Sekarang musim buah-buahan di Sarawak. Antara yang glamer buah ni ler.Buah ni dikenali dengan nama buah mbang atau mawang. Rasanya ada yang masam dan ada yang manis bila masak. Biasanya di buat sambal atau di cincang di campur dengan air atau dimakan begitu sahaja bagi buah yang manis. Kulitnya tebal dan boleh dimakan juga. Kulitnya dikikis dan dipotong kecil boleh di buat sambal atau dicampur dengan sayur keladi,ikan lempah dan segala jenis makanan yang perlukan asam. Buah ini buah bermusim dan berat sebiji boleh mencapai sehingga 1kg. Warnanya kulitnya coklat tapi apabila masak isinya berwarna kuning. Amat enak dan sedap sekali. Masa mengandung si Jaz dulu sangat suka makan buah ni.Biarpun mahal tetap dibeli.
Dah siasat dari orang-orang yang berasal dari semenanjung,mereka tak pernah nampak buah ini semasa di Semenanjung..Rugilah,buah ini sangat sedap...
No comments:
Post a Comment