Jom klik iklan

Saturday, October 29, 2011

Hari sukan,kemborie dan karnival

Selesai sudah semua aktiviti yang dirancang minggu sudah iaitu Hari Sukan,Kemborie dan Karnival Prasekolah. Sungguh penat...Sakit kat lengan,bahu.pinggang masih terasa lagi sebab bersungguh-sungguh lawan tarik tali.(tapi kalah juga..huhuhuhu)Tengoklah gambar yang sempat disnap semasa aktiviti tersebut berlangsung. Walaupun penat terutama sekali semasa karnival pra,namun penat lelah itu berbaloi apabila mendapat tempat ke2 dari 7 zon yang bertanding.Alhamdulillah....
Senam dulu..











Jaz nak juga ikut aktiviti burung hantu

Wakil tarian Melayu



Ada banyak lagi di FB saya...silalah jenguk-jenguk FB saya...



Friday, October 21, 2011

Macam-macam

Hari ni baru dapat online,Alhamdulillah...dah 3 minggu tak online memang mencabar minda.Bukan apa,lama tak update fb,baca news dan cari resepi (cari jer) memang membosankan. Apapun,bulan ni memang sibuk. Karnival pra akan datang (27.10) dan sibuk dengan meeting,latih budak dan laporan. Walaupun budak cuma 6 orang tapi 4 dipilih untuk wakil zon. Hebat juga bukan?hehehehe..

Alahai,dah lama tidak menyibuk dan disibukkan jadi agak penat juga. Pagi tadi selesai mengadakan majlis harijadi murid dan meeting ringkas dengan ibu bapa murid. Next week akan sibuk dengan Hari Sukan, Kembori dan Karnival pra. Lepas tu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan meeting staff. Habis semua tu barulah cuti panjang...yahhhhooo...hehehe..cikgu dia pula over nak cuti...

Sebut pasal majlis harijadi,saya cuba buat coklat kek berlapis keju. Tak ambik gambar sebab tak reti nak decorate cantik-cantik. Namun kek tu abis juga dibedal mak bapa budak dan cikgu budak2. Saya kek coklat buatan sendiri tak minat nak makan,tapi kalau yang dijual suka pula nak makan..kenapa agaknya ye??

Tadi baca juga blog kawan se U dulu,Siti Mazura yang bercerita tentang kawan. Memang kawan mudah dicari tapi sahabat sejati sukar diperoleh. jadi hargailah kawan,sahabat dan teman kita selagi mereka hidup.

Adeh,mengantuk dah...nanti2lah sambung blog...

Friday, October 7, 2011

sayur kangkung bunga durian

Kangkung rasanya semua orang kenalkan,tapi bunga durian,ada yang tidak kenal. Ada juga yang tidak tahu bahawa bunga durian ni sedap bila dimasak. Haritu balik dari sekolah sempat lagi mengutip bunga durian yang bertaburan di tepi pagar sekolah. Memang sedap untuk dimasak tumis kering. Lepas dibersihkan dapatlah semangkuk kecil.Di sebabkan keluarga ni ramai,jadi alternatif yang ada selain dicampur dengan cangkuk manis atau sayur daun yang lain,saya campurkan dengan daun kangkung.Bagi yang tak kenal bunga durian,meh tengok gambar.Saya ambik kat google ni..



 Bunga durian kat atas pokok.Belum pecah lagi

Bunga durian yang telah dibersihkan







 Bunga durian kenalah dibersihkan dulu,buang biji2 kat atas dia,kalau tak sayur akan berlendir.Tak best pula kalau berlendir.


Cara masak:

Semangkuk bunga durian
Seikat kangkung,bersihkan
2 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sedikit belacan
10-15 ekor ikan bilis
cili hidup 2-3 biji (kalau suka pedas boleh tambah)
Minyak untuk menumis
Sedikit garam dan bahan perasa
Setengah gelas air

Cara memasak:

Tumbuk semua bahan di atas kecuali minyak sehingga lumat. Panaskan kuali dan tumis hingga naik bau. Masukkan bunga durian dan sayur kangkung. Masukkan air (jangan banyak sekadar untuk memasakkan sayur),garam dan bahan perasa. Balik-balikkan sehingga masak.(jangan lama sangat nanti sayur layu sangat tak sedap).Setelah siap bolehlah dihidangkan panas-panas.

Sorrylah,gambar tak cantik sebab ambik waktu dah start nak makan..hehe..tapi memang sedap.Trylah..

Saturday, October 1, 2011

Marilah baca,catatan erti pengorbanan,kasih sayang dan perjuangan

Buat keluargaku, rakan-rakanku,bekas anak-anak muridku dan semua pelawat blog yang ku sayang,silalah baca pautan ini. Jika ada rezeki lebih,marilah kita sumbangkan kepada mereka yang memerlukannya.Sekurang-kurangnya,dapatlah meringankan sedikit beban mereka.

http://www.dapurkakjee.com/2011/10/ketabahan-fija-cepatkan-proses.html