Jom klik iklan

Saturday, August 24, 2013

Hanya jauhari mengenal manikam

Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan maaf zahir dan batin....masih dalam bulan Syawal lagikan,jadi belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya..Tapi entri kali ini bukan pasal raya sebab raya tahun ini tidak ada yang luar biasa cuma kurang meriah sebab mak usu saya terpaksa beraya di hospital kerana kakinya dijangkiti kuman.Maklumlah pesakit diabetis,sangat sensitif apabila dijangkiti kuman.


Apa yang ingin saya ceritakan adalah luahan hati saya sendiri,tiada kena mengena dengan orang lain.Jadi kalau baca dan rasa marah,maafkan saya.

Ceritanya bermula begini......

Adalah pada suatu hari dalam minggu ini saya rasa amat terkilan. Terasa pengorbanan dan usaha saya hanya sia-sia. Cinta pada prasekolah selama 7 tahun itu ingin saya tamatkan terus gara-gara peristiwa hari itu. Saya ingin keluar terus dari keadaan yang mendesak hati dan perasaan serta menekan jiwa saya. Apa yang berlaku? Tiga tahun lamanya saya berkorban untuk zon saya bersama-sama rakan-rakan pra yang berjuang dan sehati sejiwa melaksanakan tugas demi anak-anak pra sekolah. Tahun 2011 kami jadi naib juara. Cuma tahun lepas kami tidak tahu di mana kedudukan kami kerana tidak diumumkan secara langsung. Penganjuran Karnival Prasekolah 2012 mendapat pujian banyak pihak dan saya juga mendapat tahu pengurusan pra sekolah yang dibahagikan mengikut zon mendapat pujian daripada pihak atasan kerana teratur dan kemas. Sebelum ini,penganjuran karnival diuruskan oleh guru-guru besar sahaja yang menyaksikan mereka berbagi sesama sendiri siapa yang patut menjadi wakil sesuatu pertandingan. Menarik bukan?guru besar-guru besar yang rasa murid mereka bagus akan ambil pertandingan yang rasa mereka budak mereka boleh buat dan guru besar yang kurang menyerlah akan diberi sisa-sisa pertandingan misalnya pertandingan mewarna yang semua sekolah mesti hantar 1 penyertaan. Keadaan ini sangat menyakitkan hati saya sebagai guru pra sekolah kerana saya ingin menonjolkan bakat budak saya yang saya tahu berkebolehan. Sehingga pada satu peringkat saya memboikot pertandingan karnival pra sekolah kerana sekolah saya cuma disuruh menghantar murid mewarna sedangkan saya mahu menghantar murid saya bersajak. Kalau saya guru yang malas,pastinya saya suka hanya menghantar murid mewarna sahaja tanpa perlu susah-payah melatih murid. Alhamdulillah,perubahan berlaku apabila bekas guru pra sekolah dilantik menjadi pegawai penyelia pra sekolah. Sebelum ini,pegawai penyelia pra sekolah adalah bekas guru arus perdana yang merasakan diri mereka faham masalah guru pra sekolah sedangkan sebenarnya tidak.Perubahan terus berlaku dan pra sekolah menjadi semakin penting. Dalam NKRA,pra sekolah adalah antara komponen yang mendapat perhatian. Karnival pra sekolah masih lagi berteruskan setiap tahun. Perubahan berlaku apabila pra sekolah dibahagikan mengikut zon dan saya dilantik sebagai penyelaras zon Tebedu. Zon yang saya jaga ada 14 buah kelas pra sekolah dan ada 14 orang guru pra sekolah. Sangat menyeronokkan apabila kita berada bersama-sama memilih,berbincang dan membuat keputusan apa yang kita mahukan untuk pra sekolah zon kita sendiri. Masalah tetap wujud setiap kali karnival pra sekolah. Setiap tahun masalahnya ialah di mana hendak mengadakan pertandingan untuk memilih peserta zon. Tahun pertama saya menjadi penyelaras,kami menggunakan dewan sekolah(tidak perlu saya nyatakan).Semua guru pra komited menghantar peserta. Tiada masalah semasa pemilihan. Namun terasa juga kecil hati apabila belum habis pertandingan,guru pra sekolah itu berbisik mengatakan guru besar suruh buat cepat-cepat kerana perlukan tempat untuk mesyuarat.Ok,tidak mengapa,kami teruskan dan habiskan awal. Tapi selepas itu mesyuarat dialih ke tempat lain.Eh,bolehlah pula...
Tahun kedua, tahun bermasalah dengan guru besar tertentu dan juga masalah tempat pertandingan pemilihan peserta zon.Ada sahaja komen antaranya tentang surat tidak ikut prosedur,tentang tindakan saya yang memanggil guru pra tanpa ikut peraturan yang betul,tentang guru pra yang tidak tahu apa-apa(itu masalah guru pra dia sendiri) sehingga kemuncaknya guru besar itu menelefon saya dan marah pada saya sehingga dia sendiri letak telefon(atau habis kredit) kerana saya menjawab apa yang dia perkatakan.(takkan nak diam kalau orang marah). Kalau sudah tahu saya tidak tahu,ajarlah saya wahai cikgu besar kerana saya ini cuma guru biasa.... Akhirnya sayapun membuat 1 mesyuarat bersama guru besar zon (ramai yang tidak datang,wakil pun tidak ada) untuk memberi penerangan kepada guru besar dan mencari tempat untuk pemilihan peserta zon. Selepas berlaku bangau oh bangau,sebuah sekolah yang ada dewan telah terpilih. Lega rasanya pada masa itu. Duit untuk hadiah pun ada kerana zon  sanggup mengeluarkan duit untuk membeli hadiah.Pertandingan pun berjalan lancar. Tapi selepas pertandingan, terdengarlah suara-suara sumbang..Ada yang tidak puashati sekolah dia digunakan, makanan tapau sahaja tidak ikut standard patutnya berhidang sebab guru besar yang datang dan lain-lain ketidakpuasan hati. Saya cuma berdiam diri. Walaupun marah,tapi berbaloi apabila kami mendapat tempat kedua dalam pertandingan. Berbaloi pengorbanan saya bersms,bertelefon,'memprint' dan sebagainya dengan duit sendiri.Kenapa tidak guna telefon,printer sekolah? Wujud ke semua itu di sekolah saya ? hahahahahaha.

Tahun ini pula,pemilihan peserta diadakan di sebuah sekolah yang tidak ada dewan,tapi meminjam bawah makmal sekolah mereka. Alhamdulillah,GBnya sangat sporting kerana tidak banyak songeh dan sambutan juga dibuat walaupun saya cuma mahu adalah pemilihan yang simple sahaja tanpa perlu protokol,makanan dan sebagainya. Tapi GB sekolah itu buat juga tapi memberi ruang secukupnya untuk kami guru pra sekolah berasa selesa memilih murid sebagai peserta wakil zon Tebedu. Terima kasih banyak-banyak guru besar SK Sg Sameran,cikgu Harris. Walaupun saya cuma mewakilkan guru pranya sahaja untuk memaklumkan meminjam bawah makmal dan mengantar surat last minit(hantar Isnin dan Selasa pemilihan murid) tapi GB tetap menerima kehadirkan kami dengan tangan terbuka. THANKS GB!

Tahun ini pula,kami dipanggil untuk mesyuarat pada 11.7.13 untuk memberitahu tentang Aktiviti Bijak Pra sekolah. (nama karnival telah ditukarkan kepada aktiviti memandangkan nama karnival itu membawa maksud aktiviti yang besar).Kali ini formatnya bertukar lagi. Hanya ada 4 pertandingan. Tarian tradisional,action song,nyanyian solo dan stesyen bijak. Saya telah berbincang dengan guru pra zon saya secepat mungkin memandangkan masa yang singkat. Saya terangkan aktiviti yang akan berlangsung dan meminta mereka melatih dan memilih budak .Pada masa itu,bulan Ramadan dan tarikh pertandingan peringkat daerah ialah pada 27.8.2013. Beberapa kali kami berjumpa dan berbincang. Tiada yang sanggup menghantar penyertaan untuk Tarian Tradisional dan Action Song.Alasan?
1. Murid yang ada tidak mencukupi. Syarat penyertaan,10 orang.Ada sekolah yang kecil tidak sampai 10 orang dalam 1 kelas.
2. Murid tidak mahu bergerak. Menari memerlukan pergerakan. Kalau tidak bergerak bukan menari namanya. Saya salah seorang yang menghadapi masalah yang sama. 18 orang murid,10 orang 6 tahun dan 8 orang 5 tahun 4 orang perempuan dan selebihnya lelaki. Tarian tradisional perlukan budak perempuan dan lelaki. 3 budak perempuan saya tidak mahu bergerak untuk menari. Jadi tarian tradisional tidak dapat saya sertai. Action song pula,bila dilatih dan diuji,sama mengecewakan.Daripada 18 orang,hanya 8 orang yang mahu membuka mulut menyanyi dan bergerak.Yang lain,jadi patung cedana sahaja. Sekolah lain juga menghadapi masalah yang sama.Takkan nak hantar anak patung bertanding?buat jadi bahan ketawa sahaja nanti.
3. Guru pra sekolah tidak pandai melatih tarian tradisional. Memang kami guru pra sepatutnya cekap dan sangat pandai dalam semua bidang.(kami seorang sahaja mengajar semua mata pelajaran ya...)Tapi ada yang kami memang tidak mahir. Mesti ada yang kata,kenapa tidak guna cd,youtube dan sebagainya bukankah banyak. Atau minta bantuan guru lain. Ini untuk pertandingan,bukan persembahan suka-suka hujung tahun ya. Mestilah hantar yang terbaik. Memang boleh minta bantuan guru lain,tapi adakah mereka sudi?jika sudi,bila mereka sanggup korbankan masa dan tenaga untuk melatih murid pra?jika ada masa pun kadang-kadang mereka dipanggil untuk berkursus dan sebagainya. Sila ingat,masa yang ada cuma 4 minggu sahaja (6 minggu tolak 2 minggu cuti raya dan cuti sekolah). Melatih murid pra bukan seperti melatih murid arus perdana yang mudah ingat langkah dan arahan.Kalau murid itu bijak,memang cepat mereka ingat.Tapi masalahnya bila murid yang sederhana dan lemah,memang sangat lambat untuk ingat.Ingat lagi 1 perkara, kami perlu juga mengajar.Jadi kena pandai curi masa untuk melatih murid menari. Jika tidak mengajar,nanti murid tidak menguasai dan gagal LINUS,kami juga yang dipersalahkan.

4.Kenapa tidak gabung murid.?
Ingat dekat ke???Masabanyak habis di jalan sahaja.

5.Kenapa sekolah yang ada 2 kelas tidak hantar penyertaan?
2 buah sekolah zon saya telah dipilih untuk membuat persembahan semasa pertandingan peringat daerah nanti. Sebuah sekolah lagi menyatakan tiada pengangkutan. kami semua sanggup keluarkan duit poket sendiri untuk sewa van asalkan mereka sanggup melatih murid. Namun alasan yang saya dapat,'bos besar' terlalu cerewet bila hendak membawa murid keluar sekolah. Jadi untuk menggelakkan konflik dan perbalahan,jadi mereka memutuskan untuk tidak menghantar penyertaan.

6. Guru yang berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.
Sebuah sekolah di zon saya menghadapi masalah yang besar pada kami tapi ringan pada orang lain. (kalau berat pada orang lain mesti masalah dia sudah selesai sekarang) Masalahnya,PPM (Pembantu Pengurusan Murid). PPMnya ada pada nama,tapi sejak awal tahun hingga sekarang,batang hidung pun tidak nampak. Guru itulah yang terpaksa memasak,mengemas dan menguruskan murid sendirian. (Guru itu lelaki).Selasa lepas,dia tidak dapat hadir semasa pemilihan peserta kerana GB tidak mengizinkan keluar kerana tiada yang dapat mengajar di pra sekolahnya. Ok,tak perlu cerita panjang,anda fikirlah sendiri di mana tahap pra sekolah di sekolah itu ya.....

Jadi keputusannya,kami tidak menghantar penyertaan untuk tarian dan action song. Bagi saya tidak ada masalah besar. Kami sudah mencuba sebaik yang boleh dan dengan alasan masing-masing tidak perlulah perkara ini dibesar-besarkan. Lagipun pernah zon-zon lain tidak menghantar penyertaan semasa pertandingan peringkat daerah tapi tidak menjadi isu.

Memang isunya kenapa ZON TEBEDU TIDAK MENGHANTAR WAKIL TARIAN DAN ACTION SONG? Jadi saya telah terangkan dalam mesyuarat bersama pengerusi dan jawatankuasa Aktiviti Bijak Prasekolah 2013.Ketua penyelaras pra sekolah juga bersama saya menerangkan kepada guru-guru besar yang hadir pada masa itu. Kejutan dari seorang guru besar yang menempelak kami guru pra sebagai tidak profesional masih terasa pada masa itu (macamlah dia orang tu profesionallah sangat )tapi kejutan yang lebih besar apabila kreabiliti saya dipersoalkan seolah-olah saya tidak membuat kerja yang telah diamanahkan amat melukai hati saya.

Bukan setakat pengerusi majlis yang berulang kali menyebut murid pra sebagai akar yang perlu dijaga,bakat yang perlu dicungkil.rasa rugi jika tidak diketengahkan dan bla,bla,bla,bla,bla...hello bos.boleh saya tanya sikit...berapa lama bos ajar pra sekolah?apa yang bos tahu tentang bakat murid?akar je nak bagus,tapi batang,daun bagaimana?orang nampak ke akar itu yang telah kami pupuk dan jaga dengan baik tapi bila ke arus perdana tidak ada apa2 pertandingan pun bagi menjadikan mereka pokok yang hebat. Bos,mereka itu bukan pokok bakau yang nampak akar,orang tengok batang,daun dan buah ya. Akar cuma paling lama 2 tahun kami jaga,yang 6 tahun lagi bagaimana? Masalah tidak menghantar penyertaan itu telah jadi isu yang hangat pula. Seorang guru besar merangkap bos apa-apalah, mengomen tidak pernah dipanggil bermesyuarat selama dia menjadi GB. Eh,tahun lepas bukan saya dah panggil dan tidak hadir ke?patut pun tak tahu...Lepas itu dia mengatakan tidak ada pertandingan peringkat zon,yang ada cuma mesyuarat...Hello,saya hantar surat kepada GB menyatakan ada pemilihan peserta peringkat zon.Tak baca ke?sedap jer salahkan orang...memang terasa sangat jatuh air muka. Pengerusi sibuk tanya penyelaras zon yang lain ada tidak menghantar penyertaan untuk tarian dan action song?ada tidak pertandingan peringkat zon?....memang ada mereka buat dan ada penyertaan untuk semua aktiviti. Tapi biarlah menjadi rahsia apa yang mereka lakukan di zon masing-masing.Bagi saya,saya telah buat yang terbaik dan termampu..lantaklah mereka nak kata apapun............. hanya kami guru pra sahaja yang tahu apa yang berlaku dan faham apa masalah masing2  kerana biar bagaimana kami terangkan mereka tidak akan faham atau buat-buat tidak faham kerana masing-masing rasa mereka pandai.Maklumlah bos.Bos kipas bos, yang jadi mangsa ........

Eh,lupa nak ingatkan...Saya juga manusia ya....





Anda tidak faham cerita saya?tidak mengapa,saya hanya meluahkan perasaan saya sahaja. Maaf kepada yang terasa.Terima kasih kerana sudi untuk membaca bebelan saya...