Sejak jumaat lepas sampailah semalam,Athirah sakit mulut. Dalam mulutnya ada banyak ulser sehingga atas bibir menyebabkan air liurnya sentiasa meleleh. Dia asyik menangis.Bangun je tidur menangis, dan menangis sahaja sepanjang hari. Sentiasa minta didukung...aduh,sangat memenatkan..Athirah dah seberat 11kg dan dia minta dukung sepanjang hari..2 hari saya mendukung dia sehingga menyebabkan tangan saya menjadi sangat sakit. Paling tak tahan,dia menangis dan menangis sehingga saya hilang sabar juga. Bapanya pun tension sama. Biasanya dia selalu makan dan minum tapi apabila mulutnya sakit,dia hilang nikmat makan dan minum.Itu menyebabkan dia menjadi bengkeng dan asyik menangis sehingga hilang suara. Akhirnya mulutnya mula sembuh sejak semalam (setelah dipaksa makan ubat)dan sejak itu saya dapat kembali Athirah yang asal...Athirah yang manja,banyak cakap dan aktif. Syukur Alhamdulillah...tinggal sikit sahaja ulser dalam mulutnya..tak apalah,asalkan dia sudah boleh makan dan minum seperti biasa..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteapalah kaitan
ReplyDelete