Friday, July 15, 2011
Penat tapi seronok
Sedari pagi saya sibuk menyediakan donut,mengukus ikan terubuk dan membuat sambal belacan. Maklumlah hari ni ada student UM bahagian pendidikan awal kanak-kanak nak datang ke sekolah. Kami guru-guru pun biasalah sibuk memasak,Ada yang menyediakan pansuh,ayam masak merah dan sayur campur. Bagi sekolah SKM seperti kami ni gotong-royonglah bila nak memasak. Jumlah awal yang diberitahu ialah 13 orang tetamu namun yang datang cuma 6 orang. Kehadiran mereka di sini melibatkan aktiviti bersama murid pra saya yang cuma berjumlah 7 orang termasuk Jazli yang menumpang sahaja. Seronok juga melihat mereka mengajar murid pra menyanyi dan membuat bunga dengan mengecop tangan yang disapu cat ke dinding. Setelah itu mereka melukis mural (memang dialu-alukan) dan menyusun atur kedudukan sudut-sudut dalam kelas pra. Semuanya selesai sebelum pukul 5 petang. Memang menarik.Nantilah kalau ada masa saya akan upload gambar-gambar aktiviti mereka. Kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan. Datanglah lagi ke pra saya. Terima kasih kepada Prof.Dr.Mariani Md Nor dan Dr. Abdul Razak serta pelajar-pelajarnya yang sudi datang ke pra saya sekali gus menyerikan pra saya itu. Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah lagi ya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
emm happy ending..
ReplyDelete