Hujung tahun tiba bermakna cuti sekolah lagi.Agak panjang,lebih sebulan.Namun bagi seorang cikgu,cuti bermaksud tidak mengadap muka murid sahaja kerana ada sahaja kerja yang perlu diuruskan. Ada guru yang berkursus, ada yang bertugas di sekolah dan ada yang rajin menghias dan menganti BBM yang ada. Masa ini ada lah untuk memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengenali dan lebih rapat dengan anak-anak. Selama ini,anak asyik bersekolah pagi ke petang,malam mengadap buku atau tuisyen. Ibu bapa pula sibuk bekerja hingga perubahan yang berlaku pada anak pun tidak di ketahui Masa inilah ibu bapa bermain,bercerita dan memantau perubahan anak. Lihatlah anak anda sudah tinggi,gigi susu sudah tiada, rambut sudah panjang, jerawat sudah tumbuh atau pelbagai perkara yang selama ini anda ibu bapa terlepas pandang. Guru-guru juga jangan lupa lihat dan peluk anak sendiri ya...selama ini kita asyik menjaga anak orang sehingga anak sendiri terabai.
SELAMAT BERCUTI SEMUA...
Monday, December 5, 2016
Tuesday, August 9, 2016
Saturday, July 23, 2016
Bila Keberanian Tidak Bertempat
Hari ini hari bersejarah untuk Sarawak...Perasmian SUKMA..tapi bukan pasal itu yang ingin saya coretkan tapi pasal keberanian budak@remaja yang rasa diri mereka hebat.Kenapa saya kata begitu?Mari saya ceritakan...
Petang tadi dalam perjalanan balik ke Samarahan dari HUS(Hospital Umum Sarawak)kerana melawat anak buah,masa itu keadaan sudah gelap kerana hampir waktu maghrib dan hujan sedang turun renyai-renyai. Suami tiba-tiba bertanya,"eh,ada motosikal di belakang kitakan?"Saya pun melihat ke belakang melalui cermin sisi sebelah saya.Samar-samar kelihatan sebuah motosikal mengikut rapat kereta kami.Bayangkan tanpa lampu depan dan belakang ,motosikal itu memang tidak kelihatan.Di tambah lagi dengan jalanraya yang tiada lampu jalan.Bukankah itu mencari nahas?
Saya tahu budak-budak yang naik motor tanpa lampu amat yakin mereka nampak jalan dan arah yang mereka tuju.Saya juga yakin mereka nampak kereta,lori,bas dan semua jenis nenek datuk kenderaan yang ada di atas jalan.Namun yakinkah budak-budak itu semua pengguna atas jalanraya nampak mereka dalam keadaan jalan yang gelap itu?Sedangkan waktu siang kerajaan wajibkan semua motosikal memasang lampu supaya mudah dilihat,apatah lagi di waktu malam tanpa lampu mereka memang tidak dapat di kesan kehadirannya di atas jalan.
Saya tidak kisah jika budak-budak itu kemalangan,patah atau mati atas jalan.Apa yang saya kisah ialah jika saya yang terlibat.Jika sekadar kereta saya kemek dan budak@mak bapa budak itu dapat bayar saya boleh maafkan lagi.Apa yang saya risau ialah jika saya@famili saya yang cedera dan mati.
Jadi budak-budak@penunggang motor tanpa lesen,tanpa lampu jika korang nak berkecai atas jalan,menempek atas lori,silalah ya asal tidak melibatkan saya dan famili saya..
Petang tadi dalam perjalanan balik ke Samarahan dari HUS(Hospital Umum Sarawak)kerana melawat anak buah,masa itu keadaan sudah gelap kerana hampir waktu maghrib dan hujan sedang turun renyai-renyai. Suami tiba-tiba bertanya,"eh,ada motosikal di belakang kitakan?"Saya pun melihat ke belakang melalui cermin sisi sebelah saya.Samar-samar kelihatan sebuah motosikal mengikut rapat kereta kami.Bayangkan tanpa lampu depan dan belakang ,motosikal itu memang tidak kelihatan.Di tambah lagi dengan jalanraya yang tiada lampu jalan.Bukankah itu mencari nahas?
Saya tahu budak-budak yang naik motor tanpa lampu amat yakin mereka nampak jalan dan arah yang mereka tuju.Saya juga yakin mereka nampak kereta,lori,bas dan semua jenis nenek datuk kenderaan yang ada di atas jalan.Namun yakinkah budak-budak itu semua pengguna atas jalanraya nampak mereka dalam keadaan jalan yang gelap itu?Sedangkan waktu siang kerajaan wajibkan semua motosikal memasang lampu supaya mudah dilihat,apatah lagi di waktu malam tanpa lampu mereka memang tidak dapat di kesan kehadirannya di atas jalan.
Saya tidak kisah jika budak-budak itu kemalangan,patah atau mati atas jalan.Apa yang saya kisah ialah jika saya yang terlibat.Jika sekadar kereta saya kemek dan budak@mak bapa budak itu dapat bayar saya boleh maafkan lagi.Apa yang saya risau ialah jika saya@famili saya yang cedera dan mati.
Jadi budak-budak@penunggang motor tanpa lesen,tanpa lampu jika korang nak berkecai atas jalan,menempek atas lori,silalah ya asal tidak melibatkan saya dan famili saya..
Saturday, May 7, 2016
JOM MENGUNDI
Pilihanraya dun Sarawak....Siapa yang menang....malam nanti kita akan tahu..wahai YB yang terpilih,silalah berkhidmat.Jangan sampai ada yang tidak kenal muka YB sebab waktu nak pilihanraya baru nampak..apapun,terimalah keputusan dengan hati terbuka...peace yo..
Saturday, August 1, 2015
PANSOH MANOK TUA + TEMPOYAK
Hari raya sudah berlalu. Bosan makan rendang,kari ayam dan pelbagai makanan berempah,saya dan suami berpakat ingin makan ayam pansoh pula. Resepi ayam pansoh biasa sudah pernah saya berikan. Tapi tidak mengapa,saya masukkan lagi resepi tersebut. Sebenarnya resepi ayam pansoh ini berbeza dengan resepi ayam pansoh yang asli sebab resepi ini adalah mengikut selera anak tekak saya..hahaha
Resepi bertempoyak pula adalah permintaan daripada pembantu setia saya di prasekolah Puan Anna Jerin. Tempoyak yang tersimpan dalam freezer sejak tahun lepas dikeluarkan untuk menjadi bahan campuran nanti.
PANSOH MANOK TUA + TEMPOYAK
2 ekor ayam tua (beli jer kat kedai ayam) potong kecil supaya dapat dimasukkan dalam buluh
2 ekor ayam tua (beli jer kat kedai ayam) potong kecil supaya dapat dimasukkan dalam buluh
3 batang buluh sederhana besar
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Halia
(jumlah bawang dan halia sama seperti masakan ayam yang lain)
Bunga kantan (5-6 kuntum)(hiris halus)
Tempoyak (jika suka)
Garam dan perasa
CARA-CARA MEMBUATNYA
Bawang putih,bawang merah,halia dan serai di blend hingga hancur. (jangan terlalu hancur). Masukkan air sedikit untuk mem blend. Gaulkan bersama ayam dan bunga kantan. Maukkan garam dan bahan perasa. Biar rasa agak masin sedikit kerana akan menyerap bila ayam masak.
Saya bahagikan kepada 2 bekas kerana suami saya tidak suka makan ayam pansoh bertempoyak. Ayam ini saya masukkan ke dalam 2 batang buluh dan ditutup dengan daun ubi kayu.
Satu bahagian lagi saya gaulkan dengan tempoyak dan daun ubi kayu yang sudah direnyuk. Ayam ini saya isikan ke dalam 1 batang buluh. Kemudian,bahagian atasnya ditutup dengan daun ubi kayu. Jangan masukkan air lain ke dalam buluh melainkan air yang memang sudah ada masa mengaul tadi. Bakar sampai masak. Masa memasak agak lama kerana ayam tua. Jika tidak mahu masak lama,sila guna ayam muda ya...Selamat mencuba....
Saturday, May 23, 2015
IBU BAPA PENJAGA....TOLONGLAH MENGERTI...
Sayangkan anak,tangan-tangankan,sayangkan isteri,tinggal-tinggalkan...dalam sungguh makna peribahasa Melayu lama ini.Sebagai seorang guru dan ibu,saya mempunyai perasaan yang amat mendalam menyayangi kanak-kanak yang menjadi anak murid saya sebagaimana saya menyayangi anak saya Jazli dan Athirah. Sebagai seorang guru,saya tidak mahu anak murid saya ketinggalan dalam mata pelajaran.Saya mahukan mereka berjaya. Kerja saya nampak mudah,cuma mengajar murid memahami abc,membaca dan menulis. Mengenal huruf dan mengira. Semuanya asas. Namun asas itu adalah yang paling sukar untuk dilaksanakan dengan jayanya tanpa bantuan ibu bapa dan penjaga yang memahami tugas seorang guru. Ibu bapa atau penjaga dengan anak 2-3 orang pun mudah tension dan marah,inikan pula saya dengan 25 orang murid yang berusia antara 4+ dan 5+ tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang. Pasti ada yang mengatakan jika tidak mahu menjadi cikgu,janganlah jadi cikgu...Saya mengakui itu memang biasa orang katakan apabila guru mengeluh. Tapi saya ingin bertanya kepada pengeluar-pengeluar pendapat tadi, jika mereka ibu bapa,mereka berhenti ke jadi ibu bapa jika anak mereka nakal?menyakitkan hati? Bagi saya,guru adalah ibu bapa anak-anak di sekolah. Lebih-lebih lagi guru prasekolah, setiap hari sekurang-kurangnya anak-anak menghabiskan masa selama 4 jam bersama saya. Saya yang memantau perkembangan mereka di sekolah. Saya yang melihat mereka berkembang dari tidak pandai pegang pensil kepada pandai membaca dan menulis. Paling tidakpun,murid pandai berkomunikasi dalam Bahasa Melayu walaupun masih ada bahasa ibunda terselit di situ. Tidakkah itu membanggakan saya sebagai guru mereka?
Saya faham lumrah seorang kanak-kanak ialah bermain dan saya terima kenakalan mereka. Murid yang duduk tegak di kerusi adalah murid yang bermasalah jika dia di pra sekolah. Murid pra sekolah biasanya sangat aktif namun jika terlampau aktif itu juga masalah. Murid normal akan dapat membaca ayat mudah dan mengira pada hujung tahun. Murid yang ada masalah akan mengambil masa 2 tahun untuk menguasai asas-asas membaca dan mengira. Jika lebih dari 2 tahun,murid itu perlukan perhatian doktor kerana menurut pengalaman saya yang telah mengajar pra sekolah hampir 10 tahun,murid yang bermasalah mengenal huruf semasa di pra sekolah akan mengalami masalah yang sama sehingga tahun 6. Jika tidak diambil tindakan sepatutnya murid itu akan terus ketinggalan.
Tolonglah ibu bapa dan penjaga...saya bukannya inginkan ucapan terima kasih,hadiah dan sebagainya di Hari Guru ini, Apa yang saya inginkan ialah sekolahkan anak anda. Biarlah mereka belajar. Jangan terlalu menurut kehendak mereka yang malas bersekolah kerana guru garang,mengantuk,sayang tinggalkan bantal,ikut ibu bapa ke bandar atau tiada siapa yang akan mengambil mereka semasa balik sekolah sedangkan kelas pra sekolah depan rumah sahaja dan sebagainya. Tolonglah wahai ibu bapa, berikan mereka pengalaman di tinggalkan di sekolah, berdikari dan merasa dimarahi kerana itulah cara mendidik jiwa anak supaya jiwa mereka kental dengan cabaran dunia ini. Sampai bila ibu bapa akan melindungi anak kerana kita ibu bapa juga akan mati satu hari nanti. Cukuplah manjakan mereka di rumah,jangan sampai di sekolah pun ibu bapa manjakan mereka. Janganlah bersangka buruk dengan guru yang memarahi anak anda sedangkan anda juga memarahi anak anda tanpa perasaan dendam terhadap mereka. Tolonglah risau jika guru tidak lagi menegur dan memarahi anak anda kerana itu petanda guru sudah tidak peduli. Bila guru sudah hanya mengajar dan tidak mendidik,bila guru sudah tidak memberi komen apa-apa tentang anak anda dan bila guru sudah tidak kisah apa sahaja perbuatan anak anda di sekolah....TOLONGLAH RISAU...
Wednesday, January 28, 2015
SAYA YANG MENURUT PERINTAH
Lama betul tidak menjengah blog ini.Rindu ingin menulis dan banyak yang ingin ditulis tapi tidak tertulis. Sekarang ni semakin sibuk,maklumlah awal tahun.Awal-awal lagi kami guru prasekolah telah berbengkel dan bermesyuarat tentang CABARAN KPI 2015. Apa tu?Cabaran untuk memastikan murid normal di prasekolah berjaya menguasai literasi membaca ayat hujung tahun ini. Menarik bukan?Tapi siapalah saya untuk mempersoalkan arahan.Cara mencapainya,terpulanglah pada para guru pra yang bijaksana...
Namun seperti kata Dr Siti semasa PITO tahun lepas,kalau di scan memang kami guru pra banyak dosa. Dosa apa?hanya kami yang tahu...dan tahun ini,sekali lagi kami akan menambah banyak dosa.Apa boleh buat,kami hanyalah..............
SAYA YANG MENURUT PERINTAH...
Subscribe to:
Posts (Atom)





