Selamat hari raya semua dan maaf zahir dan batin..Setelah sebulan berpuasa,hari ini kita merayakan hari raya. Syukur pada Allah kerana kita masih lagi bernafas hari ini. Saya seperti biasa beraya di rumah mak.Bukan apa,rumah mentua dekat je,jadi pagi raya saya pergilah beraya. Maklumlah rumah mak saya kurang orang yang menolong (alasan tu..hehehe) Saya bersyukur mak mentua bukanlah seorang yang cerewet,asalkan saya datang ke rumahnya beraya itu sudah memadai. Mak tahun ini sangat gembira kerana semua anak-anaknya dapat berkumpul walaupun mereka beraya di rumah mentua tapi pagi raya dapat juga datang beraya bersama mak.
Tetamu juga tidak berhenti-henti datang bermula dengan anak-anak buah mak berbangsa cina,rakan saya orang Sabah, orang bidayuh dan bangsa melayu sendiri hadir meraikan hari raya bersama-sama kami. Memang 1 Malaysia.
Kadang-kadang saya terfikir bagaimana saya sanggup hendak bergaduh hingga berbunuhan antara kaum seperti di negara lain sedangkan saya sendiri mix cina melayu,mak saya mix cina bidayuh dan kami ada ramai saudara mara cina,bidayuh,iban dan lain-lain bangsa lagi hasil dari kahwin campur. Maka kami adalah 1 keluarga yang dicubit paha kiri,paha kanan juga akan terasa sakitnya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga keharmonian kaum dan saling hormat menghormati antara kaum.Janganlah dinyalakan api perkauman yang lebih membawa keburukan dari kebaikannya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebila masa mak ku mix cina'bidayuh..blurr
ReplyDeleteko sik tau rupanya..first raya kan anak buahnya datang,sidaklah yang bercerita..
ReplyDelete