Kelmarin,semalam dan hari ni menunggu janji SESCO nak pasang elektrik kat kedai.Malangnya sampai sekarang,janji tinggal janji.Semasa bayar 2 minggu lepas,dia orang janji,dalam masa seminggu.Tapi dah berlalu seminggu kita orang (saya dan suami) pergilah tanya bila,dijanjikan 2-3 hari lagi dan sampai ke harini tak pasang-pasang lagi sedangkan semua cas sudah dibayar. Mahal sungguh kos pemasangan elektrik di Sarawak. Bayangkan saya kena bayar lebih RM3000 hanya untuk kos pemasangan meter dan penyambungan elektrik. RM1140 (diskaun RM40) untuk pasang 2 kipas,2 lampu dan 2 soket.Semua yang dah dihabiskan lebih RM4000 tapi sampai harini belum berapi lagi sedangkan proses permohonan sejak sebelum Tahun Baru Cina dan sehingga harini 7.3.2012 masih lagi bergelap.Itupun masih di kira murah kerana kedai saya tu sebelah tiang elektrik je.Kalau jauh dan kena ada tiang lain pasti melayang lagi RM1000 lebih.Entah bilalah SESCO nak pasang. Sungguh-sungguh menyakitkan hati kerana susah betul nak buat kerja waktu siang sebab panas dan malam pula gelap.
Itu pasal elektrik,pasal van pula konon nak murah dan cepat belilah dari Pulau Pinang(Second hand jer). Penat sepupu suami pergi cari dan pilihkan. Sudah selesai semua pembelian,tiba pengeposan ke Sarawak. Memanglah naik kapal tambang dah RM2300.Semua urusan selesai selepas Tahun Baru Cina dan dijanjikan 1 minggu sampai. 15.2.2012 dapat panggilan mengatakan kapal baru nak jalan. Ok lah lagi boleh di terima. Malangnya sampai sekarang kapal tak sampai2. Bila di telefon kata kapal singgah mana2 pelabuhan. Alahai,sampai harini entah di manalah van tu. Esok nak cuba call lagi.
Memang banyak dugaan sejak mula berniaga ni. Belum lagi dugaan kecil2 seperti barang di order tak sampai, barang di order tak seperti yang dipesan dan macam-macam lagi yang menduga kesabaran. Semoga saya dan suami sentiasa bersabar dan mampu mengatasi semua halangan dan dugaan ini. Semoga rezeki 9/10 yang Allah janjikan untuk sesiapa yang berniaga menjadi milik kami juga.Amin...
Ahad 11.3.2012
Jumaat lalu dah bayar lagi kat kontraktor RM280 sebagai kos penyambungan.Lepas ni tak tau kos apa lagi sebab sampai hari ni SESCO belum juga pasang meter. Apa yang menghairankan ialah kos RM2800 lebih sebagai kos CC (connection cost) tu untuk apa kalau saya kena bayar kontraktor lain?hairan-hairan....Esok nak pergi tanya lagi,bila nak pasang meter.....
Ahad 11.3.2012
Jumaat lalu dah bayar lagi kat kontraktor RM280 sebagai kos penyambungan.Lepas ni tak tau kos apa lagi sebab sampai hari ni SESCO belum juga pasang meter. Apa yang menghairankan ialah kos RM2800 lebih sebagai kos CC (connection cost) tu untuk apa kalau saya kena bayar kontraktor lain?hairan-hairan....Esok nak pergi tanya lagi,bila nak pasang meter.....
No comments:
Post a Comment