Jom klik iklan

Tuesday, August 30, 2011

Raya 2011

Hari ini hari raya...Maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali saya..Kadang-kadang saya ni suka bercakap ikut sedap mulut sahaja jadi mungkin ada yang terguris hati dan perasaan oleh itu saya memohon ribuan kemaafan atas kealpaan dan kesalahan saya itu. Gambar-gambar yang adik dan saya ambil pagi tadi..



Adik ke 8




Adik bongsu yang manja




Jaz,Tirah dan angah




Cak...my family

Lebih banyak gambar di fb saya...tengok-tengoklah di sana ya...






Posted by Picasa

Hari ini 1 syawal

Selamat hari raya semua dan maaf zahir dan batin..Setelah sebulan berpuasa,hari ini kita merayakan hari raya. Syukur pada Allah kerana kita masih lagi bernafas hari ini. Saya seperti biasa beraya di rumah mak.Bukan apa,rumah mentua dekat je,jadi pagi raya saya pergilah beraya. Maklumlah rumah mak saya kurang orang yang menolong (alasan tu..hehehe) Saya bersyukur mak mentua bukanlah seorang yang cerewet,asalkan saya datang ke rumahnya beraya itu sudah memadai. Mak tahun ini sangat gembira kerana semua anak-anaknya dapat berkumpul walaupun mereka beraya di rumah mentua tapi pagi raya dapat juga datang beraya bersama mak. 
Tetamu juga tidak berhenti-henti datang bermula dengan anak-anak buah mak berbangsa cina,rakan saya orang Sabah, orang bidayuh dan bangsa melayu sendiri hadir meraikan hari raya bersama-sama kami. Memang 1 Malaysia. 
Kadang-kadang saya terfikir bagaimana saya sanggup hendak bergaduh hingga berbunuhan antara kaum seperti di negara lain sedangkan saya sendiri mix cina melayu,mak saya mix cina bidayuh dan kami ada ramai saudara mara cina,bidayuh,iban dan lain-lain bangsa lagi hasil dari kahwin campur. Maka kami adalah 1 keluarga yang dicubit paha kiri,paha kanan juga akan terasa sakitnya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga keharmonian kaum dan saling hormat menghormati antara kaum.Janganlah dinyalakan api perkauman yang lebih membawa keburukan dari kebaikannya. 



Tuesday, August 23, 2011

Biskut

Hari ni first time buat biskut sendiri. Kalau dulu sorry lah nak buat biskut,gerenti ayat lazim keluar..."saya buat biskut kacang goreng je,senang"..... tadi buat biskut Bebola Kristal resepi dari buku Kek dan Biskut Chef Hanieliza..buku pinjam kat PPM saya ,Anna....Punya semangat buat sampai 1kg tepung iaitu 4x adunan dari yang asal.Maklumlah nak buat biskut untuk raya,takkan buat sikit2 je kan...resepi asal colour merah,kuning hijau,tapi saya buat purple,hijau dan warna kuning asal. Ikut resepi punya pasal,saya bakar dalam oven 150'c (dalam resepi 180'C) selama 25 minit. Tak sampai 15 minit,saya terhidu bau asap dan Jazli pun pergi tengok..."Mak,asap"...wah,berkepul-kepul asap keluar dari oven.Sah-sah rentung semua biskut, hitam dan hangit. Adeh, saya tutup oven,dan sambung buat biskut. Kali ni saya set 100'c dan 10 minit. Tengok belum masak saya tambah 10 minit lagi.barulah biskut saya masak dengan cantiknya. Moral of the story, jangan ikut waktu bakar dan suhu yang di nyatakan dalam resepi. Set rendah dulu dan kaji kesesuaian kepanasan oven dengan biskut yang kita nak bakar. Oven baru (baru sebab baru nak bakar biskut dalam tu biasa panggang ayam  dan kek je hehehehe) kenalah diset mengikut kesesuaian biskut yang dibakar. Kalau tidak,makanlah biskut yang hangit...hihihi


Kalau nak resepi ada kat blog ni...sama je resepinya nama je lain..tapi memang sedap dan ranggup....  
http://dapur-mamasya.blogspot.com/2011/08/cristal-ball-hazelnut.html

Saturday, August 20, 2011

Sudah 6 tahun

Hari ini makan hol yan (bapa).Sepatutnya last week,tapi mak usu pula masuk hospital,jadi mak tangguh ke hari ni.Nasib baik mak usu pun dah keluar hospital walaupun perlu check lagi next week. Doctor kata ada nanah dalam buah pinggangnya. Semoga mak usu cepat sembuh....

Bercerita tentang yan,saya sangat merinduinya. Masih lagi saya ingat,setiap kali balik dari Kedah,pasti yan akan bawa makan di Batu 7.Makan mee kari special kegemaran saya. Sudah pasti dia akan membeli ikan sutan, ikan kegemaran saya untuk dimasak steam. Walaupun tidak pernah mengungkapkan kata-kata sayang,rindu namun ingatan dan perbuatannya sudah menunjukkan kasih dan sayang. Setiap kali pergi interview,yan akan menjadi peneman. Tidak pernah dia mengadu penat atau jemu biarpun terpaksa menunggu hingga ke petang. 

Yan pergi terlalu cepat,umurnya baru 60 tahun,masih muda. Namun kecuaian dan sikap tidak ambil berat terhadap kesihatannya telah menyebabkan penyakit kencing manis yang dihidapnya menjadi kronik dan merosakan banyak organ dalaman sehingga doktor tidak dapat membuat apa-apa. Yan sakit cuma sebulan lebih sahaja. Pemergiannya memang mengejutkan. kami semua masih ingat gurauannya dan sikap suka mengusik yan yang sering menimbulkan suasana riang ria dalam rumah. Yan,alangkah cepat Allah mengambilmu sedangkan kami semua masih memerlukan kasih sayangmu. Buat semua rakan-rakan yang masih mempunyai ibu dan ayah,jagalah mereka sebaiknya kerana orang tua adalah pelita hidup kita. Bila mereka tiada,akan terasa kekosongan dalam hidup kita. Sayangilah mereka selagi boleh.

Yan
Yan yangku sayang,
Yan yangku rindu,
Yan yang telah meninggalkanku,
Biarpun berjuta tahun,
Aku takkan lupa,
Kasih sayangmu,
Yang mengalir dalam diriku,
Tetap segar hingga akhir hayatku.

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunilah Yanku,
Kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihiku,
Lindungilah dia sebagaimana dia melindungiku,
Dan temukanlah kami ya Allah,
Dalam syurga FirdausMu...Amin.