Jom klik iklan

Wednesday, March 26, 2014

RESEPI MANOK PANSOH (AYAM MASAK DALAM BULUH)

Cuti-cuti ni memang rasa hendak makan sahaja..Bukan apa,waktu cuti ni senanglah hendak mencari segala macam bahan masakan dan masa memasak pun panjang. Kalau tidak,masaklah apa-apa yang mudah sahaja. (tambah lagi kalau tengah malas..hihihi). Jom cuba resepi manok pansoh versi saya pula. Resepi mak saya sebenarnya.


Bahan-bahan

1 ekor ayam,kalau ayam tua lagi bagus. Potong kecil-kecil untuk mudah masuk dalam buluh.
1 batang buluh untuk pansoh. Buluhnya agak tebal. Kalau tiada,buluh lemang pun boleh.
1 ulas serai
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 ulas halia
(tambah jika rasa tidak mencukupi.Saya agak-agak sahaja.Kuantiti seperti untuk masak sup ayam)
Segenggam daun ubi kayu.(untuk tutup atas ayam nanti)
3 batang daun bunga kantan dihiris kecil-kecil.
garam dan perasa secukupnya.

Cara membuatnya.
Blend bawang merah,bawang putih dan halia hingga agak halus. Kalau rajin menumbuk lagi bagus. Lepas itu,curahkan atas ayam,gaulkan dengan garam dan bahan perasa. Masukkan bunga kantan. Kalau di blend bahan tadi tidak perlu tambah air. Jika ditumbuk,letak sedikit air untuk memesrakan semua bahan tadi. Selepas itu,masukkan ke dalam buluh,goyang-goyangkan buluh supaya penuh ruang dalam buluh. Hentakkan sedikit sahaja supaya tidak terlalu padat. Akhir sekali,masukkan daun ubi kayu sebagai penutup ayam tadi. Bakar dalam api yang sederhana. Balik-balikkan seperti masak lemang. Bila sudah mendidih lama,angkat dan hidangkan.Sedap dimakan bersama cili kicap. Mudah sahaja membuat cili kicap.Tumbuk beberapa biji cili padi bersama 2 ulas bawang putih. Curahkan kicap dan masukkan sedikit gula.(kalau kicap masin).Sudah siap dan sedap dimakan.

Bagi yang tidak ada buluh,resepi ini juga boleh dimasak di atas dapur. Caranya masukkan ayam di dalam periuk.Tudungkan dan masak dengan menggunakan api kecil. Jangan lupa masukkan air sehingga ayam tenggelam setengah.Jangan lupa balik-balikkan ayam supaya masa serata. Bagi sesiapa yang tidak suka bunga kantan,boleh juga tidak meletakkannya.SELAMAT MENCUBA...

PS:Resepi ayam pansoh ibu saya ini sama seperti resepi masak sup ayam,cuma tiada rempah sahaja. Rasa dan wangi buluh itu yang menaikkan aroma ayam pansoh...gerenti sedap punya....

Sorry,gambar sudah terpadam..nanti kalau saya masak pansoh,saya update di sini ya......


Bola oh Bola

Bola memang bulat....kalau ada yang leper tu tandanya bola kurang angin...takpun bola ragbi. Menyebut tentang bola,saya memang tidak berminat. Kalau ada perlawanan bola antara Sarawak dan mana-mana negeri,yang saya hendak tahu cuma keputusannya sahaja. Orang yang minat dengan bola,ialah suami saya. Kalau boleh,setiap match di Sarawak mesti ada dia. Selalu juga dia ajak menonton,tapi maaflah.Tak kuasa nak berhimpit dan berpadat dengan ribuan penyokong Sarawak.



Walaupun saya bukan Die Hard Fan tapi kedai saya ada menjual jersi Sarawak.
jadi peminat Ngap Sayot,jomlah datang ke kede..tok jersi original replica. Tak mainlah jual tiruan..Jomlah,sikboh malu-malu...

26.3.2014

       Fuhhhh....sudah hampir masuk ke bulan 4 baru hari ini update blog.Wah...lamanya tidak berblog.Bukan apa,tangguh punya tangguh akhirnya apapun tidak menjadi.heheehe...Sekarang saya tidak lagi menggunakan streamyx jadi aktiviti online kebanyakannya hanya menggunakan handphone. Sudahlah kecil,susahlah hendak mengemaskini blog. (alasan jer..hahaha) Apapun,dalam hanya 3 bulan ini pelbagai perkara telah berlaku dan yang terbaru MH370 yang masih hilang dan dikuatiri berakhir di Lautan Hindi. Sedih memang menyedihkan. Saya amat berharap mereka semua sekadar hilang dan selamat dijumpai namun kenyataannya bercanggah. Apa yang pasti,semua ini adalah ketentuan Ilahi. Kita cuma menerima dan redha dengan janjiNya. Semoga keluarga dan rakan MH370 tabah dan sabar dalam menghadapi musibah ini. Bagi yang bijak pandai dan yang memadai-mandai di alam siber dan diluar sana,harap hati-hati bila mengeluarkan tutur kata dan menaip pendapat anda kerana ada hati yang perlu dijaga.Janganlah menguris hati mereka yang memang telah terluka dengan kehilangan ini. 

Monday, December 23, 2013

J&D ENTERPRISE

Syarikat baru yang saya tubuhkan bersama suami,J&D ENTERPRISE bertujuan membekalkan makanan bermasak (katering) makanan mentah,basah dan kering. Selain syarikat BUTIK UNIQUE SARAWAK yang khusus membekalkan pakaian seperti baju F1,uniform kelab dan persatuan,baju tshirt custom made dan ready made,syarikat baru ini ditubuhkan bagi memperbanyakan lagi cabang perniagaan kami. Syarikat J&D ENTERPRISE ini menerima pesanan makanan RMT dan prasekolah daripada sekolah-sekolah di sekitar Serian. Semoga hasrat kami ingin menjadikan perniagaan sebagai salah satu sumber rezeki akan tercapai. Sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan amatlah kami hargai. Jadi tunggu apa lagi,jom order... 



J&D ENTERPRISE 


BUBUR ROTI BODO + DURIAN

Cuaca sekarang asyik hujan. Sekejap-sekejap hujan turun membuatkan perut sentiasa minta diisi. Sudahlah cuti sekolah,asyik lepak di rumah. Puas sudah makan durian,buat tempoyak,gula durian (stok setahun dua) dan aruk sagon (mengoreng sagon tanpa minyak) tibalah masa masak bubur pula. Jadi,saya suka makan bubur biskut ni. Entah apa namanya. Di rumah,kita orang panggil biskut keras ni roti bodo. Selalu di buat bubur atau dimakan dengan jem mangga buatan sendiri. Huummm...sedap,walaupun keras. Maklumlah,saya orang susah dulu,makan biskut keras ini pun dah nikmat. Oklah,kita lihat bagaimana membuatnya.


BUBUR ROTI BODO+DURIAN

1 bungkus biskut keras
1 jag santan cair
1 gelas santan pekat
10 ulas durian (sukahati nak berapa banyak)
gula secukup rasa
daun pandan (jika ada) 
sedikit garam


CARA MEMBUATNYA
Masakkan santan cair dan durian hingga mengelegak. Masukkan biskut.Masukkan garam dan gula. Biarkan mengelegak dan biskut nampak kembang. Masukkan santan pekat,kacau dan tutup apinya. Sudah siap.Sila hidangkan dan makan....Senang jer kan.....





Gambar di atas tu orang Iban kata Semadi nadai..hahahaha...sebabnya saya malas nak ambil gambar. Tapi memang sedap bubur ini bila di makan panas atau sejuk. Silalah cuba ya.....

Saturday, December 7, 2013

Banjir dan musim tengkujuh

         Terasa ngeri membaca dan melihat keadaan banjir di Kuantan,Pahang dan negeri-negeri lain yang terlibat dalam banjir yang dikatakan terburuk setakat ini.Semoga keadaan ini tidak berterusan dan tidak pula menular ke negeri-negeri lain termasuk Sarawak dan Sabah. Sik sanggupku...


          Banjir terbesar terakhir di Serian,Sarawak adalah pada tahun 2009. Banjir yang tiba bersamaan dengan guru-guru semenanjung yang baru posting ke Sarawak. Kasihan mereka apabila terpaksa mengharungi banjir dan tinggal dalam keadaan serba kekurang kerana terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air. Pada waktu itu juga,kelas pra sekolah saya tenggelam sehingga ke paras bumbung dalam 2-3 jam kerana air sungai Tema meningkat mendadak kerana tidak dapat menampung air dari bukit-bukit dan gunung-gunung sekitar Tebedu. Walaupun hanya 2-3 jam tenggelam ia sudah cukup memberi impak yang besar terhadap kelas saya. Sekembali ke sekolah setelah jalan Tebedu dapat dilalui menyaksikan kelas saya kotor,berlumpur dan semua carta dan bbm yang tidak sempat diselamatkan rosak.Saya amat berterima kasih kepada cikgu George Tade,pengawal keselamatan sekolah dan orang kampung yang menolong mengalihkan barangan elektrik,makanan,buku-buku dan pelbagai lagi barang yang ada di dalam kelas pra tersebut. Terima kasih tidak terhingga juga kepada ibu-ibu murid pra sekolah dan guru-guru yang berada di sekolah yang telah membantu membersihkan kelas pra saya sepanjang ketiadaan saya kerana tidak dapat ke sekolah kerana jalan raya yang telah tenggelam. Pada waktu itu saya amat terharu dengan kerjasama dan bantuan yang saya dapat biarpun saya tiada di sekolah.  

          Banjir di Serian tidaklah memberi kesan yang terlalu teruk kepada saya kerana sepanjang berlakunya banjir-banjir besar di Serian,rumah saya tidak pernah dinaiki air. Banjir yang terakhir hanya mencecah lantai dapur dan di beranda tinggal 2 anak tangga lagi sebelum air mencecah lantai. Keadaan ini berlaku kerana ayah saya telah membina tiang rumah yang tinggi setara dengan jalan raya dalam 9-10 kaki tinggi. Semasa banjir,saya cuma menyaksikan orang ramai seolah-olah pesta air menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku. Memang ada yang terpaksa berpindah ke Dewan Masyarakat Serian dan rumah saudara mara namun ia tidaklah terlalu serius seperti keadaan di semenanjung. Bantuan makanan amat jarang kami terima dan kami tidak kisah kerana bandar serian tidak tenggelam dan kami juga boleh ke Kuching dengan mudah. Ada juga jalan raya yang terputus namun ia masih boleh dilalui oleh kenderaan berat. Ramai juga orang  yang mengambil kesempatan membantu pemandu-pemandu kenderaan yang tersangkut dengan menolong menolak kenderaan terbabit. Ada juga yang mengambil kesempatan mengenakan harga yang tinggi bagi bantuan yang dihulur namun ada ramai juga yang ikhlas. Membaca kesukaran orang ramai yang terbabit dalam banjir di semenanjung,saya berasa bersyukur saya berada di Serian yang banjirnya tidaklah terlalu teruk. 


        Ada satu perkara yang saya suka tentang banjir besar di Serian. nak tau apa?CUTI KERANA BANJIR. Nak buat macam mana,nak pergi ke PPD,jalan ke PPD pun tenggelam. Nak pergi ke sekolah,jalan pun tenggelam. Baik duduk kat rumah,layan mata dan perut. Betul tak?hehehehe...tapi sekarang,kalau banjir saya akan tinggal di sekolah. Sayang kelas saya.... 


Saturday, November 16, 2013

Buasir Otak: Sistem sampah SPPBS yang membeban para guru

Walaupun saya tidak terlibat tapi ramai yang merungut tentang sistem ini.Antaranya yang ini...    


 Buasir Otak: Sistem sampah SPPBS yang membeban para guru: Masalah Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bukan suatu yang baru. Sejak ia dilancarkan pada tahun 2011, ia dah mengund...