Jom klik iklan

Saturday, May 23, 2015

IBU BAPA PENJAGA....TOLONGLAH MENGERTI...

       Sayangkan anak,tangan-tangankan,sayangkan isteri,tinggal-tinggalkan...dalam sungguh makna peribahasa Melayu lama ini.Sebagai seorang guru dan ibu,saya mempunyai perasaan yang amat mendalam menyayangi kanak-kanak yang menjadi anak murid saya sebagaimana saya menyayangi anak saya Jazli dan Athirah. Sebagai seorang guru,saya tidak mahu anak murid saya ketinggalan dalam mata pelajaran.Saya mahukan mereka berjaya. Kerja saya nampak mudah,cuma mengajar murid memahami abc,membaca dan menulis. Mengenal huruf dan mengira. Semuanya asas. Namun asas itu adalah yang paling sukar untuk dilaksanakan dengan jayanya tanpa bantuan ibu bapa dan penjaga yang memahami tugas seorang guru. Ibu bapa atau penjaga dengan anak 2-3 orang pun mudah tension dan marah,inikan pula saya dengan 25 orang murid yang berusia antara 4+ dan 5+ tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang. Pasti ada yang mengatakan jika tidak mahu menjadi cikgu,janganlah jadi cikgu...Saya mengakui itu memang biasa orang katakan apabila guru mengeluh. Tapi saya ingin bertanya kepada pengeluar-pengeluar pendapat tadi, jika mereka ibu bapa,mereka berhenti ke jadi ibu bapa jika anak mereka nakal?menyakitkan hati? Bagi saya,guru adalah ibu bapa anak-anak di sekolah. Lebih-lebih lagi guru prasekolah, setiap hari sekurang-kurangnya anak-anak menghabiskan masa selama 4 jam bersama saya. Saya yang memantau perkembangan mereka di sekolah. Saya yang melihat mereka berkembang dari tidak pandai pegang pensil kepada pandai membaca dan menulis. Paling tidakpun,murid pandai berkomunikasi dalam Bahasa Melayu walaupun masih ada bahasa ibunda terselit di situ. Tidakkah itu membanggakan saya sebagai guru mereka?

        Saya faham lumrah seorang kanak-kanak ialah bermain dan saya terima kenakalan mereka. Murid yang duduk tegak di kerusi adalah murid yang bermasalah jika dia di pra sekolah. Murid pra sekolah biasanya sangat aktif namun jika terlampau aktif itu juga masalah. Murid normal akan dapat membaca ayat mudah dan mengira pada hujung tahun. Murid yang ada masalah akan mengambil masa 2 tahun untuk menguasai asas-asas membaca dan mengira. Jika lebih dari 2 tahun,murid itu perlukan perhatian doktor kerana menurut pengalaman saya yang telah mengajar pra sekolah hampir 10 tahun,murid yang bermasalah mengenal huruf semasa di pra sekolah akan mengalami masalah yang sama sehingga tahun 6. Jika tidak diambil tindakan sepatutnya murid itu akan terus ketinggalan. 

          Tolonglah ibu bapa dan penjaga...saya bukannya inginkan ucapan terima kasih,hadiah dan sebagainya di Hari Guru ini, Apa yang saya inginkan ialah sekolahkan anak anda. Biarlah mereka belajar. Jangan terlalu menurut kehendak mereka yang malas bersekolah kerana guru garang,mengantuk,sayang tinggalkan bantal,ikut ibu bapa ke bandar atau tiada siapa yang akan mengambil mereka semasa balik sekolah sedangkan kelas pra sekolah depan rumah sahaja  dan sebagainya. Tolonglah wahai ibu bapa, berikan mereka pengalaman di tinggalkan di sekolah, berdikari dan merasa dimarahi kerana itulah cara mendidik jiwa anak supaya jiwa mereka kental dengan cabaran dunia ini. Sampai bila ibu bapa akan melindungi anak kerana kita ibu bapa juga akan mati satu hari nanti. Cukuplah manjakan mereka di rumah,jangan sampai di sekolah pun ibu bapa manjakan mereka. Janganlah bersangka buruk dengan guru yang memarahi anak anda sedangkan anda juga memarahi anak anda tanpa perasaan dendam terhadap mereka. Tolonglah risau jika guru tidak lagi menegur dan memarahi anak anda kerana itu petanda guru sudah tidak peduli. Bila guru sudah hanya mengajar dan tidak mendidik,bila guru sudah tidak memberi komen apa-apa tentang anak anda dan bila guru sudah tidak kisah apa sahaja perbuatan anak anda di sekolah....TOLONGLAH RISAU...

Wednesday, January 28, 2015

SAYA YANG MENURUT PERINTAH

Lama betul tidak menjengah blog ini.Rindu ingin menulis dan banyak yang ingin ditulis tapi tidak tertulis. Sekarang ni semakin sibuk,maklumlah awal tahun.Awal-awal lagi kami guru prasekolah telah berbengkel dan bermesyuarat tentang CABARAN KPI 2015. Apa tu?Cabaran untuk memastikan murid normal di prasekolah berjaya menguasai literasi membaca ayat hujung tahun ini. Menarik bukan?Tapi siapalah saya untuk mempersoalkan arahan.Cara mencapainya,terpulanglah pada para guru pra yang bijaksana...
Namun seperti kata Dr Siti semasa PITO tahun lepas,kalau di scan memang kami guru pra banyak dosa. Dosa apa?hanya kami yang tahu...dan tahun ini,sekali lagi kami akan menambah banyak dosa.Apa boleh buat,kami hanyalah..............





SAYA YANG MENURUT PERINTAH...

Tuesday, November 25, 2014

PITO OH PITO...

        Semasa mengarang catatan ini saya sedang berada di Institut Perguruan Batu Lintang atau nama glamer nya Maktab Batu Lintang. Maktab yang bersejarah ini menyaksikan saya bersama-sama 27 lagi rakan guru mendalami ilmu dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak atau paling mudah disebut prasekolah dalam kursus PITO. Apa itu PITO?PITO ialah singkatan bagi Program Tambah Opsyen....ya,saya sedang mendalami ilmu prasekolah untuk mendapat lesen mengajar prasekolah.

      Selama 8 tahun mengajar prasekolah,saya hanyalah guru bukan opsyen prasekolah yang diarahkan mengajar prasekolah. Setelah sekian lama di prasekolah,saya telah jatuh cinta pada dunia prasekolah dan saya mahu kekal di prasekolah. Oleha hal yang sedemikian,saya telah diarahkan mengikuti kursus PITO jika masih mahu kekal di prasekolah atau tempat saya akan digantikan dengan guru opsyen prasekolah. Saya tidak ingin menjadi sebahagian rakan guru prasekolah yang telah ditendang ke aliran perdana setelah guru-guru opsyen prasekolah dihantar ke sekolah mereka. Kasihan guru-guru tadi yang telah berpengalaman ada yang sehingga pengalaman lebih 20 tahun juga dikeluarkan dari prasekolah. Jadilah mereka ibarat habis madu sepah dibuang. Tanpa opsyen pra,janganlah bermimpi ingin kekal di prasekolah biarpun pengalaman anda mengunung kerana opsyen juga yang mereka pandang. Cuma yang menghairankan saya,mengajar kelas perdana tidak pula mementingkan sangat ospyen. Tapi siapalah saya yang ingin mempersoalkan mereka-mereka yang berkuasa. 

         Apapun,selamat bercuti kepada rakan guru yang sedang bercuti..yang sedang ber PITO,jom buat tugasan....





Wednesday, June 4, 2014

JUALAN MURAH ...RM70 SAHAJA (Tidak termasuk pos)

4XL

JUALAN MURAH RM100 SAHAJA (tidak termasuk pos)

Photo: Kebaya pendek Gold
Saiz L
Harga RM180 termasuk pos
Saiz L
Photo: Kebaya Gold
Saiz L 
XL-Sold out
RM 170 termasuk pos
Saiz L
Photo: Kebaya Panjang Hijau Muda (Tidak termasuk veil dan tudung)
Saiz XL 
Harga RM200 termasuk pos.
Saiz XL
Photo: KEBAYA KELABU
SAIZ XXL
HARGA RM170
saiz XXL
Photo: KEBAYA PUTIH
SAIZ XXL 
HARGA RM170
Saiz XXL

Photo: Kebaya pendek biru
Saiz M 
Harga hanya RM170 termasuk pos
Saiz M

LEMANG PERIUK KERA

Lemang periuk kera..takde kera pun...hihihi..teringat telatah Upin dan Ipin yang mencari periuk kera untuk dimasak oleh Kak Ros. Di sarawak,lemang periuk kera@pulut dalam periuk kera itu (lupa namanya dalam bahasa Bidayuh) adalah makanan tradisional masyarakat Bidayuh terutama Bidayuh Bau sebab apabila pergi ke Serikin dan singgah di kedai tepi jalan sebelum Serikin memang banyak dijual periuk kera kosong atau periuk kera yang telah siap dimasak bersama pulut di dalamnya. Jom kita masak pulut periuk kera.Senang sahaja membuatnya.


BAHAN-BAHAN

20 bekas periuk kera.(kalau nak makan banyak,sila sediakan banyak-banyak).Bersihkan dengan membuang penutup dan bibirnya. (daun disekeliling muka periuk kera)
300g beras pulut. Basuh dan toskan.
1 liter santan
Garam secukup rasa untuk dicampur di dalam santan.(santan rasa lemak-lemak masin)
Gula kalau suka rasa manis pada pulut.


CARA MEMBUATNYA

Masukkan pulut ke dalam periuk kera.Masukkan setengah sahaja untuk memberi peluang kepada beras mengembang. Masukkan santan sampai tutup beras. Susun dalam acuan@bekas untuk dikukus. Kukus sampai masak.SUDAH SIAP....Sedap dimakan bersama kari ayam,rendang dan yang sewaktu dengannya. Ataupun makan begitu sahaja atau cicah dengan gula atau susu pekat manis. Memang sangat sedap...Cubalah ya....

Sudah masak

Jom makan



Tuesday, June 3, 2014

KEK PISANG KUKUS@APAM PISANG

Semenjak pokok pisang tepi pagar pra sekolah asyik berbuah,saya pun jadi rajin membuat kek pisang. Bukan apa,jemu juga nak makan cucur renyok@jemput-jemput pisang jer.Lagipun pisang ni sedap juga di buat kek. Nama pisang ini bukan pisang embun,tapi rupanya sama dengan pisang embun. Rasanya tidaklah semanis pisang embun.

Pokok pisang yang rajin berbuah

Bila buah pisang sudah banyak,maka dengan rajinnya saya mengoogle untuk mencari resepi-resepi yang mudah untuk menghabiskan pisang-pisang ini. Jadi antaranya resepi Kek Pisang Kukus yang entah siapa punya resepi asal yang saya ambil sebab terlalu banyak resepi-resepi yang saya copy dan paste. (maaf ya tuan resepi.Halalkan resepi tuan ya..)hehehehe

KEK PISANG KUKUS@APAM PISANG

Bahan-bahan:

2 gelas tepung naik sendiri
1 gelas gula (saya selalu guna 3/4 gelas)
1 gelas minyak masak
3/4 biji telur
Pisang 4 biji-dilenyek sampai lumat dan dibiarkan supaya menjadi gelap.

Acuan saya..saiz,tak tau nak cakap.tapi kecil sahaja

Gelas yang saya guna..abaikan cangkir kat belakang

Telur gred B

Blend jer

Sudah kembang

Masukkan pisang lenyek


Pisang yang telah dilenyek
 
Cara membuatnya:
Blend gula,minyak dan telur sampai kembang.Sudah kembang tuang dalam mangkuk dan gaul tepung dan masukkan pisang lenyek. Lepas itu masukkan dalam acuan yang telah digeser dengan sedikit minyak. (tak letak pun takpe). Tutup atas acuan dengan aluminium foil dan kukus sampai masak.(biasa dalam 40 minit). Senang jer kan....
Sudah masak

Bolehlah untuk minum petang bersama teh atau kopi