Jom klik iklan

Wednesday, August 15, 2012

Tempoyak Goreng Udang

Sabtu lalu adik saya Shawal request nak makan tempoyak goreng pula. Dia memang minat makan tempoyak goreng.  Memang ramai yang letak resepi tempoyak goreng,tapi saya nak juga tulis resepi tempoyak goreng versi saya pula...



TEMPOYAK GORENG UDANG

Bahan-bahannya: 
1.Semangkuk tempoyak
2.6-7 biji cili kecil.kalau cili besar cukuplah 2 biji.Tapi yang suka pedas,sila tambah banyak-banyak cili suka hati awak ye...
3.Udang yang sudah dibuang kulitnya
4.minyak masak 
5.Gula
6.Sedikit serbuk kunyit (kalau suka.Letak sajer nak bagi effect kuning menawan)
7.3-4ulas bawang merah
8.3-4 ulas bawang putih

(Anggaran minyak masak dan gula adalah bergantung kepada banyaknya tempoyak.Jika tempoyak masam,perlu letak banyak gula supaya rasa tempoyak tidak terlalu masam.Jika tempoyak masih baru dan tidak masam,jangan tambah gula.Tambah garam jika tempoyak anda adalah asam durian yang tidak ada diletakkan garam semasa proses membuatnya.Harap maklum ya)

Cara membuatnya:

 1.Tumbuk bawang merah,bawang putih dan cili sampai agak lumat.

 2. Masukkan ke dalam mangkuk tempoyak.

 3. Masukkan udang,gula dan serbuk kunyit juga. Panaskan kuali dan panaskan minyak masak. 


  
4. Masukkan tempoyak tadi.pastikan tempoyak itu tengelam dalam minyak.Sebab kalau minyak kurang,tempoyak akan hangus.  Masak hingga agak kering dan kekuningan.


5. Tempoyak dah masak bolehlah dihidangkan.Kalau tak cukup pedas,makan dengan cili padi ya.


Meleleh lak rasa air liur ni...sabar...puasalah....



 

Kari Ikan Tongkol

Hari ni kena jadi tukang masak lagi. Bukan apa,mak saya suka suruh saya masak bila adik-adik saya balik. Entahlah,selalu orang kata nak makan masakan mak,tapi adik-adik saya makan masakan kakak dia...Tapi takpelah,sebab saya rajin sikit hari ni walaupun selsema sebab dah lama tak makan kari ikan tongkol ni.

 Kari Ikan Tongkol


Bahan-bahannya...
1. Ikan tongkol

Ikan tongkol yang sudah dibersihkan.Kuantiti, 2 ekor ikan sederhana besar.  Nampak sikit sebab bekasnya kecil.

2. Bawang merah
3.Bawang putih 
4. Halia 
5. Serai
6. Asam jawa/asam keping/belimbing tunjuk dan lain-lain buah yang masam.
7. Kari (biasa guna kari Alagapas atau Babas)
8. Santan
9. Minyak masak untuk menumis.

Cara masak: 
1. Tumbuk/blend semua bahan kecuali kari dan asam jawa. Lepas itu tumiskan.

Tumis sampai warna kekuningan.
2. Campurkan air ke dalam kari dan kacau hingga sebati. Bila telah sebati,tuangkan ke dalam tumisan yang telah kekuningan tadi. 

3. Tumiskan lagi sehingga kari masak.Nak kenal sudah masak ke belum apabila kari sudah pecah minyak dan baunya sungguh sedap...hehehe..kalau kari macam pekat jer,sila tambah sedikit minyak masak ya..


4. Bila kari dah masak,masukkan santan dan tunggu santan mendidih baru masukkan ikan.(kalau saya tak didih lagi dah masuk ikan,nak cepatkan..hehehe)Tunggu sampai ikan masak.Jangan lupa balik-balikkan ikan tu dan masukkan air asam jawa@asam keping@belimbing buluh@buah mangga muda@lain-lain asam yang sesuai.Waktu ni juga boleh masukkan terung@sayur kacang lendir@bendi.Jangan lupa masukkan garam dan perisa untuk menambahkan kesedapan kari anda.

5. Dah siap,boleh dihidangkan dan makan....kepala ikan saya booking dulu ya...


Senang jer memasak ni cuma yang penting kena rajin dan kreatif. Siapa yang suka letak daun kari tu letak masa menumis kari tadi. Perbezaan ikan kari dan ayam kari ialah kari ayam ada rempah tumis tapi kari ikan tak ada..

Monday, August 13, 2012

Kasihan blog dan kasihan Jaz

Lama betul tak update..bukan apa,sekarang sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti sebelum raya. Bukan aktiviti buat kuih seperti tahun lepas,tapi aktiviti sekolah. Sibuk nak siapkan Grafiti 1 Malaysia,meeting Amalan P&P Terbaik dan Karnival Pra yang akan menyusul selepas raya.

Tahun ni takde aktiviti nak buat biskut atau kek dan sebagainya. Kasihan tengok bahan kek yang masih ada baki tahun lepas...huhuhuhu...Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa,sebabnya saya dah duduk balik dengan mak jadi malaslah nak kacau dapur. Biarlah kakak ipar yang buat.Tahun lepas duduk rumah kuarters jadi suka hatilah nak masak apa. Bukan kakak ipar atau mak marah,cuma rasa tak selesa nak cari-cari barang dan sebagainya. Jadi bagi kakak ipar dan mak buatlah...hehehehe..seperti biasa,saya cuma akan buat Biskut Kacang Goreng...hahahaha..senang jer,goreng kacang tanah,goreng pusuk(ikan bilis),letak garam sikit dan dah siap!...hehehehe.....

Jadi korang semua buat biskut dan kek apa tahun ni?jaga-jaga,jangan sampai terbakar dapur....


Jazli pula sekarang dah semakin sembuh sebab kena campak juga. Dia lagi teruk dari adiknya tapi dia memang tabah. Kena campak tu pun sebab dia yang selalu tanya dan nak tu yang jangkit. Nasib baik awal minta air penawar kat orang tua kampung. Dia tak demam dan campak habis keluar dengan cepat. Seluruh badan termasuk kepala pun kena...Kesian anakku..huhuhuhu

Friday, August 3, 2012

Puasa

Alhamdulillah,hari ini kita dapat menamatkan puasa kita sehari. Semoga puasa dan amal ibadah kita diterima Allah...Puasa hari ini memang mencabar sebab cuaca sangat panas termasuk jerebu. Memang sudah menjadi kebiasaan musim kemarau adalah musim membakar. Sana sini orang akan membakar untuk membuat sawah dan huma.Jadi pesan saya,minum air banyak-banyak selepas berbuka, jangan sampai kembung sudah ya...hehehe....

Thursday, July 26, 2012

Athirah dan campak

Lama juga dah tak update blog.Bukan takde idea,tapi MALAS..hehehe...hari ni masuk hari ke 6 Athirah kena campak. Alhamdulillah,dah semakin sembuh,cuma yang tinggal parut.Campak yang memang teruk sehingga seluruh badan Athirah sekarang berparut.Sudahlah berparut,ada yang sampai berdarah Athirah garu huhuhu...Malam selasa lalu,dalam pukul 2.30 pagi,saya tersedar bila Athirah mengigil..Punyalah panas badan sampai 40'c..sangat menakutkan!Mula-mula saya bagi panadol supp sebiji dan 1 biji pil supp untuk buang panas.Sukat suhu lagi,masih lagi tinggi,40'c.Lap dengan air pun tak jalan sebab Athirah masih lagi mengigil tanda badan dia masih sangat panas. Bincang dengan suami nak bawa ke hospital tapi saya fikir kat hospital pun akan di beri mandi seperti Jazli dulu jadi baik saya cuba mandikan. Saya pun mandikan Athirah dan kemudian sukat lagi suhu dia..Masih lagi 39'c. Aduh,usaha terakhir sebelum bawa ke klinik,saya masukkan lagi pil buang panas sebiji dan kipaskan Athirah.Alhamdulillah,akhirnya panas Athirah mula turun dan dia tidak mengigil lagi..Fuh...sangat lega...risau sungguh takut Athirah terkena sawan.Pagi tu barulah Athirah minum susu setelah beberapa hari tidak menyusu..cuma minum oren  dan air teh sahaja.Itu pun sikit-sikit sahaja...

Ibu-ibu yang mempunyai anak demam panas,pastikan anak tidak mengalami sawan kerana saya telah melihat kesan sawan keatas anak-anak ini. Tolonglah ibu bapa sediakan ubat-ubat yang patut kat rumah kerana kita tidak tahu bila penyakit akan menyerang. Bagi saya,panadol supp dan ubat buang panas memang akan tersedia dalam peti sejuk walaupun hospital tidak sampai 5 minit dari rumah.Juga jangan ambil mudah jika anak kita demam...Sawan,boleh mengubah anak kita yang normal kepada OKU...awas ya...


Saturday, June 16, 2012

Ovelet haram ke halal?

 Saya jumpa jawapan ni masa mencari persoalan tentang halal haram ovelet bila ditanya penggunaan ovelet dalam pembuat aiskrim saya..Sila baca di sini... aiskrim mudah  .Saya baca tentang ovelet kat sini ...... Ovelet

Kod Rujukan Soalan

50k5c

Halal Ke Ovalette ?

Soalan

assalamualaikumm
saya nak bertanya..dah ada ke ovalette yang halal di pasaran kini ??

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Ovalette yang hanya mendapat sijil halal dari jakim ialah
Brand nago dan brand Kijang

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal http://www.halal.gov.my/index.php


Harap puas hati ya...

Saturday, June 2, 2012

Ulangtahun Perkahwinan ke 6

2.6.2012 adalah tarikh ulangtahun perkahwinan saya yang ke 6. Wah,dah 6 tahun...sungguh tak berasa masa berlalu..rasa macam baru je kahwin..tapi bila tengok anak dah besar,rasa betullah tu..hehehehe...

Ingat lagi 2.6.2006,tarikh nikah dan 3.6.2006 tarikh bersanding dan 5.6.2006 tarikh kena pergi kursus ETEMs...hehehe..masa tu ada kawan-kawan yang baik hati bagi bilik dia orang untuk saya dan husband honeymoon sambil kursus.Jadi honeymoon tu dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya..Ahaksss....tempat pula di Santubong Resort selama 1 minggu...hihihi....

Hari ni nasib baik ingat juga anniversary tu kalau tak jadi macam tahun lepas,langsung tak ingat sehinggalah adik saya yang cakap kat FB 2-3 hari lepas tu baru saya teringat anniversary dah lepas. Bukan apa,masa anniversary tu sama dengan tarikh Hari Gawai. Saya dan husband tahun lepas sibuk jual minuman semasa pertandingan bola sepak peringkat kampung di padang sekolah. Jadi langsung terlupa. Lagipun saya dan husband memang kurang sikit nak ingat tarikh-tarikh penting macam tu..Husband lagilah,memang dia tak ingat dan selalu kena ingatkan..kalau nak tunggu dia wish happy birthday pun kena set dalam telefon dia tarih birthday tu baru dia ingat...

Walau apapun,setelah menjalani kehidupan sebagai isteri dan emak selama 6 tahun ini,ulangtahun perkahwinan bukanlah perkara penting yang hendak disambut setiap tahun. Apa yang penting ialah kebahagiaan yang dikecapi sepanjang perkahwinan itu. Apa yang saya pelajari sepanjang usia perkahwinan ini ialah saling faham memahami,tolak ansur dan bertimbang rasa serta ambil berat terhadap pasangan menyebabkan hidup berumah tangga tidak menjadi bosan. Biasalah bergaduh,sedangkan lidah lagi tergigit tapi itu hanya menjadi pengikat kasih menjadi lebih mendalam.Kalau tak bergaduh bosan juga..aman tenteram sangat..hehehe...

Buat adik-adik,rakan-rakan dan siapa sahaja yang akan menempuh hidup berumahtangga ingatlah kehidupan berumahtangga bukanlah sentiasa manis seperti masa bercinta. Ada masanya pasang surut,bergaduh,masam muka dan masalah-masalah lain yang mewarnai rumahtangga akan muncul jadi pandai-pandailah kita menyelesaikan masalah tersebut.Janganlah terbawa-bawa perasaan sendiri kerana pasangan kita pun ada pasangan juga. Teringat pesanan Dr Fazilah Kamsah,bersyukurlah kita ada teman,sedangkan ramai lagi yang tiada berteman dan mengharapkan teman...

Semoga perkahwinan kami diberkati dan mendapat rahmat dari Allah SWT...amin...