Jom klik iklan

Wednesday, March 7, 2012

Ingat ya,anak kita bukan robot!!

 Semua ibu bapa menginginkan kejayaan anak-anak.Namun janganlah jadikan ia tekanan kepada anak-anak kita. Kasihanilah mereka.Kadang-kadang bukan mereka tidak mau belajar,namun mereka tidak berupaya menerimanya. Bagilah mereka masa supaya mereka dapat belajar,bermain dan berjaya tanpa mengalami tekanan yang melampau.Tapi jangan pula langsung takde tekanan,nanti naik lemak ler pulak....


myMetro | Anak dianiaya berterusan

Mari kita bersyukur

Walaupun tidak naik seperti mana yang diangankan,namun ada juga kenaikan yang boleh membantu menampung kehidupan dan perbelanjaan yang kian meningkat ini. Semoga ada lagi penambahbaikan yang memang sangat patut untuk kepentingan kakitangan kerajaan yang telah sekian lama berdebar menunggu keputusan SBPA haritu. Terima kasih daun keladi,lain kali naiklah lagi..hehehe


myMetro | Pelarasan gaji berkuatkuasa 1 Jan

Emak yang celaka...

Entah apa dalam kepala otak mak jenis ini..baik hukum sula jer..

myMetro | Padan muka

Terus menunggu...sampai bila????Update

       Kelmarin,semalam dan hari ni menunggu janji SESCO nak pasang elektrik kat kedai.Malangnya sampai sekarang,janji tinggal janji.Semasa bayar 2 minggu lepas,dia orang janji,dalam masa seminggu.Tapi dah berlalu seminggu kita orang (saya dan suami) pergilah tanya bila,dijanjikan 2-3 hari lagi dan sampai ke harini tak pasang-pasang lagi sedangkan semua cas sudah dibayar. Mahal sungguh kos pemasangan elektrik di Sarawak. Bayangkan saya kena bayar lebih RM3000 hanya untuk kos pemasangan meter dan penyambungan elektrik. RM1140 (diskaun RM40) untuk pasang 2 kipas,2 lampu dan 2 soket.Semua yang dah dihabiskan lebih RM4000 tapi sampai harini belum berapi lagi sedangkan proses permohonan sejak sebelum Tahun Baru Cina dan sehingga harini 7.3.2012 masih lagi bergelap.Itupun masih di kira murah kerana kedai saya tu sebelah tiang elektrik je.Kalau jauh dan kena ada tiang lain pasti melayang lagi RM1000 lebih.Entah bilalah SESCO nak pasang. Sungguh-sungguh menyakitkan hati kerana susah betul nak buat kerja waktu siang sebab panas dan malam pula gelap.

       Itu pasal elektrik,pasal van pula konon nak murah dan cepat belilah dari Pulau Pinang(Second hand jer). Penat sepupu suami pergi cari dan pilihkan. Sudah selesai semua pembelian,tiba pengeposan ke Sarawak. Memanglah naik kapal tambang dah RM2300.Semua urusan selesai selepas Tahun Baru Cina dan dijanjikan 1 minggu sampai. 15.2.2012 dapat panggilan mengatakan kapal baru nak jalan. Ok lah lagi boleh di terima. Malangnya sampai sekarang kapal tak sampai2. Bila di telefon kata kapal singgah mana2 pelabuhan. Alahai,sampai harini entah di manalah van tu. Esok nak cuba call lagi.

       Memang banyak dugaan sejak mula berniaga ni. Belum lagi dugaan kecil2 seperti barang di order tak sampai, barang di order tak seperti yang dipesan dan macam-macam lagi yang menduga kesabaran. Semoga saya dan suami sentiasa bersabar dan mampu mengatasi semua halangan dan dugaan ini. Semoga rezeki 9/10 yang Allah janjikan untuk sesiapa yang berniaga menjadi milik kami juga.Amin...

Ahad 11.3.2012

Jumaat lalu dah bayar lagi kat kontraktor RM280 sebagai kos penyambungan.Lepas ni tak tau kos apa lagi sebab sampai hari ni SESCO belum juga pasang meter. Apa yang menghairankan ialah kos RM2800 lebih sebagai kos CC (connection cost) tu untuk apa kalau saya kena bayar kontraktor lain?hairan-hairan....Esok nak pergi tanya lagi,bila nak pasang meter..... 

Saturday, March 3, 2012

Tikar kartun edisi 4 (update)




Tikar baru tanpa bau (kecuali flyer birds) dan sangat cute...tengoklah ya..











Saturday, February 25, 2012

Tikar evamatik edisi 3

Tikar baru yang saya dapat hari ni...sangat comel dan menarik.Terbuka untuk tempahan.Silalah menjamu mata ya...

Terbuka untuk tempahan.Stok akan diambil hujung minggu depan.

 Terbuka untuk tempahan.Stok akan diambil minggu depan.

 Terbuka untuk tempahan.Stok akan diambil minggu depan.

 Ready stock

 Ready stock



Kalau ada yang berminat,email or sms saya ok.....

Friday, February 24, 2012

Pernah Tengok Buah Ini Di Semenanjung Tak?

Sekarang musim buah-buahan di Sarawak. Antara yang glamer buah ni ler.Buah ni dikenali dengan nama buah mbang atau mawang. Rasanya ada yang masam dan ada yang manis bila masak. Biasanya di buat sambal atau di cincang di campur dengan air atau dimakan begitu sahaja bagi buah yang manis. Kulitnya tebal dan boleh dimakan juga. Kulitnya dikikis dan dipotong kecil boleh di buat sambal atau dicampur dengan sayur keladi,ikan lempah dan segala jenis makanan yang perlukan asam. Buah ini buah bermusim dan berat sebiji boleh mencapai sehingga 1kg. Warnanya kulitnya coklat tapi apabila masak isinya berwarna kuning. Amat enak dan sedap sekali. Masa mengandung si Jaz dulu sangat suka makan buah ni.Biarpun mahal tetap dibeli.

Dah siasat dari orang-orang yang berasal dari semenanjung,mereka tak pernah nampak buah ini semasa di Semenanjung..Rugilah,buah ini sangat sedap...