Jom klik iklan

Friday, September 30, 2011

Jazli dan durian

Jazli memang sukakan durian.Dia seorang boleh habiskan 2 biji durian yang kecil.Memang kuat makan.Tengok gambar di bawah,si JAz sedang mengadap durian. Adiknya tukang tengok jelah.
 Nyam-nyam



 Buka sendiri
 Sedapnya..


Friday, September 16, 2011

Rutin harian ke sekolah (UPDATE)

Perjalanan yang ditempuh setiap hari untuk ke kelas.

 Kelas perdana(belakang bangunan kelas yang di hujung itu adalah kuarters guru)
 Nak turun tangga
 Baru setengah
Dah dekat
 Tunggu cikgu
 Tukar bajukah cikgu?(biasanya hari Jumaat PJK)
 Waktu balik
 Jaz jalan dulu
 Tengok padang sekolah
 Tingginya
 Naik tangga
 Cepatlah cikgu
 Setengah lagi
 Sikit lagi

Itulah tangga yang membantu saya bersenam setiap pagi. Jumlah anak tangga 89. Turun tangga senang,nak naik tulah yang memenatkan..lagi-lagi kalau cuaca panas..aduh...Kenapa saya kena naik tangga?sebab kuarters saya kat atas bukit ni. Betul-betul sebelah kelas perdana... 2 langkah je dah sampai kelas.Nantilah saya ambil gambarnya. Haritu dah penat naik tangga jadi lupalah pula...hehehe
Inilah jarak rumah saya dan kelas perdana.Kiralah berapa langkah je..mana boleh lambat pergi sekolah.Alasan jem,langsung tak boleh di terima..hahahaha

 Jalan alternatif selain tangga


Thursday, September 15, 2011

Athirah oh Athirah

Sejak jumaat lepas sampailah semalam,Athirah sakit mulut. Dalam mulutnya ada banyak ulser sehingga atas bibir menyebabkan air liurnya sentiasa meleleh. Dia asyik menangis.Bangun je tidur menangis, dan menangis sahaja sepanjang hari. Sentiasa minta didukung...aduh,sangat memenatkan..Athirah dah seberat 11kg dan dia minta dukung sepanjang hari..2 hari saya mendukung dia sehingga menyebabkan tangan saya menjadi sangat sakit. Paling tak tahan,dia menangis dan menangis sehingga saya hilang sabar juga. Bapanya pun tension sama. Biasanya dia selalu makan dan minum tapi apabila mulutnya sakit,dia hilang nikmat makan dan minum.Itu menyebabkan dia menjadi bengkeng dan asyik menangis sehingga hilang suara. Akhirnya mulutnya mula  sembuh sejak semalam (setelah dipaksa makan ubat)dan sejak itu saya dapat kembali Athirah yang asal...Athirah yang manja,banyak cakap dan aktif. Syukur Alhamdulillah...tinggal sikit sahaja ulser dalam mulutnya..tak apalah,asalkan dia sudah boleh makan dan minum seperti biasa..

Friday, September 2, 2011

Beraya ke Seratok,Betong dan Sri Aman

Hari ni penat betul. Pukul 7.30 pagi kami semua 4 kereta berangkat ke Seratok yang mengambil masa selama 4 jam perjalanan. Saya sefamili, abang pun sefamili,adik-adik,mak dan kawan adikpun sefamili semuanya dalam 18 orang. Memang ramai. Sepanjang perjalanan tengok-tengok juga buah durian tapi nampaknya belum banyak lagi di sepanjang jalan ke Seratok. Kat Serian ni ada juga tapi masih mahal. Kalau dah sebiji 2-3 ringgit barulah dikatakan murah. Harap-harap hujung tahun ni banyaklah buah durian, boleh raya durian pula..hehehe..melencong pula cerita saya ni.

Sampai-sampai kat rumah nenek Abok,makanan dah tersedia,apa lagi,perut tengah lapar,jadi menjamu seleralah kami semua. Selepas menjamu selera dan rehat sekejap,kamipun berangkat pulang.
Namun sempat singgah ke :

 Seratok
 Betong

 Sri Aman



 KFC Sri Aman
Jaz yang lapar
Seronok sungguh jalan-jalan semalam.Kami sampai ke rumah pukul 8.10 malam dalam keadaan hujan lebat. Nasib baik hujan lebat turun kami dah sampai di Serian. Lain kali nak lagi jalan-jalan di negeri sendiri. Banyak lagi gambar di FB saya.Sudi-sudilah menjenguk FB saya k..