Jom klik iklan

Monday, December 31, 2012

Jazli pra sekolah

Hari ini daftarkan Jazli ke pra sekolah bersama dengan Mai,sepupunya. Bersemangat betul pergi ke sekolah sambil bawa beg. Athirah pun sama sibuk bawa beg Angry Bird sedangkan bukan ada dapat bukupun..Jazli dapat masuk ke kelas pra 2 di SK Serian di bawah seliaan Cikgu Rahimah Kipli. Tinggal esok sahaja cuti, selepas tu mulalah musim persekolah 2013..


SELAMAT BEKERJA CIKGU-CIKGU DAN SELAMAT BELAJAR ANAK-ANAK MURID





cuti dah abis ke?huhuhuhu

Sunday, December 16, 2012

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA

Kedai Rakyat 1 Malaysia yang baru dibuka di Kuching memang besar dan cantik. Terletak di bekas gudang yang besar dengan tempat letak kereta yang juga luas. Kedudukan juga strategik kerana terletak di tepi jalan raya utama Kuching Serian. Sebelum pembukaan kedai 1 Malaysia,saya memang teruja dengannya. Hampir setiap hari mendengar iklan harga barangan yang murah sehingga 40% daripada barangan yang sama jenama lain membuatkan hati tidak sabar menunggu pembukaannya di Sarawak. 

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Kedai 1 Malaysia telah dibuka di Sarawak. Wah,pucuk dicita ulam mendatang. Saya tidak ingat bila kali pertama saya berkunjung ke Kedai 1 Malaysia dan pada hari itu ramai juga yang datang untuk melihat apa yang dijual di Kedai 1 Malaysia. Memang menarik,dengan warna merah terang yang memikat,susun atur yang kemas dan barang yang boleh dikatakan banyak. Namun,rata-rata yang datang tidak membeli apa-apa dan terdengar rungutan."baik beli di Boulevard","Giant pun murah","H&L pun sik semahal tok" dan pelbagai lagi rungutan kedengaran dari pengunjung Kedai 1 Malaysia. Memang benar,ada yang murah,namun lebih banyak yang mahal. Barang yang murah cuma yang ada label 1 Malaysia. Sedihnya,murah pun belum setanding dengan murah di kedai runcit atau hypermarket yang lain. Kalau setakat hendak beli tepung,gula,minyak masak dengan harga subsidi,di hypermarket lain pun boleh dapat harga yang sama. Susu tepung,susu manis,kordial pun mahal. Kalau ada yang murah cuma yang berlabel 1 Malaysia namun rasanya 'kureng' sikit. Sedih memang sedih. Harga barang di Kedai 1 Malaysia lebih mahal dari kedai lain. Hasrat saya ingin membeli belah di kedai 1 Malaysia telah terbantut. Sekarang,Kedai 1 Malaysia semakin kurang pengunjung. Setiap kali melalui Kedai 1 Malaysia saya pasti menoleh. Kereta yang diparkir depan kedai semakin kurang. Bagaimana kedai 1 Malaysia dapat bertahan jika tiada pembeli?Saya amat berharap perubahan dapat dilakukan. Juallah barang lebih murah atau setara dengan harga di kedai lain. Tolonglah semak harga dan buat perbandingan.Jangan jadi kedai berhantu nanti sebab tiada siapa datang membeli. Saya sayang dengan idea Kedai 1 Malaysia itu. Di harap pihak berkenaan dapat membuat perubahan secepat mungkin sebelum nasi menjadi bubur. Semoga Kedai 1 Malaysia tidak terkubur di Sarawak.

Contoh Kedai 1 Malaysia (ehsan Google)



BUTIK UNIQUE SARAWAK




Sunday, December 9, 2012

dilema orang kidal

Membaca dalam Kosmo! Online - Rencana Utama cerita tentang orang kidal memang benar. Saya juga salah seorang pengguna tangan kiri hampir dalam semua perkara kecuali makan. Memang mencabar bagi pengguna tangan kidal untuk melakukan atau menggunakan barang yang khusus untuk orang tangan kanan,misalnya, pengupas buah, memandu kereta, memasak dan mengaji. 

Sebagai seorang guru pra sekolah,cabaran saya setiap tahun ialah mengajar murid yang menggunakan tangan kanan untuk menulis dan menunjukkan contoh tulisan di papan tulis dengan tangan kanan. Memang nampak mudah,tapi itu adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh saya setiap tahun. Saya mengajar murid menulis dengan memegang tangan mereka dengan tangan kanan juga kerana sukar mengajar murid menulis jika kita menggunakan tangan kiri. Lagipun,orang kidal menulis di atas bukunya seolah2 terbalik. Jadi kedudukan tangan amat penting untuk mengajar murid menulis dengan betul. Namun semua itu hanya alah bisa tegal biasa..Tiada yang mustahil jika kita mahu melakukannya. Harap ibu,bapa,penjaga dan cikgu2 yang mengajar murid tangan kidal tidaklah memaksa mereka menulis dengan tangan kanan dan tunjuklah cara menulis yang betul juga dengan menggunakan tangan kidal. Kita cuma mengajar bentuk huruf dan nombor dan terpulanglah dengan tangan mana ia ditulis asalkan betul bentuk dan rupanya. 

Apa yang menarik,ada pendapat mengatakan orang kidal lebih bijak dari orang tangan kanan...betulkan?kami memang bijak sebab dapat hidup dalam dunia orang kanan tanpa banyak masalah....hehehehe

Wednesday, November 14, 2012

Tandas oh tandas..

Apa aktiviti anda semasa cuti sekolah ni?Mesti antaranya berjalan-jalan ke pusat membeli belah..Jalan-jalan jer,tengok ada jualan murah ke atau ada apa-apa yang menarik.Tidak membeli apa-apapun selain air minuman atau makan di bangunan shopping complex itu. Sesuai dengan tajuk entry kali ini iaitu TANDAS amatlah penting setiap kali berjalan-jalan. Semalam kami berjalan ke shopping mall antara yang terbesar di Sarawak iaitu Boulevard Shopping Mall. Memang besar tapi kami seperti biasa cuma naik ke tingkat 4 untuk ke tempat permainan dan biar Jaz dan Tirah main puas-puas sambil kami berdua duduk berurut selama 1/2 jam seorang...hehehe..cuma RM5 jer.

Setelah puas bermain,kamipun pergilah makan. Tempat makan memang besar dan menu semua lazat-lazat. Nak dijadikan cerita,sedang enak makan,si Tirah pun sibuk nak berak.Alahai anak dara ni,potong stim betul...Jadi saya pun bawa dia ke tandas yang terdekat. Ala,yang dekat lift tu,depan atm mesin. Tandas memang banyak,berbintang-bintang lagi tanda tingginya taraf dia. Tapi yang sangat menyakitkan hati ialah TIADA PAIP AIR DALAM TANDAS. Cuma 1 sahaja yang ada paip,jadi terpaksalah menunggu. Akhirnya dapat jugalah guna tandas dan Tirah cuma kencing sahaja. Dia ni sejak tidak menggunakan lampin pakai buang,belum pandai hendak membezakan hendak kencing atau hendak berak. Bukan itu yang saya hendak ceritakan,tapi keperluan air dalam tandas. Memang tandas di Boulevard banyak,tapi banyak yang tiada paip air. Tisu pun tidak ada. Kenapa tiada paip air dalam tandas?Takut tandas basah ke?Sudah tu kalau orang hendak berak dan cuci bagaimana?tisu pun tidak ada....Teringat semasa pergi ke shopping mall yang tidak kurang cantik dan besarnya iaitu The Spring. Shopping Mall memang best,cantik,hebat dan sebagainya tapi tandas???? Berpusing-pusing saya mencari tandas yang ada air dan tidak jumpa. Bila tanya kawan,rupanya ada di tingkat 4 yang dikenakan bayaran RM2 kalau tidak silap. Tidak kisah dengan harganya apabila keadaan sudak mendesak.Namun tiada anak panah atau pemberitahuan di mana tandas ada air dan akhirnya terpaksalah keluar dari The Spring yang lawa itu dan cari stesen Petronas yang terdekat untuk melepas hajat. Kesukaran mencari tandas yang ada air telah menyebabkan The Spring bukanlah tempat pilihan untuk window shopping atau membeli belah.



Persoalan yang saya sering fikirkan ialah kenapa tiada air di tandas? Moden sangat ke kita sampai tidak perlu mencuci apa-apa yang patut?Saya boleh terima jika hanya buang air kecil,kalau air besar?Nak guna tisu?Semasa di The Spring haritu tisu bersepah dan tandas???Masya Allah,terbantut saya hendak masuk.
Tolonglah fikirkan kepentingan air dalam tandas bukan hanya fikirkan jimat air atau takut basah. Ada juga tempat-tempat berkursus yang tiada air dalam tandas sehingga kami terpaksa membeli air mineral untuk digunakan. Menyampah bukan???



Thursday, November 8, 2012

Cuti hujung tahun 2012

Cuti.........................................................................................................................hingga 2.1.2013......

best rasanya kalau cuti dapat baring santai camni..tapi cuti2 pun banyak kerja menunggu..harap tak banjir tahun ni..nak mengecat kelaslah pula...

Tuesday, November 6, 2012

Fasiha Athirah,anak dara yang manja

4.11.2009 tarikh lahir anak dara saya yang tunggal,Fasiha Athirah.Lahir pada hari rabu,waktu tengahari setelah ada bilik bedah yang kosong..huhuhu.. ya,dia lahir cara cesarean. Mengandungkan Athirah(nama panggilan dia sebab abang dia Jazli tidak dapat menyebut Fasiha dengan betul dahulu) memang sangat penat. Saya mudah penat,mabuk dan asyik masuk hospital. Masuk kerana darah tinggi,masuk kerana kencing kotor,masuk kerana kencing manis dan macam-macam lagi sehingga pernah saya tulis pengakuan tidak mahu masuk hospital kerana tension tinggal di hospital. Pernah seminggu hendak Hari Raya Aidilfitri saya tinggal di hospital dan keluar 2 hari sebelum raya. Kalau beraya kat hospital,mau saya lari balik rumah beraya dulu lepastu balik ke hospital..hehehe...

Berbalik kepada cerita Fasiha Athirah,ya memang harijadinya telah berlalu. Saya tidak menyambutnya seperti kelaziman ibu bapa yang menyambut hari jadi anak-anak mereka. Bagi saya yang membesar tanpa pernah merasa disambut harijadinya maka saya pun tidak merasa kepentingan menyambut harijadi anak secara besar-besaran. Bagi saya cukuplah pergi makan keluar,KFC biasanya atau gerai makan biasa dan makan makanan kegemarannya. Lagipun Fasiha Athirah baru berusia 3 tahun,apalah yang dia tahu tentang sambutan harijadi.

Di sini saya masukkan gambar-gambar Fasiha Athirah dan sila kenalpasti apa perbezaan dalam gambar-gambar tersebut selain daripada dia semakin membesar dan menjadi gemuk seperti abangnya. Petang tadi pergi klinik Ibu dan Anak untuk timbang dan berat dia 19kg. Abangnya pula 52.5kg.


Birthday tahun lepas


Menyamar bersama budak 6 tahun

Bersama kawan lain bangsa dan bahasa...Berinteraksi menggunakan bahasa isyarat sahaja
Hensem tak?hehehe










Jumpa tak perbezaan yang saya katakan?Selain pertambahan saiz rambutnya juga berubah.Ya,sila tengok sekali lagi..rambutnya asal lurus menjadi semakin kerinting. Pelik tapi benar...Bila saya selidik,rambutnya mula berubah sejak bulan 5 tahun ini apabila ia semakin bergulung dan kerinting. Ramai yang tegur,dikerintingkan ke?takkanlah saya nak kerintingkan rambut anak dara saya yang masih kecil ini. Dia ikut rambut siapa? Jawapan saya selalunya rambut neneknya iaitu ibu saya yang kerinting. Tak kisahlah kerinting atau lurus,asalkan sihat walafiat...Semoga jadi anak yang solehah ya sayang...







Saturday, November 3, 2012

Tahniah Farid dan Diana

Sama cantik sama padan,moga bahagia hingga ke syurga. Nak tengok gambar,click sini ya... Gambar kahwin Farid dan Diana

Wednesday, October 31, 2012

Hujung Tahun

Minggu depan adalah minggu terakhir penggal persekolahan 2012...wah,cepat betul masa berlalu.Masih terasa menulis entry pasal cuti tahun lalu. Minggu-minggu terakhir ni memang banyak kerja last minute yang perlu diselesaikan dan dihantar. Biasalah, dah nak cuti....Minggu ini juga tidak banyak aktiviti p&p kerana tumpuan diberi terhadap pengisian markah, majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan latihan untuk persembahan. Persembahan pra sekolah tahun ini hanya 1 sahaja iaitu lagu Rasa Sayang. Ini kerana kelas pra sekolah saya sedang mengalami proses pengubahsuaian. Dua buah bilik dirobohkan dan lain-lain pengubahsuaian yang kecil-kecil. Jadi ruang untuk membuat latihan tidak ada dan sempit. Hendak berlatih di padang tidak praktikal kerana setiap hari hujan sahaja. Harap-harap tahun ini janganlah banjir sehingga tenggelam pra sekolah saya lagi...penat nak bersihkan dan cat semula..huhuhuhu....Apapun,buat masa terdekat ini,cuti adalah masa yang ditunggu-tunggu...bestnya....

Saturday, October 20, 2012

Menyelusuri blog ke blog

Hari ni sebab malas nak tengok perlawanan ATM lawan Kelantan dan tiada apa nak disembangkan dalam FB,mulalah saya membaca dari blog ke blog. Habis baca blog abang  Mazidul,pergi ke blog kak jee dan menyelusuri blog-blog rakan-rakan mereka. Ada entry yang menarik saya kongsikan bersama...best bila baca buah fikiran orang lain....Jom baca apa yang saya dapat dari blog Apa Nak Dikata


Apa Nak Dikata...: Mampukah Kita..?

Jom cuba resepi tok...DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE

Alang-alang masa tok musim durian,apa kata kita cuba resepi tok..senang jak rupanya...




masam manis: DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE:

Sunday, October 14, 2012

Thursday, October 4, 2012

Hari Sukan dan Kemborie...

 Best betul minggu lepas,sekolah kami buat hari sukan..Nama rumah Tiung,Murai dan Pipit..Sungguh seronok melihat murid-murid mencuba bersungguh-sungguh dalam semua acara yang mereka sertai. Semua murid ada sukan dan permainan masing-masing. Maklumlah sekolah kecil,jadi semua terlibat.
Tunggu giliran

sukaneka..kutip gelang getah

Demo oleh cikgu Ogu Azran

Lompat yang tak berapa jauh...

Penyertaan ibu bapa
Petangnya pula disambung dengan Kemborie...Ala,aktiviti berkhemah untuk pengakap...Sekolah kecik jadi semua budak cuma ada 1 persatuan iaitu Pengakap.Murid-murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6 wajib mengikuti aktiviti ini. Tak ramai pun,cuma 31 orang semuanya. Ada aktiviti cari harta karun,ice breaking dan malamnya ada macam-macam lagi aktiviti dan yang paling best ialah aktiviti burung hantu...Ini aktiviti yang Jazli paling suka dan dia tertunggu-tunggu nak ikut...



Setiap kumpulan masak sendiri makanan

Ini cikgu punya

Panggang ayam

Sabaq no....

Model malam ini

Mesti ada 2 orang ni

Goyang jangan tak goyang..

Jazli ikut aktiviti Burung Hantu


Saya jer takde kan?huhuhuhu..biasalah juru kamera....

Friday, September 28, 2012

Bonus satu setengah sebulan

Alhamdulillah...semoga pemberian bonus ini dapat membantu meringankan beban...(kereta minta baiki dan van pun minta servis..huhuhu)

Thanks PM,Love u....


Bonus satu setengah sebulan

Sarawak terima peruntukan RM740 juta pembangunan infrastruktur

Semoga infrastruktur Sarawak setara dengan pembangunan di semenanjung..semoga tak ada lagi alasan kalau di hantar ke Sarawak nanti...



Sarawak terima peruntukan RM740 juta pembangunan infrastruktur

Hari ni budget.....

Ada berita baik tak???harap elaun naik...hehehehe


Thursday, September 13, 2012

Senang sungguh mereka masuk dan berbuat onar..

Kenapa kemasukan 'pelajar' seperti ini semakin ramai sehingga boleh menubuhkan koloni mereka?Kenapa kerajaan tidak nampak atau sengaja tidak nampak?Mungkinkah penduduk negara miskin seperti ini datang belajar?Tolonglah jangan berbangga dengan statistik negara ramai pelajar asing,ramai pelancong asing juka yang datang cuma ingin mengambil kesempatan atas kelonggaran undang2 negara kita.Tidak cukupkah lagi lambakan pekerja asing,peminta sedekah,pengedar dadah dan sebagainya yang mengacam keselamatan negara?Tidak mampukah kita bertegas???? Tolonglah sebelum terlewat...



myMetro | Pelajar Guatemala didakwa cuba bunuh anggota polis

Sunday, September 9, 2012

Kisah Acai Berry ABC

 Ini ada cerita tentang ubat kurus..sila baca ya....bukan apa,jadi panduan kita bersama...

Kesan makan Acai Berry ABC

Saturday, September 8, 2012

Selamat Hari Raya,Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia

Belum terlambat rasanya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia....




Wednesday, August 15, 2012

Tempoyak Goreng Udang

Sabtu lalu adik saya Shawal request nak makan tempoyak goreng pula. Dia memang minat makan tempoyak goreng.  Memang ramai yang letak resepi tempoyak goreng,tapi saya nak juga tulis resepi tempoyak goreng versi saya pula...



TEMPOYAK GORENG UDANG

Bahan-bahannya: 
1.Semangkuk tempoyak
2.6-7 biji cili kecil.kalau cili besar cukuplah 2 biji.Tapi yang suka pedas,sila tambah banyak-banyak cili suka hati awak ye...
3.Udang yang sudah dibuang kulitnya
4.minyak masak 
5.Gula
6.Sedikit serbuk kunyit (kalau suka.Letak sajer nak bagi effect kuning menawan)
7.3-4ulas bawang merah
8.3-4 ulas bawang putih

(Anggaran minyak masak dan gula adalah bergantung kepada banyaknya tempoyak.Jika tempoyak masam,perlu letak banyak gula supaya rasa tempoyak tidak terlalu masam.Jika tempoyak masih baru dan tidak masam,jangan tambah gula.Tambah garam jika tempoyak anda adalah asam durian yang tidak ada diletakkan garam semasa proses membuatnya.Harap maklum ya)

Cara membuatnya:

 1.Tumbuk bawang merah,bawang putih dan cili sampai agak lumat.

 2. Masukkan ke dalam mangkuk tempoyak.

 3. Masukkan udang,gula dan serbuk kunyit juga. Panaskan kuali dan panaskan minyak masak. 


  
4. Masukkan tempoyak tadi.pastikan tempoyak itu tengelam dalam minyak.Sebab kalau minyak kurang,tempoyak akan hangus.  Masak hingga agak kering dan kekuningan.


5. Tempoyak dah masak bolehlah dihidangkan.Kalau tak cukup pedas,makan dengan cili padi ya.


Meleleh lak rasa air liur ni...sabar...puasalah....



 

Kari Ikan Tongkol

Hari ni kena jadi tukang masak lagi. Bukan apa,mak saya suka suruh saya masak bila adik-adik saya balik. Entahlah,selalu orang kata nak makan masakan mak,tapi adik-adik saya makan masakan kakak dia...Tapi takpelah,sebab saya rajin sikit hari ni walaupun selsema sebab dah lama tak makan kari ikan tongkol ni.

 Kari Ikan Tongkol


Bahan-bahannya...
1. Ikan tongkol

Ikan tongkol yang sudah dibersihkan.Kuantiti, 2 ekor ikan sederhana besar.  Nampak sikit sebab bekasnya kecil.

2. Bawang merah
3.Bawang putih 
4. Halia 
5. Serai
6. Asam jawa/asam keping/belimbing tunjuk dan lain-lain buah yang masam.
7. Kari (biasa guna kari Alagapas atau Babas)
8. Santan
9. Minyak masak untuk menumis.

Cara masak: 
1. Tumbuk/blend semua bahan kecuali kari dan asam jawa. Lepas itu tumiskan.

Tumis sampai warna kekuningan.
2. Campurkan air ke dalam kari dan kacau hingga sebati. Bila telah sebati,tuangkan ke dalam tumisan yang telah kekuningan tadi. 

3. Tumiskan lagi sehingga kari masak.Nak kenal sudah masak ke belum apabila kari sudah pecah minyak dan baunya sungguh sedap...hehehe..kalau kari macam pekat jer,sila tambah sedikit minyak masak ya..


4. Bila kari dah masak,masukkan santan dan tunggu santan mendidih baru masukkan ikan.(kalau saya tak didih lagi dah masuk ikan,nak cepatkan..hehehe)Tunggu sampai ikan masak.Jangan lupa balik-balikkan ikan tu dan masukkan air asam jawa@asam keping@belimbing buluh@buah mangga muda@lain-lain asam yang sesuai.Waktu ni juga boleh masukkan terung@sayur kacang lendir@bendi.Jangan lupa masukkan garam dan perisa untuk menambahkan kesedapan kari anda.

5. Dah siap,boleh dihidangkan dan makan....kepala ikan saya booking dulu ya...


Senang jer memasak ni cuma yang penting kena rajin dan kreatif. Siapa yang suka letak daun kari tu letak masa menumis kari tadi. Perbezaan ikan kari dan ayam kari ialah kari ayam ada rempah tumis tapi kari ikan tak ada..

Monday, August 13, 2012

Kasihan blog dan kasihan Jaz

Lama betul tak update..bukan apa,sekarang sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti sebelum raya. Bukan aktiviti buat kuih seperti tahun lepas,tapi aktiviti sekolah. Sibuk nak siapkan Grafiti 1 Malaysia,meeting Amalan P&P Terbaik dan Karnival Pra yang akan menyusul selepas raya.

Tahun ni takde aktiviti nak buat biskut atau kek dan sebagainya. Kasihan tengok bahan kek yang masih ada baki tahun lepas...huhuhuhu...Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa,sebabnya saya dah duduk balik dengan mak jadi malaslah nak kacau dapur. Biarlah kakak ipar yang buat.Tahun lepas duduk rumah kuarters jadi suka hatilah nak masak apa. Bukan kakak ipar atau mak marah,cuma rasa tak selesa nak cari-cari barang dan sebagainya. Jadi bagi kakak ipar dan mak buatlah...hehehehe..seperti biasa,saya cuma akan buat Biskut Kacang Goreng...hahahaha..senang jer,goreng kacang tanah,goreng pusuk(ikan bilis),letak garam sikit dan dah siap!...hehehehe.....

Jadi korang semua buat biskut dan kek apa tahun ni?jaga-jaga,jangan sampai terbakar dapur....


Jazli pula sekarang dah semakin sembuh sebab kena campak juga. Dia lagi teruk dari adiknya tapi dia memang tabah. Kena campak tu pun sebab dia yang selalu tanya dan nak tu yang jangkit. Nasib baik awal minta air penawar kat orang tua kampung. Dia tak demam dan campak habis keluar dengan cepat. Seluruh badan termasuk kepala pun kena...Kesian anakku..huhuhuhu

Friday, August 3, 2012

Puasa

Alhamdulillah,hari ini kita dapat menamatkan puasa kita sehari. Semoga puasa dan amal ibadah kita diterima Allah...Puasa hari ini memang mencabar sebab cuaca sangat panas termasuk jerebu. Memang sudah menjadi kebiasaan musim kemarau adalah musim membakar. Sana sini orang akan membakar untuk membuat sawah dan huma.Jadi pesan saya,minum air banyak-banyak selepas berbuka, jangan sampai kembung sudah ya...hehehe....

Thursday, July 26, 2012

Athirah dan campak

Lama juga dah tak update blog.Bukan takde idea,tapi MALAS..hehehe...hari ni masuk hari ke 6 Athirah kena campak. Alhamdulillah,dah semakin sembuh,cuma yang tinggal parut.Campak yang memang teruk sehingga seluruh badan Athirah sekarang berparut.Sudahlah berparut,ada yang sampai berdarah Athirah garu huhuhu...Malam selasa lalu,dalam pukul 2.30 pagi,saya tersedar bila Athirah mengigil..Punyalah panas badan sampai 40'c..sangat menakutkan!Mula-mula saya bagi panadol supp sebiji dan 1 biji pil supp untuk buang panas.Sukat suhu lagi,masih lagi tinggi,40'c.Lap dengan air pun tak jalan sebab Athirah masih lagi mengigil tanda badan dia masih sangat panas. Bincang dengan suami nak bawa ke hospital tapi saya fikir kat hospital pun akan di beri mandi seperti Jazli dulu jadi baik saya cuba mandikan. Saya pun mandikan Athirah dan kemudian sukat lagi suhu dia..Masih lagi 39'c. Aduh,usaha terakhir sebelum bawa ke klinik,saya masukkan lagi pil buang panas sebiji dan kipaskan Athirah.Alhamdulillah,akhirnya panas Athirah mula turun dan dia tidak mengigil lagi..Fuh...sangat lega...risau sungguh takut Athirah terkena sawan.Pagi tu barulah Athirah minum susu setelah beberapa hari tidak menyusu..cuma minum oren  dan air teh sahaja.Itu pun sikit-sikit sahaja...

Ibu-ibu yang mempunyai anak demam panas,pastikan anak tidak mengalami sawan kerana saya telah melihat kesan sawan keatas anak-anak ini. Tolonglah ibu bapa sediakan ubat-ubat yang patut kat rumah kerana kita tidak tahu bila penyakit akan menyerang. Bagi saya,panadol supp dan ubat buang panas memang akan tersedia dalam peti sejuk walaupun hospital tidak sampai 5 minit dari rumah.Juga jangan ambil mudah jika anak kita demam...Sawan,boleh mengubah anak kita yang normal kepada OKU...awas ya...


Saturday, June 16, 2012

Ovelet haram ke halal?

 Saya jumpa jawapan ni masa mencari persoalan tentang halal haram ovelet bila ditanya penggunaan ovelet dalam pembuat aiskrim saya..Sila baca di sini... aiskrim mudah  .Saya baca tentang ovelet kat sini ...... Ovelet

Kod Rujukan Soalan

50k5c

Halal Ke Ovalette ?

Soalan

assalamualaikumm
saya nak bertanya..dah ada ke ovalette yang halal di pasaran kini ??

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Ovalette yang hanya mendapat sijil halal dari jakim ialah
Brand nago dan brand Kijang

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal http://www.halal.gov.my/index.php


Harap puas hati ya...

Saturday, June 2, 2012

Ulangtahun Perkahwinan ke 6

2.6.2012 adalah tarikh ulangtahun perkahwinan saya yang ke 6. Wah,dah 6 tahun...sungguh tak berasa masa berlalu..rasa macam baru je kahwin..tapi bila tengok anak dah besar,rasa betullah tu..hehehehe...

Ingat lagi 2.6.2006,tarikh nikah dan 3.6.2006 tarikh bersanding dan 5.6.2006 tarikh kena pergi kursus ETEMs...hehehe..masa tu ada kawan-kawan yang baik hati bagi bilik dia orang untuk saya dan husband honeymoon sambil kursus.Jadi honeymoon tu dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya..Ahaksss....tempat pula di Santubong Resort selama 1 minggu...hihihi....

Hari ni nasib baik ingat juga anniversary tu kalau tak jadi macam tahun lepas,langsung tak ingat sehinggalah adik saya yang cakap kat FB 2-3 hari lepas tu baru saya teringat anniversary dah lepas. Bukan apa,masa anniversary tu sama dengan tarikh Hari Gawai. Saya dan husband tahun lepas sibuk jual minuman semasa pertandingan bola sepak peringkat kampung di padang sekolah. Jadi langsung terlupa. Lagipun saya dan husband memang kurang sikit nak ingat tarikh-tarikh penting macam tu..Husband lagilah,memang dia tak ingat dan selalu kena ingatkan..kalau nak tunggu dia wish happy birthday pun kena set dalam telefon dia tarih birthday tu baru dia ingat...

Walau apapun,setelah menjalani kehidupan sebagai isteri dan emak selama 6 tahun ini,ulangtahun perkahwinan bukanlah perkara penting yang hendak disambut setiap tahun. Apa yang penting ialah kebahagiaan yang dikecapi sepanjang perkahwinan itu. Apa yang saya pelajari sepanjang usia perkahwinan ini ialah saling faham memahami,tolak ansur dan bertimbang rasa serta ambil berat terhadap pasangan menyebabkan hidup berumah tangga tidak menjadi bosan. Biasalah bergaduh,sedangkan lidah lagi tergigit tapi itu hanya menjadi pengikat kasih menjadi lebih mendalam.Kalau tak bergaduh bosan juga..aman tenteram sangat..hehehe...

Buat adik-adik,rakan-rakan dan siapa sahaja yang akan menempuh hidup berumahtangga ingatlah kehidupan berumahtangga bukanlah sentiasa manis seperti masa bercinta. Ada masanya pasang surut,bergaduh,masam muka dan masalah-masalah lain yang mewarnai rumahtangga akan muncul jadi pandai-pandailah kita menyelesaikan masalah tersebut.Janganlah terbawa-bawa perasaan sendiri kerana pasangan kita pun ada pasangan juga. Teringat pesanan Dr Fazilah Kamsah,bersyukurlah kita ada teman,sedangkan ramai lagi yang tiada berteman dan mengharapkan teman...

Semoga perkahwinan kami diberkati dan mendapat rahmat dari Allah SWT...amin...





Saturday, May 26, 2012

2 weeks to go...

Cuti...ya cuti sekolah..biasalah,cikgu,cuti ler bila sekolah cuti..takkan nak pergi sekolah pula..adalah cikgu-cikgu yang rajin pergi sekolah untuk menyiapkan kerja-kerja tertunggak atau membuat kelas tambahan. Cuti bagi saya ialah tidak mengadap muka budak 100%,membuat rph dan datang awal ke sekolah..Yeeehhaaaa... Kerja sekolah memang ada. Buat abm,latihan,semak buku,decorate kelas (kalau rajinlah) dan fikirkan langkah seterusnya untuk membuat budak lebih cepat faham dan pandai sebelum akhir tahun ini semua budak yang normal boleh membaca,menulis dan mengira.Paling penting dapat lulus ujian penapisan LINUS bila masuk tahun 1. Kalau semua lulus,itu adalah satu pencapaian yang sangat memuaskan bagi saya guru pra sekolah.

Tapi bukan itu yang saya nak cerita..tapi persediaan untuk kenduri kawen adik no 6,Dayang Norasikin yang bertunang tahun lepas..Boleh baca kat sini..Nor bertunang. Dia nikah 8.6.2012 dan sanding pada 9.6.2012. Hummm...banyak kerja kena buat. Pagi tadi mak dan kakak ipar dah merancang menu. Ada sambal ayam,daging,umbut,nanas dan sebagainya. Sedap tu..hehehe...Jadi siapa-siapa orang Serian,jemputlah datang ke kenduri kawen adik saya nanti bertempat di no 93 Kampung Hulu 2,94700 Serian,Sarawak.. Jangan malu-malu ya...


Wednesday, May 23, 2012

cuti,cuti,cuti....

Esok last day sekolah dan bermulalah cuti selama 2 minggu...yahoooo...(cikgu pula lebih-lebih..hehehehe)..jadi selamat bercuti untuk semua guru di Malaysia....



SELAMAT BERCUTI......2 MINGGU JER TAU...

Wednesday, May 9, 2012

Athirah pula...HFMD

Kasihan Athirah malam tadi...langsung tak menyusu. Badannya panas.Saya dah syak gerenti berjangkit dari abangnya. Mana tak berjangkit,berkongsi jer segalanya..minum air berebut,makan berebut,tuala berebut,kerusi berebut..macamana nak larang,sudah lumrah dua beradik tu tiap hari..Tadi pagi sekitar jam 10 mak telefon tanyakan boleh tak balik awal..Saya kata tengoklah dulu sebab hari ni ramai cikgu takde sebab pergi ke Sinar Mutiara,program murid tahun 6 di SK Tebedu. Awal tak awal pun pukul 12.30 baru dapat bergerak dari sekolah. sampai rumah,kesian tengok si Athirah,asyik menangis sambil pegang leher. Tanya mak kenapa,dia kata biasanya Athirah suka makan,hari ni tak dapat makan.Menyusu pun sebotol dua kali hisap baru habis..Kasihan anak mak..Saya pun pergilah cari ubat sendiri sebab gerenti bagi makan panadol sirap pasti tak akan ditelan. Saya carilah panadol supp,lebih mudah dan cepat bertindak. Balik dari farmasi,dia tidur lagi.Bagi ubat kat abangnya dulu.Semoga anak-anakku cepat sembuh..Tak larat tengok dia orang menangis,tak makan dan menyusu...

Monday, May 7, 2012

Jazli oh Jazli dan HFMD

JAZLI IZZUDDIN...Anak bujang tunggal yang comel,montel dan manja.Kesian dia,mak dia ni jenis bukan suka nak manja-manja. Sejak kelmarin dia mengadu sakit nak minum susu (botol) kerana mulutnya sakit. Saya ingat sakit biasa jer,ulser atau sakit tekak. Hari ni lepas balik sekolah,dia dah tunggu depan pintu dan mengadu lagi. Sakit sambil jelirkan lidah. Alamak!..ternampak ulser atas lidah dan tepi mulut. Tengok tapak tangan,sah ada bintik-bintik merah. Tengok tapak kaki,nasib baik tak ada. Mau tak mau,kena bawa pergi hospital juga. Maka pergilah ke Hospital Daerah Serian pada pukul 3.15 petang. Biasa saya memang suka bawa lewat-lewat sebab almaklumlah hospital kerajaan ni kalau pergi awal-awal penuh. Bila sampai,memang masih penuh sebab ramai pesakit kena jumpa doktor. 

Menonong je bawa Jazli dan adik dia pergi kuanter pendaftaran,ambil nombor dan tunggu depan pintu MA. Selamba je lalu kuanter saringan HFMD.Tak sampai 20 minit,dah kena panggil MA.Wah!,memang cepat. Jumpa MA,dia check,kemudian di suruh ke wad kecemasan. Alahai,pergilah ke sana.Kat dalam wad kecemasan pula,disuruh jumpa orang kat kuanter saringan HFMD tapi tak jadi sebab orang tu masuk sendiri ke wad kecemasan. Dari situ pula disuruh pergi ke bilik no 5,ambil no jumpa doktor. Mengheret pula dua beradik tu ke bilik no 5. Jumpa nurse kat situ,disuruh pula pergi ke kuanter ambil nombor.Adeh,tolak sana sini pula. Dapatlah nombor 203 dan no kat atas pintu baru 148..huhuhuhu..berapa lama mau tunggu ma....Jaz dan Tirah dah mengadu haus. Bawalah pergi beli air kotak.Tak cukup sekotak,dua kotak seorang termasuk mak dia pun 2 kotak..hehehe..haus,sebab panas sangat. Jam dah pukul 4 tapi nombor kat pintu tu bergerak terlalu lambat mengalahkan aliran parit tersumbat..huhuhu..mana tak lambat,doktor yang bertugas hanya seorang. Doktor yang lain pula pergi ke wad kecemasan.Memang ada kecemasan kat situ...dah pukul 4.30 barulah nombor tu bergerak laju sebab ada doktor lain bertugas. Pukul 5.10 minit baru Jaz dapat jumpa doktor.Cuba teka ubat yang dia bagi?....bijak sungguh..panadol...huhuhuhu..kalau camni baik saya beli panadol jer,kan senang...

Sebenarnya sebab saya bawa Jazli ke hospital ialah kerana penyakit itu mudah berjangkit dan merbahaya.Ingat adalah bagi apa2,rupanya cuma dokumentasi yang banyak.Betul-betul penat hari ni,penat menunggu.
Sekarang Jazli tengah bermain selepas makan panadol sebiji..

MORAL CERITA: Boleh tak kerajaan tambah doktor kat Hospital Daerah Serian tu supaya taklah pesakit kena tunggu lama2?Kesian orang jauh...

Thursday, April 19, 2012

Apa boleh saya buat?

Berniaga melalui internet ini membuatkan saya sedar akan risiko yang perlu kita tanggung. Sebagai penjual, kita perlu berhati-hati dalam menerima pesanan dan pastikan bayaran telah dibuat serta menghantar barang mengikut spesifikasi yang pelanggan hendak. Kadang kala barang yang mereka pesan tidak ada dan kita perlu gantikan. Itu kebanyakan peniaga internet yang saya pernah beli dan mereka memang jujur berniaga. Namun ada juga yang sudah terkenal dan beria-ria dalam website,blog dan fb mereka mengatakan mereka peniaga yang menjual barang pada harga terendah,banyak cawangan dan mengatakan diri mereka peniaga yang jujur. Jadi sebagai peniaga kecil-kecilan yang baru hendak mula,saya pun beli. Pada mulanya dapat barang separuh,bila ditanya baru dapat lagi barang yang dipesan. Itu ok,saya boleh terima. 

Kali kedua pesan,barang yang sampai ada kekurangan namun saya tidak semak betul dan rasa mungkin kesilapan saya menghitung jadi saya abaikan kekurangan pada pesanan kedua. Pesanan ketiga saya buat dan saya kira dan semak betul-betul barang yang sampai dan sah ada kekurangannya. Bila ditanya mereka kata akan kirim dan memang betul mereka kirim termasuk resit sekali.Malangnya barang yang dihantar masih kurang dan pada resit mereka tandakan sudah dihantar. Bila ditanya berulang-ulang melalui sms,email dan mesej di fb,jawapan yang diterima sudah dihantar.Namun sehingga kini saya tak pernah terima. Mungkin mereka rasakan mereka betul kerana dalam resit semua telah ditanda sedangkan masih ada barang yang tercicir. Bila sehingga kini mereka tidak membuat apa-apa tindakan,jadi saya rasa mereka tidak akan mengirim barang yang tidak ada itu. Kesian bagi diri saya,terlalu mempercayai mereka yang pada saya WANITA MELAYU,ISLAM dan JUJUR. Memang kerugian beratus ringgit itu kecil bagi orang lain,tapi banyak bagi saya. Tidak apalah,itu pengajaran yang sangat berguna. Saya tidak dapat membuat apa-apa tindakan,hanya Allah sahaja tempat saya berserah. Semoga rakan yang lain berhati-hatilah ya...

Wednesday, April 11, 2012

Kasihan anak...

 Kita tidak dapat menyalahkan 100% ibu bapa anak-anak yang mendera anak-anak ini.Memang mereka memerlukan kesabaran yang amat tinggi dalam melayan anak-anak istimewa ini. Sedangkan kita anak-anak normal pun tak terkawal,inikan pula yang bermasalah.Kelas saya ada sorang budak istimewa yang saya pun tidak tahu apa masalahnya. Dia tidak boleh duduk diam,suka main lego dan bersendirian.Bercakap pun saya tak faham. Dia selalu bertindak cepat apabila melakukan perkara yang tidak dibuat oleh rakan-rakan sebayanya. Misalnya buang sampah pensel merata tempat,menyepahkan lego,mengacau bbm,mengambil barang cikgu atas meja atau menconteng kertas kakak(PPM).Apabila dilarang,dia faham tapi sikap dan penerimaannya macam Athirah,anak saya yang baru 2 tahun 5 bulan. Semuanya dia anggap kita bermain dengannya.kadang kala bila dah tak sabar mau juga tangan ni berjalan.Walaupun setengah,sempat lagi dia buat aksi mempertahankan diri.Nampak sungguh dia biasa dipukul.Maklumat dari ibu dan jiran-jiran semua mengatakan dia nakal.Pada saya,dia bukan nakal,cuma dia tak tahu itu salah.Dia bukan bodoh,cuma lambat faham kerana ketidakmampuan berkomunikasi.Bila dia bercakap,saya rasa sedang menonton movie God Must Be Crazy..macam tu ler bunyi bahasanya.Tapi bila disuruh menolong kakak ppm,dia suka dan pandai pula.Itu bererti dia bukan bodoh,cuma dia ada dunia sendiri yang kita tidak faham dan saya pula tidak dapat menyelami dunia dia...Kasihannya dia...


Sunday, April 8, 2012

Kabus di Serian

Sekarang ni,cuaca setiap hari panas,panas dan panas...petang-petang pula hujan turun..awal pagi yang paling best,kabus..jom tengok gambar...
Tu kabus dah pukul 6.30 pagi...kalau lagi awal memang tak nampak jalan..boleh menyebabkan sesat tu..hehehehe....(jangan jadi alasan tak p kerja ya)...
Suka kabus,rasa segar udaranya..ala-ala kat London..hehehe..tapi kalau kabus tebal macam tu memang cuaca akan sangat panas haritu...tu yang tak best tu....