Hari ni penat betul. Pukul 7.30 pagi kami semua 4 kereta berangkat ke Seratok yang mengambil masa selama 4 jam perjalanan. Saya sefamili, abang pun sefamili,adik-adik,mak dan kawan adikpun sefamili semuanya dalam 18 orang. Memang ramai. Sepanjang perjalanan tengok-tengok juga buah durian tapi nampaknya belum banyak lagi di sepanjang jalan ke Seratok. Kat Serian ni ada juga tapi masih mahal. Kalau dah sebiji 2-3 ringgit barulah dikatakan murah. Harap-harap hujung tahun ni banyaklah buah durian, boleh raya durian pula..hehehe..melencong pula cerita saya ni.
Sampai-sampai kat rumah nenek Abok,makanan dah tersedia,apa lagi,perut tengah lapar,jadi menjamu seleralah kami semua. Selepas menjamu selera dan rehat sekejap,kamipun berangkat pulang.
Namun sempat singgah ke :
Namun sempat singgah ke :
Seratok
Betong
Sri Aman
KFC Sri Aman
Jaz yang lapar
Seronok sungguh jalan-jalan semalam.Kami sampai ke rumah pukul 8.10 malam dalam keadaan hujan lebat. Nasib baik hujan lebat turun kami dah sampai di Serian. Lain kali nak lagi jalan-jalan di negeri sendiri. Banyak lagi gambar di FB saya.Sudi-sudilah menjenguk FB saya k..
No comments:
Post a Comment