Hari raya sudah berlalu. Bosan makan rendang,kari ayam dan pelbagai makanan berempah,saya dan suami berpakat ingin makan ayam pansoh pula. Resepi ayam pansoh biasa sudah pernah saya berikan. Tapi tidak mengapa,saya masukkan lagi resepi tersebut. Sebenarnya resepi ayam pansoh ini berbeza dengan resepi ayam pansoh yang asli sebab resepi ini adalah mengikut selera anak tekak saya..hahaha
Resepi bertempoyak pula adalah permintaan daripada pembantu setia saya di prasekolah Puan Anna Jerin. Tempoyak yang tersimpan dalam freezer sejak tahun lepas dikeluarkan untuk menjadi bahan campuran nanti.
PANSOH MANOK TUA + TEMPOYAK
2 ekor ayam tua (beli jer kat kedai ayam) potong kecil supaya dapat dimasukkan dalam buluh
2 ekor ayam tua (beli jer kat kedai ayam) potong kecil supaya dapat dimasukkan dalam buluh
3 batang buluh sederhana besar
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Halia
(jumlah bawang dan halia sama seperti masakan ayam yang lain)
Bunga kantan (5-6 kuntum)(hiris halus)
Tempoyak (jika suka)
Garam dan perasa
CARA-CARA MEMBUATNYA
Bawang putih,bawang merah,halia dan serai di blend hingga hancur. (jangan terlalu hancur). Masukkan air sedikit untuk mem blend. Gaulkan bersama ayam dan bunga kantan. Maukkan garam dan bahan perasa. Biar rasa agak masin sedikit kerana akan menyerap bila ayam masak.
Saya bahagikan kepada 2 bekas kerana suami saya tidak suka makan ayam pansoh bertempoyak. Ayam ini saya masukkan ke dalam 2 batang buluh dan ditutup dengan daun ubi kayu.
Satu bahagian lagi saya gaulkan dengan tempoyak dan daun ubi kayu yang sudah direnyuk. Ayam ini saya isikan ke dalam 1 batang buluh. Kemudian,bahagian atasnya ditutup dengan daun ubi kayu. Jangan masukkan air lain ke dalam buluh melainkan air yang memang sudah ada masa mengaul tadi. Bakar sampai masak. Masa memasak agak lama kerana ayam tua. Jika tidak mahu masak lama,sila guna ayam muda ya...Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment