Jom klik iklan

Tuesday, July 31, 2018

AHLI KELUARGA BARU

Tahun 2018 berganjak ke bulan Ogos hari ini,bermakna cuma tinggal beberapa bulan lagi kita akan melangkah ke tahun 2019. Setakat bulan 31 Julai yang lalu,pelbagai perkara yang telah berlaku pada saya. Bukan sekadar beradaptasi dengan sekolah baru,suasana baru,rakan baru,murid baru,bangunan baru dan pelbagai benda yang baru,ada lagi sesuatu yang terbaru walaupun bukanlah yang terkini kerana sudah beberapa bulan bersama kami. 😃




Perasan tidak? Ya,itulah yang terbaru dalam keluarga kami. Namanya SYAKIRA ADELLA. Adik baru kepada Jazli Izuddin dan Fasiha Athirah dan anak kepada saya dan suami. Kehadirannya adalah tidak dirancang dan semuanya terjadi secara tiba-tiba. Urusan mengambilnya juga tidak rumit dan Allah mempermudahkannya. Hanya dalam masa sebulan,SYAKIRA telah menjadi ahli keluarga kami yang baru. Memang ramai yang mempersoalkan kepada kami tidak mengambil bayi yang baru lahir sebagai anak. Ada juga yang mempersoalkan persoalan aurat dan sebagainya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Allah membuka pintu hati kami untuk mengambil dan menerima Syakira. Allah juga yang memilih kami sebagai keluarganya.Siapalah kami untuk mempersoalkan sangat perkara sedemikian. Syakira adalah rezeki yang tidak disangka-sangka. Tiada perancangan untuk menambah anak namun Allah bukakan pintu hati kami menerimanya.

Ramai juga yang bertanya tentang prosedur pengangkatan.Memang tidak sukar pun dan pegawai Kebajikan sangat membantu. Sesiapa yang ingin mengambil anak angkat,silalah berhubung dengan pegawai JKM. Jika mencari bayi,agak sukar sedikit kerana bayi mempunyai permintaan yang amat tinggi. Kasihan juga kepada yang bukan bayi,mereka pun inginkan kasih sayang. Kami sekeluarga dalam proses menyesuaikan diri antara satu sama lain. Doakan Syakira membesar dengan bahagia,gembira bersama kami ya. Oh ya,umurnya 3 tahun lebih. 28.12 nanti genaplah 4 tahun.Itulah masih hisap susu😆 Ada orang kata ada iras muka kami?betul ke?😁😁😁😂😂
Gambar semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu

Wednesday, February 7, 2018

SEKOLAH BARU CABARAN BARU

Hari ini masuk bulan ke dua saya berada di SK SERIAN,dipindahkan atas sebab perkhidmatan dan sebab sebenarnya hanya mereka dan orang-orangnya yang tahu. Tapi itu biarlah menjadi rahsia yang penting hari ini adalah hari kedua kelas saya di landa banjir.Ya,banjir yang menyebabkan kelas pra dan kelas ppki ditutup.


GAMBAR HARI PERTAMA BANJIR

Hari kedua,06.02.2018,air naik lagi...






Hari ke3,07.02.2018
Keadaan air masih bertahan...


Hari ke 4,08.02.2018,air semakin surut.Seperti hari pertama..Kelas mula di kemas,dibersihkan lantainya..Takde gambar,sibuk cuci kelas...