Jom klik iklan

Wednesday, March 26, 2014

RESEPI MANOK PANSOH (AYAM MASAK DALAM BULUH)

Cuti-cuti ni memang rasa hendak makan sahaja..Bukan apa,waktu cuti ni senanglah hendak mencari segala macam bahan masakan dan masa memasak pun panjang. Kalau tidak,masaklah apa-apa yang mudah sahaja. (tambah lagi kalau tengah malas..hihihi). Jom cuba resepi manok pansoh versi saya pula. Resepi mak saya sebenarnya.


Bahan-bahan

1 ekor ayam,kalau ayam tua lagi bagus. Potong kecil-kecil untuk mudah masuk dalam buluh.
1 batang buluh untuk pansoh. Buluhnya agak tebal. Kalau tiada,buluh lemang pun boleh.
1 ulas serai
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 ulas halia
(tambah jika rasa tidak mencukupi.Saya agak-agak sahaja.Kuantiti seperti untuk masak sup ayam)
Segenggam daun ubi kayu.(untuk tutup atas ayam nanti)
3 batang daun bunga kantan dihiris kecil-kecil.
garam dan perasa secukupnya.

Cara membuatnya.
Blend bawang merah,bawang putih dan halia hingga agak halus. Kalau rajin menumbuk lagi bagus. Lepas itu,curahkan atas ayam,gaulkan dengan garam dan bahan perasa. Masukkan bunga kantan. Kalau di blend bahan tadi tidak perlu tambah air. Jika ditumbuk,letak sedikit air untuk memesrakan semua bahan tadi. Selepas itu,masukkan ke dalam buluh,goyang-goyangkan buluh supaya penuh ruang dalam buluh. Hentakkan sedikit sahaja supaya tidak terlalu padat. Akhir sekali,masukkan daun ubi kayu sebagai penutup ayam tadi. Bakar dalam api yang sederhana. Balik-balikkan seperti masak lemang. Bila sudah mendidih lama,angkat dan hidangkan.Sedap dimakan bersama cili kicap. Mudah sahaja membuat cili kicap.Tumbuk beberapa biji cili padi bersama 2 ulas bawang putih. Curahkan kicap dan masukkan sedikit gula.(kalau kicap masin).Sudah siap dan sedap dimakan.

Bagi yang tidak ada buluh,resepi ini juga boleh dimasak di atas dapur. Caranya masukkan ayam di dalam periuk.Tudungkan dan masak dengan menggunakan api kecil. Jangan lupa masukkan air sehingga ayam tenggelam setengah.Jangan lupa balik-balikkan ayam supaya masa serata. Bagi sesiapa yang tidak suka bunga kantan,boleh juga tidak meletakkannya.SELAMAT MENCUBA...

PS:Resepi ayam pansoh ibu saya ini sama seperti resepi masak sup ayam,cuma tiada rempah sahaja. Rasa dan wangi buluh itu yang menaikkan aroma ayam pansoh...gerenti sedap punya....

Sorry,gambar sudah terpadam..nanti kalau saya masak pansoh,saya update di sini ya......


Bola oh Bola

Bola memang bulat....kalau ada yang leper tu tandanya bola kurang angin...takpun bola ragbi. Menyebut tentang bola,saya memang tidak berminat. Kalau ada perlawanan bola antara Sarawak dan mana-mana negeri,yang saya hendak tahu cuma keputusannya sahaja. Orang yang minat dengan bola,ialah suami saya. Kalau boleh,setiap match di Sarawak mesti ada dia. Selalu juga dia ajak menonton,tapi maaflah.Tak kuasa nak berhimpit dan berpadat dengan ribuan penyokong Sarawak.



Walaupun saya bukan Die Hard Fan tapi kedai saya ada menjual jersi Sarawak.
jadi peminat Ngap Sayot,jomlah datang ke kede..tok jersi original replica. Tak mainlah jual tiruan..Jomlah,sikboh malu-malu...

26.3.2014

       Fuhhhh....sudah hampir masuk ke bulan 4 baru hari ini update blog.Wah...lamanya tidak berblog.Bukan apa,tangguh punya tangguh akhirnya apapun tidak menjadi.heheehe...Sekarang saya tidak lagi menggunakan streamyx jadi aktiviti online kebanyakannya hanya menggunakan handphone. Sudahlah kecil,susahlah hendak mengemaskini blog. (alasan jer..hahaha) Apapun,dalam hanya 3 bulan ini pelbagai perkara telah berlaku dan yang terbaru MH370 yang masih hilang dan dikuatiri berakhir di Lautan Hindi. Sedih memang menyedihkan. Saya amat berharap mereka semua sekadar hilang dan selamat dijumpai namun kenyataannya bercanggah. Apa yang pasti,semua ini adalah ketentuan Ilahi. Kita cuma menerima dan redha dengan janjiNya. Semoga keluarga dan rakan MH370 tabah dan sabar dalam menghadapi musibah ini. Bagi yang bijak pandai dan yang memadai-mandai di alam siber dan diluar sana,harap hati-hati bila mengeluarkan tutur kata dan menaip pendapat anda kerana ada hati yang perlu dijaga.Janganlah menguris hati mereka yang memang telah terluka dengan kehilangan ini.