Jom klik iklan

Saturday, May 23, 2015

IBU BAPA PENJAGA....TOLONGLAH MENGERTI...

       Sayangkan anak,tangan-tangankan,sayangkan isteri,tinggal-tinggalkan...dalam sungguh makna peribahasa Melayu lama ini.Sebagai seorang guru dan ibu,saya mempunyai perasaan yang amat mendalam menyayangi kanak-kanak yang menjadi anak murid saya sebagaimana saya menyayangi anak saya Jazli dan Athirah. Sebagai seorang guru,saya tidak mahu anak murid saya ketinggalan dalam mata pelajaran.Saya mahukan mereka berjaya. Kerja saya nampak mudah,cuma mengajar murid memahami abc,membaca dan menulis. Mengenal huruf dan mengira. Semuanya asas. Namun asas itu adalah yang paling sukar untuk dilaksanakan dengan jayanya tanpa bantuan ibu bapa dan penjaga yang memahami tugas seorang guru. Ibu bapa atau penjaga dengan anak 2-3 orang pun mudah tension dan marah,inikan pula saya dengan 25 orang murid yang berusia antara 4+ dan 5+ tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang. Pasti ada yang mengatakan jika tidak mahu menjadi cikgu,janganlah jadi cikgu...Saya mengakui itu memang biasa orang katakan apabila guru mengeluh. Tapi saya ingin bertanya kepada pengeluar-pengeluar pendapat tadi, jika mereka ibu bapa,mereka berhenti ke jadi ibu bapa jika anak mereka nakal?menyakitkan hati? Bagi saya,guru adalah ibu bapa anak-anak di sekolah. Lebih-lebih lagi guru prasekolah, setiap hari sekurang-kurangnya anak-anak menghabiskan masa selama 4 jam bersama saya. Saya yang memantau perkembangan mereka di sekolah. Saya yang melihat mereka berkembang dari tidak pandai pegang pensil kepada pandai membaca dan menulis. Paling tidakpun,murid pandai berkomunikasi dalam Bahasa Melayu walaupun masih ada bahasa ibunda terselit di situ. Tidakkah itu membanggakan saya sebagai guru mereka?

        Saya faham lumrah seorang kanak-kanak ialah bermain dan saya terima kenakalan mereka. Murid yang duduk tegak di kerusi adalah murid yang bermasalah jika dia di pra sekolah. Murid pra sekolah biasanya sangat aktif namun jika terlampau aktif itu juga masalah. Murid normal akan dapat membaca ayat mudah dan mengira pada hujung tahun. Murid yang ada masalah akan mengambil masa 2 tahun untuk menguasai asas-asas membaca dan mengira. Jika lebih dari 2 tahun,murid itu perlukan perhatian doktor kerana menurut pengalaman saya yang telah mengajar pra sekolah hampir 10 tahun,murid yang bermasalah mengenal huruf semasa di pra sekolah akan mengalami masalah yang sama sehingga tahun 6. Jika tidak diambil tindakan sepatutnya murid itu akan terus ketinggalan. 

          Tolonglah ibu bapa dan penjaga...saya bukannya inginkan ucapan terima kasih,hadiah dan sebagainya di Hari Guru ini, Apa yang saya inginkan ialah sekolahkan anak anda. Biarlah mereka belajar. Jangan terlalu menurut kehendak mereka yang malas bersekolah kerana guru garang,mengantuk,sayang tinggalkan bantal,ikut ibu bapa ke bandar atau tiada siapa yang akan mengambil mereka semasa balik sekolah sedangkan kelas pra sekolah depan rumah sahaja  dan sebagainya. Tolonglah wahai ibu bapa, berikan mereka pengalaman di tinggalkan di sekolah, berdikari dan merasa dimarahi kerana itulah cara mendidik jiwa anak supaya jiwa mereka kental dengan cabaran dunia ini. Sampai bila ibu bapa akan melindungi anak kerana kita ibu bapa juga akan mati satu hari nanti. Cukuplah manjakan mereka di rumah,jangan sampai di sekolah pun ibu bapa manjakan mereka. Janganlah bersangka buruk dengan guru yang memarahi anak anda sedangkan anda juga memarahi anak anda tanpa perasaan dendam terhadap mereka. Tolonglah risau jika guru tidak lagi menegur dan memarahi anak anda kerana itu petanda guru sudah tidak peduli. Bila guru sudah hanya mengajar dan tidak mendidik,bila guru sudah tidak memberi komen apa-apa tentang anak anda dan bila guru sudah tidak kisah apa sahaja perbuatan anak anda di sekolah....TOLONGLAH RISAU...

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete