Jom klik iklan

Sunday, July 31, 2011

First day puasa

Alhamdulillah,baru lepas sahur. Hari ni mak saya masak mee goreng. Sedap tapi biasalah bangun awal pagi nak makan bukanlah amalan jadi kadar suapannya pun perlahan. Tengah sedap menyuap mee,bangun pula Jaz. Kalau bangun senyap2 takpelah juga tapi ni siap dengan tangisan dan pelukan. Nasib baik tak melalak macam selalu. Kureng sikitlah selera jadinya apabila melihat muka penuh air mata di tambah dengan bau-bauan yang mengancam. Alahai,kalau selalu macam ni,kuruslah mak ko Jaz...huhuhu

Selamat berpuasa

                                                 Ayam goreng untuk display sahaja..hahaha
Esok mulalah bulan Ramadan yang berkat ini..dalam kesibukan berpuasa,jangan lupa jaga pantang larang puasa dan amal ibadat kita. Biar sedikit asalkan berterusan. Bersabarlah bila berpuasa..jaga mata,mulut dan tangan..(pesanan untuk diri sendiri)Jangan garang-garang nanti sakit tekak..huhuhu..Selamat berpuasa semua...dan kalau berbuka jangan melantak,nanti tak larat nak berjalan,sapa pula yang susah,diri sendiri juga...

Friday, July 29, 2011

Home made bun

Terganggu tido petang khamis lalu,maka datanglah idea nak buat bun.Lama dah nak buat bun tapi tak terbuat2 juga. Bukan apa,malas nak selongkar oven yang ditimpa pelbagai barang di atasnya. Lebih mudah buat pau,tapi dah selalu sangat buat pau. Setelah meneliti dan mengubahsuai beberapa resepi bun,maka jadlah bun saya untuk pertama kalinya..hihihi...


Inti kacang merah jer..hehehe..tak berapa lembut sebab takde pelembut roti.Nantilah nak buat lagi inti macam2.Thanks kepada empunya resepi...nyum,nyum...

Wednesday, July 27, 2011

Puasa

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadan.Selamat berpuasa..memang besar dugaan puasa terutama dengan keadaan cuaca yang panas ini. Semoga dapat bertahan sampai tamat bulan puasa. Jangan pula sambil menyelam minum air..hehehe..

Sunday, July 24, 2011

Bertunang





Hari ini selamatlah adik saya yang ke-6 bertunang dengan buah hatinya...semoga pertunangan ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Semasa bertunang ini jagalah tatasusila dan bersabar kerana perpatah melayu ada mengatakan darah orang bertunang ni manis,jadi berhati-hatilah yek...Sebagai kakak,saya doakan semoga ikatan ini berkekalan. dan kepada tunang adikku,selamat menjadi bakal family kami. Harap-harap dapatlah mengadaptasi keluarga kami yang agak laser2 mulutnya,tapi kami baik hati..hehehe..

Saturday, July 23, 2011

Sibuk,sibuk,sibuk

Sangat sibuk harini..bukan apa,menyediakan pelbagai bahan untuk dimasak esok hari.Esok hari ada orang merisik adik pompuan saya,adik yang ke-6.Alahai dah besar rupanya adikku ini.Dulu sayalah yang cuci lampin,cuci kencing berak dia,pakaikan baju,dukung dia dan sekarang dan nak bertunang.Tak lama lagi akan jadi bini orang. Cepat sungguh masa berlalu. Adik yang dulu kecil sudah menjadi dewasa. Begitu juga dengan anak kita nanti,sekarang begitu comel dan manja dan tak lama lagi akan menjadi anak remaja dan seterusnya dewasa. Masa itu kitapun sudah semakin tua...huhuhu.Semoga mereka tidak lupa dengan jasa2 kita membesarkan mereka. (emosilah pula)...Masa nilah saya dapat merasakan perasaan seorang ibu yang telah membesarkan saya selama 35 tahun. Semoga saya dapat gembirakan hatinya selagi saya mampu melakukannya.

Friday, July 22, 2011

Coklat


Wah,best betul harini,balik-balik tengok ada poslaju untuk saya. Ingat apa benda,surprise sungguh...Memang langsung tak boleh teka. Dahlah nama pengirim dia memang tak kenal.Ingat salah rumah tapi nama dan add betul pula. Bila buka,wow,coklat..Thanks Siti Mazura Mustaffa,hadiah belated birthday yang amat menarik dan sedap..Habis kena belasah adik beradik,mak dan anak buah. Terima kasih daun keladi,lain kali kirimlah lagi dan lagi dan lagi..hahaha

Wednesday, July 20, 2011

Menyampah betul

Hari ini dahlah panas,PPM takde,kelas jadi kecil sb sebelah nurse gigi pinjam,air pula langsung tak ada,semuanya menyebabkan saya mudah naik angin. Mana2 budak yang baca tak betul,terus suarapun naik. Tambah lagi dengan Jaz yang manja,betul2 menyebabkan naik darah. Agaknya apalah yang nurse2 tu fikir bila dengar suara saya yang lantang tu yek..garang betul cikgu ni..hihihihi..

Saturday, July 16, 2011

Macam-macam

Hari ni dapat berita esok 2 orang anak buah nak datang ke rumah.Bukan masalah apa,cuma rasa kasihan terhadap 2 beradik ni yang jadi percaturan ibu dan bapa mereka. Last-last kena hantar rumah nenek juga. Itulah masalahnya apabila berlaku perceraian maka anak-anaklah yang selalu menjadi mangsa. Kepada ibu-bapa yang rasa-rasa nak bercerai tu ingatlah jangan jadikan anak-anak sebagai mangsa. Kasihanilah mereka. Walaupun konon kata mereka akan jaga kebajikan anak-anak mereka selepas perceraian,janganlah nak temberang. Anak2 tu tidak akan dapat kasih sayang yang sama seperti sebelum perceraian. Itu belum lagi anak2 menjadi mangsa perebutan ibu dan bapa yang cuma fikirkan diri sendiri sahaja. Apalah yang anak2 tahu apabila mereka dihasut supaya membenci darah daging sendiri. Kasihan anak2 buahku,semoga kalian berdua menemui kasih di sini. Nenek dan adik-adik bapa kamu akan mengasihi kamu berdua. Semoga kalian akan ceria semula. Semoga ada sinar di sebalik mendung yang menyelubungi hidup kalian berdua.

Friday, July 15, 2011

Penat tapi seronok

Sedari pagi saya sibuk menyediakan donut,mengukus ikan terubuk dan membuat sambal belacan. Maklumlah hari ni ada student UM bahagian pendidikan awal kanak-kanak nak datang ke sekolah. Kami guru-guru pun biasalah sibuk memasak,Ada yang menyediakan pansuh,ayam masak merah dan sayur campur. Bagi sekolah SKM seperti kami ni gotong-royonglah bila nak memasak. Jumlah awal yang diberitahu ialah 13 orang tetamu namun yang datang cuma 6 orang. Kehadiran mereka di sini melibatkan aktiviti bersama murid pra saya yang cuma berjumlah 7 orang termasuk Jazli yang menumpang sahaja. Seronok juga melihat mereka mengajar murid pra menyanyi dan membuat bunga dengan mengecop tangan yang disapu cat ke dinding. Setelah itu mereka melukis mural (memang dialu-alukan) dan menyusun atur kedudukan sudut-sudut dalam kelas pra. Semuanya selesai sebelum pukul 5 petang. Memang menarik.Nantilah kalau ada masa saya akan upload gambar-gambar aktiviti mereka. Kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan. Datanglah lagi ke pra saya. Terima kasih kepada Prof.Dr.Mariani Md Nor dan Dr. Abdul Razak serta pelajar-pelajarnya yang sudi datang ke pra saya sekali gus menyerikan pra saya itu. Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah lagi ya...

Tuesday, July 12, 2011

Birthday saya

Banyak betul ucapan selamat hari jadi,happy birthday yang saya dapat hari ini.Terima kasih atas doa dan ucapan tersebut,semoga Allah memperkenankan segala doa dan harapan kalian. Hari ni genaplah umur saya yang ke..eh entahlah,dah lupalah..hihihi..bukan apa,makin bertambah umur ni makin jadi pelupa pula...hahaha..Apa yang penting ialah nikmat dan pencapaian yang telah saya kecapi sehingga ke hari ini.Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah berikan. Semoga masa hadapan lebih cerah dan gemilang. Bukan apa,semakin tua ni saya inginkan kehidupan yang lebih stabil,tenang dan bahagia di samping keluarga selain dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada masyarakat dan negara. Semoga segala apa yang saya inginkan akan tercapai dan diberkati Allah hendaknya...Amin..

Monday, July 11, 2011

Jeruk betik

Baru lepas merendam betik. Tak taulah menjadi ke tak,baru nak cuba...kalau menjadi bolehlah makan jeruk betik..nyam,nyam...kalau tak menjadi,bedal jelah..takkan nak buang..sayang tu..hehehe

Panas,panas,panas

Hari yang panas bertambah panas apabila air sekejap ada sekejap takde.Menyampah betul...Last week si Azair dah baiki,kata ok,rupanya makin teruk pun ada.Bukan setakat RO tak ada,air paip nak mandi pun takde.Penat je si Abe turun naik bukit baiki mana yang boleh. Adalah air tu dalam 10 minit hingga 30 minit,lepas tu hilang lagi. Entah bilalah dia orang tu nak baiki betul-betul. Buat rugi kerajaan bayar jer kontrak dia orang.

Saturday, July 9, 2011

Demo jalanan

Menyampah betul bila tengok tv,facebook, blog-blog dan online news asyik-asyik berita tentang demonstrasi jalanan yang berlaku di KL hari ni. Menyusahkan orang lain sahaja apabila demonstrasi tersebut mencetuskan huru-hara dan kacau bilau. Tak suka ke dengan keadaan yang aman damai sehingga perlu mencetuskan demonstrasi yang kononnya aman jadi tak aman itu?Saya bukanlah orang politik atau menyokong mana-mana parti.Apa yang saya inginkan ialah keadaan yang aman supaya semua orang boleh cari makan, jalan-jalan tanpa rasa takut dan persekitaran yang damai untuk membesarkan anak-anak. Janganlah yang dikejar tak dapat,yang digendong keciciran.

Friday, July 8, 2011

Nak bisnes

Bila tengok harga barang yang tak pernah turun dan gaji yang naik macam siput,rasa ingin juga nak menambah pendapatan. Rasanya bisnes apa yang paling sesuai nak buat yek?mmm...nak buat bisnes tapi taknak keluar modal. Rasanya nak bisnes melalui blog jerlah..Sekarang ni tengah belajar macamana nak bisnes melalui blog. Doakan saya berjaya ya..bukan apa,kadang-kadang azam ni hangat-hangat taik ayam jer...lama-lama taik ayam tu jadi baja jer..hihihihi

Thursday, July 7, 2011

Selsema

Hari ni terbangun lambat sebab jam habis bateri pula..nasib baik hubby tolong kejutkan kalau tak lambat ler ke sekolah. Nasib baik juga sekolah cuma 3 langkah dari tangga rumah,jadi takleh bagi alasan jem ke,tayar pancit ke..hehehe..badan pula rasa tak sihat,mula rasa nak selsema.. alahai, mula-mula hubby yang selsema,ni anak pun dah mula batuk-batuk. Kalau si Jaz tu boleh tahan lagi sebab dia boleh cakap apa yang sakit,kalau si Tirah,lagi susah kerana yang dia tahu menangis jelah..huhuhu

Wednesday, July 6, 2011

Gotong-royong

Sebagai sekolah yang kecik adalah dalam 70 lebih murid,banyak perkara kami kena buat sendiri.Hari ni ada gotong-royong mengambil pasir untuk membina stor.Setiap murid diwajibkan membawa bakul kecil,baldi atau apa2 sahaja benda yang boleh digunakan mengangkut pasir.Pasir di ambil dari sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari sekolah.Apa yang menarik ialah kedudukan sekolah yang terletak diatas bukit yang memerlukan tenaga yang kuat untuk mengangkat pasir seberat lebih 2 kg.Namun budak-budak sekolah ni enjoy juga membuat kerja kerana sambil mengambil pasir boleh juga berenang dan berendam.

Tuesday, July 5, 2011

Panas dan internet

Hari ini memang panas,tambah pula air paip Azair ada dan takde jer sepanjang hari..nak ambil air RO pun takde...alahai,tension juga...tapi yang bestnya hari ni internet telah dipasang kembali di sekolah ..yahoo...dapatlah meng online kan diri bila-bila masapun.Line hari ni macam ok,taklah lambat dan takler laju sangat..sedang-sedang jer..Tapi sekurang-kurangnya dapatlah melepaskan gian nak berinternet..hehehe