Thursday, December 15, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Apa sumbangan kita pada ibu kita?
meh pakat baca semua....
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .
Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .
Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !
Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak
" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada .
" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu .
Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang
dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :
1) TOlOng pergi kedai : RM4.00
2) TOlOng jaga adik : RM4.00
3) TOlOng buang sampah : RM1.00
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00
5) TOlOng siram bunga : RM3.00
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama .
1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Samalah kita renungkan....
Sunday, December 11, 2011
Berita Harian Online | CUEPACS nasihat penjawat awam tunggu keputusan kongres
Berita Harian Online | CUEPACS nasihat penjawat awam tunggu keputusan kongres
Jadi bawa-bawalah bersabar ya.Semoga ada berita baik untuk kita semua..
Jadi bawa-bawalah bersabar ya.Semoga ada berita baik untuk kita semua..
Saturday, December 10, 2011
myMetro | Usah beri ruang
myMetro | Usah beri ruang
Adik-adik di luar sana,jangan bermain api. Laki orang memang manis mulutnya memujuk dan mengula-gulakan kita supaya simpati pada mereka. Jadi,jangan sekali-kali beri mereka peluang mempermainkan perasaan kita yang lembut dan caring ini. JANGAN CARI MASALAH..Biarlah orang kata kita andartu,anak dara tua,pemilih dan sebagainya,cakaplah,hey,that my life...takkan nak pilih sebarang...Kita bukan kawen sehari dua. Jadi Hati-hatilah ya...JANGAN MUSNAHKAN RUMAHTANGGA ORANG LAIN UNTUK MENDIRIKAN RUMAHTANGGA KITA...Nanti pisang berbuah dua kali...INGAT: Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya...
Adik-adik di luar sana,jangan bermain api. Laki orang memang manis mulutnya memujuk dan mengula-gulakan kita supaya simpati pada mereka. Jadi,jangan sekali-kali beri mereka peluang mempermainkan perasaan kita yang lembut dan caring ini. JANGAN CARI MASALAH..Biarlah orang kata kita andartu,anak dara tua,pemilih dan sebagainya,cakaplah,hey,that my life...takkan nak pilih sebarang...Kita bukan kawen sehari dua. Jadi Hati-hatilah ya...JANGAN MUSNAHKAN RUMAHTANGGA ORANG LAIN UNTUK MENDIRIKAN RUMAHTANGGA KITA...Nanti pisang berbuah dua kali...INGAT: Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya...
Borang bantuan percuma
Berita Harian Online | ‘Jangan terpedaya borang RM50’
Ingat ya,borang tu percuma...kalau ada yang minta bayaran,hantar saja mereka ke balai polis..biar padan muka...
Ingat ya,borang tu percuma...kalau ada yang minta bayaran,hantar saja mereka ke balai polis..biar padan muka...
Wednesday, December 7, 2011
Maklumat terkini SBPA
Sapa-sapa nak tau sila baca link dibawah.Saya dah tak larat nak baca..
Maklumat terkini SBPA.Silalah klik.
Maklumat terkini SBPA.Silalah klik.
Monday, December 5, 2011
Apa salah bayi ini?
http://www.hmetro.com.my/articles/Bunuhbayiterlarang/Article
Membaca artikel di atas membuatkan saya menarik nafas panjang. Orang lain susah-susah nak dapat anak,dia senang-senang bunuh anak. Memanglah dia tak mahu anak luar nikah ini tapi lihatlah akibatnya apabila bertindak ikut perasaan. Ingat boleh lepas ke?Itulah remaja sekalian,kalau bercinta pun jangan sampai gadaikan body. Kalau lelaki memang cintakan kita,mahukan kita,mereka akan kahwin dengan kita bukannya merosakkan kita. Kalau pakwe2 korang kata belum cukup duit dan bla,bla,bla serta minta korang tunjukkan bukti kesetiaan atau serahkan body untuk tunjuk korang sayang mereka,JANGAN BAGI. Bodohlah korang kerana lepastu dia org akan minta lagi dan lagi dan kalau termengandung,dia org akan bagi 1 juta ALASAN untuk tidak bertanggungjawab. Jadi JANGAN JADI BODOH. Ingat,kalau lelaki cintakan kita,dia takkan rosakkan kita dan akan melindungi kita demi cinta mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)