Jom klik iklan

Saturday, June 2, 2012

Ulangtahun Perkahwinan ke 6

2.6.2012 adalah tarikh ulangtahun perkahwinan saya yang ke 6. Wah,dah 6 tahun...sungguh tak berasa masa berlalu..rasa macam baru je kahwin..tapi bila tengok anak dah besar,rasa betullah tu..hehehehe...

Ingat lagi 2.6.2006,tarikh nikah dan 3.6.2006 tarikh bersanding dan 5.6.2006 tarikh kena pergi kursus ETEMs...hehehe..masa tu ada kawan-kawan yang baik hati bagi bilik dia orang untuk saya dan husband honeymoon sambil kursus.Jadi honeymoon tu dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya..Ahaksss....tempat pula di Santubong Resort selama 1 minggu...hihihi....

Hari ni nasib baik ingat juga anniversary tu kalau tak jadi macam tahun lepas,langsung tak ingat sehinggalah adik saya yang cakap kat FB 2-3 hari lepas tu baru saya teringat anniversary dah lepas. Bukan apa,masa anniversary tu sama dengan tarikh Hari Gawai. Saya dan husband tahun lepas sibuk jual minuman semasa pertandingan bola sepak peringkat kampung di padang sekolah. Jadi langsung terlupa. Lagipun saya dan husband memang kurang sikit nak ingat tarikh-tarikh penting macam tu..Husband lagilah,memang dia tak ingat dan selalu kena ingatkan..kalau nak tunggu dia wish happy birthday pun kena set dalam telefon dia tarih birthday tu baru dia ingat...

Walau apapun,setelah menjalani kehidupan sebagai isteri dan emak selama 6 tahun ini,ulangtahun perkahwinan bukanlah perkara penting yang hendak disambut setiap tahun. Apa yang penting ialah kebahagiaan yang dikecapi sepanjang perkahwinan itu. Apa yang saya pelajari sepanjang usia perkahwinan ini ialah saling faham memahami,tolak ansur dan bertimbang rasa serta ambil berat terhadap pasangan menyebabkan hidup berumah tangga tidak menjadi bosan. Biasalah bergaduh,sedangkan lidah lagi tergigit tapi itu hanya menjadi pengikat kasih menjadi lebih mendalam.Kalau tak bergaduh bosan juga..aman tenteram sangat..hehehe...

Buat adik-adik,rakan-rakan dan siapa sahaja yang akan menempuh hidup berumahtangga ingatlah kehidupan berumahtangga bukanlah sentiasa manis seperti masa bercinta. Ada masanya pasang surut,bergaduh,masam muka dan masalah-masalah lain yang mewarnai rumahtangga akan muncul jadi pandai-pandailah kita menyelesaikan masalah tersebut.Janganlah terbawa-bawa perasaan sendiri kerana pasangan kita pun ada pasangan juga. Teringat pesanan Dr Fazilah Kamsah,bersyukurlah kita ada teman,sedangkan ramai lagi yang tiada berteman dan mengharapkan teman...

Semoga perkahwinan kami diberkati dan mendapat rahmat dari Allah SWT...amin...





No comments:

Post a Comment