Jom klik iklan

Thursday, April 19, 2012

Apa boleh saya buat?

Berniaga melalui internet ini membuatkan saya sedar akan risiko yang perlu kita tanggung. Sebagai penjual, kita perlu berhati-hati dalam menerima pesanan dan pastikan bayaran telah dibuat serta menghantar barang mengikut spesifikasi yang pelanggan hendak. Kadang kala barang yang mereka pesan tidak ada dan kita perlu gantikan. Itu kebanyakan peniaga internet yang saya pernah beli dan mereka memang jujur berniaga. Namun ada juga yang sudah terkenal dan beria-ria dalam website,blog dan fb mereka mengatakan mereka peniaga yang menjual barang pada harga terendah,banyak cawangan dan mengatakan diri mereka peniaga yang jujur. Jadi sebagai peniaga kecil-kecilan yang baru hendak mula,saya pun beli. Pada mulanya dapat barang separuh,bila ditanya baru dapat lagi barang yang dipesan. Itu ok,saya boleh terima. 

Kali kedua pesan,barang yang sampai ada kekurangan namun saya tidak semak betul dan rasa mungkin kesilapan saya menghitung jadi saya abaikan kekurangan pada pesanan kedua. Pesanan ketiga saya buat dan saya kira dan semak betul-betul barang yang sampai dan sah ada kekurangannya. Bila ditanya mereka kata akan kirim dan memang betul mereka kirim termasuk resit sekali.Malangnya barang yang dihantar masih kurang dan pada resit mereka tandakan sudah dihantar. Bila ditanya berulang-ulang melalui sms,email dan mesej di fb,jawapan yang diterima sudah dihantar.Namun sehingga kini saya tak pernah terima. Mungkin mereka rasakan mereka betul kerana dalam resit semua telah ditanda sedangkan masih ada barang yang tercicir. Bila sehingga kini mereka tidak membuat apa-apa tindakan,jadi saya rasa mereka tidak akan mengirim barang yang tidak ada itu. Kesian bagi diri saya,terlalu mempercayai mereka yang pada saya WANITA MELAYU,ISLAM dan JUJUR. Memang kerugian beratus ringgit itu kecil bagi orang lain,tapi banyak bagi saya. Tidak apalah,itu pengajaran yang sangat berguna. Saya tidak dapat membuat apa-apa tindakan,hanya Allah sahaja tempat saya berserah. Semoga rakan yang lain berhati-hatilah ya...

3 comments:

  1. Salam kenal Dayang, lps ni kena berhati2 ye beli barang online. Akak biasa juga beli, setakat ni belum lagi tertipu.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Dayang.baru sempat buat kunjungan balas.mmg berisiko bisnez on linekan...hanya berdasarkan kepercayaan. moga Dayang lebih waspada akan dtg dan terus maju dlm bisnez...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Zana@pb dan kak Mamasya..memang berisiko sangat tapi bila kita perlukan barang tu dan dia jer yang sedia harga terbaik,tu yang kita ambik risiko.Atas dasar kepercayaan,maka kita pun bayar tapi barang tak sampai2..bila sorang buat camtu,yang lain pun terpalit sama..

    ReplyDelete