari tandas yang ada air telah menyebabkan The Spring bukanlah tempat pilihan untuk window shopping atau membeli belah.



Persoalan yang saya sering fikirkan ialah kenapa tiada air di tandas? Moden sangat ke kita sampai tidak perlu mencuci apa-apa yang patut?Saya boleh terima jika hanya buang air kecil,kalau air besar?Nak guna tisu?Semasa di The Spring haritu tisu bersepah dan tandas???Masya Allah,terbantut saya hendak masuk.
Tolonglah fikirkan kepentingan air dalam tandas bukan hanya fikirkan jimat air atau takut basah. Ada juga tempat-tempat berkursus yang tiada air dalam tandas sehingga kami terpaksa membeli air mineral untuk digunakan. Menyampah bukan???



Thursday, November 8, 2012

Cuti hujung tahun 2012

Cuti.........................................................................................................................hingga 2.1.2013......

best rasanya kalau cuti dapat baring santai camni..tapi cuti2 pun banyak kerja menunggu..harap tak banjir tahun ni..nak mengecat kelaslah pula...

Tuesday, November 6, 2012

Fasiha Athirah,anak dara yang manja

4.11.2009 tarikh lahir anak dara saya yang tunggal,Fasiha Athirah.Lahir pada hari rabu,waktu tengahari setelah ada bilik bedah yang kosong..huhuhu.. ya,dia lahir cara cesarean. Mengandungkan Athirah(nama panggilan dia sebab abang dia Jazli tidak dapat menyebut Fasiha dengan betul dahulu) memang sangat penat. Saya mudah penat,mabuk dan asyik masuk hospital. Masuk kerana darah tinggi,masuk kerana kencing kotor,masuk kerana kencing manis dan macam-macam lagi sehingga pernah saya tulis pengakuan tidak mahu masuk hospital kerana tension tinggal di hospital. Pernah seminggu hendak Hari Raya Aidilfitri saya tinggal di hospital dan keluar 2 hari sebelum raya. Kalau beraya kat hospital,mau saya lari balik rumah beraya dulu lepastu balik ke hospital..hehehe...

Berbalik kepada cerita Fasiha Athirah,ya memang harijadinya telah berlalu. Saya tidak menyambutnya seperti kelaziman ibu bapa yang menyambut hari jadi anak-anak mereka. Bagi saya yang membesar tanpa pernah merasa disambut harijadinya maka saya pun tidak merasa kepentingan menyambut harijadi anak secara besar-besaran. Bagi saya cukuplah pergi makan keluar,KFC biasanya atau gerai makan biasa dan makan makanan kegemarannya. Lagipun Fasiha Athirah baru berusia 3 tahun,apalah yang dia tahu tentang sambutan harijadi.

Di sini saya masukkan gambar-gambar Fasiha Athirah dan sila kenalpasti apa perbezaan dalam gambar-gambar tersebut selain daripada dia semakin membesar dan menjadi gemuk seperti abangnya. Petang tadi pergi klinik Ibu dan Anak untuk timbang dan berat dia 19kg. Abangnya pula 52.5kg.


Birthday tahun lepas


Menyamar bersama budak 6 tahun

Bersama kawan lain bangsa dan bahasa...Berinteraksi menggunakan bahasa isyarat sahaja
Hensem tak?hehehe










Jumpa tak perbezaan yang saya katakan?Selain pertambahan saiz rambutnya juga berubah.Ya,sila tengok sekali lagi..rambutnya asal lurus menjadi semakin kerinting. Pelik tapi benar...Bila saya selidik,rambutnya mula berubah sejak bulan 5 tahun ini apabila ia semakin bergulung dan kerinting. Ramai yang tegur,dikerintingkan ke?takkanlah saya nak kerintingkan rambut anak dara saya yang masih kecil ini. Dia ikut rambut siapa? Jawapan saya selalunya rambut neneknya iaitu ibu saya yang kerinting. Tak kisahlah kerinting atau lurus,asalkan sihat walafiat...Semoga jadi anak yang solehah ya sayang...







Saturday, November 3, 2012