Jom klik iklan

Monday, November 21, 2011

Aiskrim mudah

Lama sungguh tak update blog..Bukan setakat malas tapi line internet yang menjadi penghalang utama. Kesibukan di sekolah sebab dah hujung tahun jadi pelbagai aktiviti di sekolah menyebabkan saya tak dapat balik rumah mak selalu.(kat rumah ada Streamyx).  Line internet kat sekolah kadang-kadang laju,kadang-kadang semput. Paling banyak line dia 'no connection'. Buat buang duit je kerajaan bayar mahal-mahal tapi cikgu-cikgu tak dapat online. Dah le sekarang semua benda kena isi online.Kesian kawan-kawan yang terpaksa langgan broadband untuk online.Yelah,kalau mengharapkan line kat sekolah,sampai due date pun tak ter 'key in' markah-markah tu.Sorry,membebel  pula.

Hari ini saya nak kongsi bagaimana buat aiskrim yang paling simple tapi sedap dan jimat. Saya ni malas,jadi semua benda saya nak buat mudah,cepat dan sedap.

Aiskrim Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:

1 tin susu pekat (505ml) tin kecik boleh juga tapi sikitlah jadinya

1 botol kecil ovelet.Saya suka guna 110g dibahagi 2.Kalau nak letak sebotol tu pun boleh tak ubah apa-apapun.

1 biji telur. Tak kisah saiz apa,tapi saya selalu guna saiz A atau B.

3 sudu makan serbuk coklat.(kalau nak buat perisa coklat).Kalau nak perisa lain pun boleh.

1 1/2 tin air.(guna tin susu tadi)

Cara membuatnya:

 1.Adun telur dan ovelet sampai kembang sebati.
 2. Masukkan susu,air putar sampai sebati.
 3. Masukkan serbuk koko dan putar sampai sebati.Kalau suka boleh letak coklat masakan,cip coklat atau lain-lain tambahan.Kalau rajin juga boleh bahagi 2 atau 3 bahagian dan bagi perisa berlainan.

 4. Putar sampai pekat dan kalau angkat sudip tu aiskrim nampak pekat.
 5. Masukkan dalam bekas yang boleh memuatkan lebih 1.5kg aiskrim.
 6.Simpan dalam peti ais dan bekukan.Dah beku,boleh cedok dan makan.Makan dengan roti pun sedap.


 7. Aiskrim perisa jagung.Kalau rajin letak jagung hancur.
 8. Saya suka guna bes minuman Tamin.Bau dia harum dan sedap. Kalau ikut resepi tuannya yang asal,dia guna pewarna dan perisa sahaja.

Aiskrim yang terhasil lebih daripada 1.5kg. Jadi bagi yang rajin,boleh asingkan dan letak perisa berlainan. Antara banyak-banyak aiskrim yang saya buat,aiskrim coklat adalah hasil yang terbaik. Teksturnya pun berlainan. Cubalah,gerenti akan nak lagi.Ada kawan saya dia takde mixer,dia guna blender sahaja. Ada juga yang gantikan serbuk coklat dengan milo.


31 comments:

  1. salam..nak tanya, kalau tak guna ovelet tk jadi ke aiskrim tu? apa bahan bole ganti ovelet? setahu saya ovelet tu tak boleh dimakan, ada unsur apa ye tak ingat, saya pernah baca dlm buku halal dan haram ...hrp maklum.

    ReplyDelete
  2. oh ya ke?saya tak pernah pula tahu ovelet tu tak boleh dimakan sb ada tanda halal tu yang guna jer..tak pernah lagi cuba ganti dengan bahan lain ovelet tu.Nanti kalau saya ada buat lain,sy bagitau..Thanks ya...

    ReplyDelete
  3. Saya dah cari dan jumpa jawapan ini untuk persoalan ovelet....Sila klik sini... http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/45568



    Kod Rujukan Soalan
    50k5c
    Halal Ke Ovalette ?
    Soalan

    assalamualaikumm
    saya nak bertanya..dah ada ke ovalette yang halal di pasaran kini ??
    Jawapan

    Waalaikumussalam w.b.t

    Saudari yang dirahmati Allah swt

    Ovalette yang hanya mendapat sijil halal dari jakim ialah

    Brand nago dan brand Kijang



    Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal http://www.halal.gov.my/index.php

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. saya dah cuba resepi akak ni, mudah sangat2. dulu adik2 saya kerap beli aiskrim. skg , semua dh dibuat sendiri. Terima Kasih akak di atas perkongsian ilmu ini. sayang akak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen awak termasuk dalam spam pula,tu yang tak nampak..terima kasih kerana mencuba dan sukakannya...sayang awak juga.. :):):)

      Delete
  5. telur untuk apa....

    ReplyDelete
  6. Telur untuk kembang semangkuk....

    ReplyDelete
  7. saya pun tak pasti telur tu untuk apa sb saya pun dapat resepi tu guna telur..tak pernah pula tak letak telur..kalau ada yang dah cuba tak letak telur,bagitau ya..

    ReplyDelete
  8. Stahu saya,sukatan ovalette utk membuat aiskrim hy 1 sudu besar?? Tp awak gunakan sebotol trus?..kenapa?? Saya dh cuba bt aiskrim dgn sukatan ovalette 1 sudu besar jaa..dn menjadi pn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cuma ikut resepi yang orang bagi..saya pun sebenarnya gunakan 1 sudu besar sebab sebotol kecil ovelet yang selalu saya gunakan hanya berisi 1 1/2 sudu ovelet sahaja.

      Delete
  9. kalau x payaa guna ovalette .. ais krim tu tetap mnjadi x ?

    ReplyDelete
  10. kalau tak guna ovalette tu boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiskrim tu tetap menjadi tapi tidaklah seperti menggunakan ovelet.Ada resepi yang tidak menggunakan ovelet kena di blend lagi apabila sudah beku.Resepi ini tidak perlu di blend selepas beku,

      Delete
  11. Berapa lama eh ambil masa beku tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa saya simpan dm peti ais tempat beku tu semalaman

      Delete
  12. Resipi saya:

    1 tin evaporated milk (dah disejukkan)
    1/2 tin susu pekat
    1 tbsp ovalette
    1 tsp vanilla extract (kerana saya buat vanilla ice cream)

    Whisk semua bahan sampai jadi pekat dan gebu (20min whisk on high). Simpan dalam freezer sejam untuk sejukkan adunan dan kemudian keluarkan dan tuang kedalam ice cream maker selama 30min lepastu siap dihidang as soft ice cream. Jika mahukan ice cream lebih pejal boleh bekukan lagi 4jam.

    Jika tiada ice cream maker lepas whisk tuang kedalam bekas dan bekukan sehingga ice cream pejal.

    Fungsi ovalette untuk sebatikan bahan2. Tanpa ovalette bahan2 takkan menjadi gebu dan pekat.

    ReplyDelete
  13. Sukatan untuk buat aiskrim yg banyk cam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat banyak double kan bahan2nya..kalau nak buat lain2 colour,bahagi2kan dan warnakan asing2

      Delete
  14. Ade ke susu pekat 505ml? Saye ade susu pekat F&N 500ml je...hihihi

    ReplyDelete
  15. Hm...npa aiskrim tak beku da lebih 4jam..atw terlebih ovalet sbb aQ letak setengah cawan ovalet?

    ReplyDelete
  16. Yang bubuh telur tu dinamakan french ice cream,tak mau bubuh pun tak apa..ia akan memberi rasa lemak kepada ice cream.Patut cuba resepi yang bubuh telur dan yang tak bubuh telur..dan anda pilih lah mana satu yg mengikut selera anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy nk tanya Telur x masak d atas api..boleh ke buat ice cream...biasa telur,kita masak sat d atas api

      Delete
  17. Knapa aiskrim sy buat lbih smalaman pun masih tak beku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin peti sejuk tu kurang sejuk atau kuantiti aiskrim tu banyak.biarkan dalam 2 hari.

      Delete
  18. Tkasih banyak2 utk segala info..... Pahala tu, mekaseh

    ReplyDelete
  19. Kalau tak bubuh apa2, jadi apa? Ce teka, hihihi

    ReplyDelete
  20. Terima kasih kak atas perkongsian..sy br nk mencuba..

    ReplyDelete