Jom klik iklan

Monday, August 15, 2011

hari ke 15 puasa

Terkilan dengan sikap sesetengah umat Islam terutama di Sarawak ini yang tidak menghormati bulan Ramadan. Kalau dah tak puasa sama ada bersebab atau tak bersebab janganlah tunjuk kat orang lain. Ini tidak senang2 dan tanpa malu meneguk air,makan dan merokok di depan orang ramai. Banyak juga kedai-kedai makan orang Islam yang tanpa malu membuka kedai dan menerima pengunjung yang memang orang Islam juga untuk makan di siang hari. Agaknya kalau tak buka kedai mau miskin terus agaknya. Tolong malu sikit kat Allah kalau tak malu kat manusia lain. Rasa-rasanya orang Majlis Agama pun dah malas nak ambik tindakan. Ada juga orang Ialam yang makan dan minum di kedai orang bukan Islam. Hai,tak takut tak halal ke?rasanya mereka tak kisah,asalkan saja hajat tercapai. Halal haram tolak belakang. Agaknya mati kalau tak makan sehari. Tapi yang pelik juga ramai yang tak malu dan tak puasa ni ialah golongan lelaki. Hummm.....kenapa agaknya???.....

Tuesday, August 9, 2011

Bonus

Alhamdulillah,ada juga tambahan rezeki di bulan Ramadan yang mulia ini. Ringanlah sikit beban nak menyambut raya nanti.Terima kasih kerajaan... Siapa2 yang tak bersyukur itu,takyah ambik bonus tu.Bagi je kat saya..hahaha..

Alangkah singkatnya hidup kita ini

Semalam, Isnin,8.8.2011,saya dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada 2 orang murid saya, Balwin tahun 2 dan adiknya Cerris tahun 1. Ibu mereka di beritakan mengalami strok semasa sedang menonton tv pada petang sabtu lalu dan terus dihantar ke hospital Serian dan kemudian dihantar ke Hospital Kuching malam itu juga. Namun sudah suratan, beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital Kuching dan telah dikebumikan pada hari Ahad yang lalu. Ibu keduanya baru sahaja berumur 38 tahun. Menurut cerita orang kampung,beliau memang telah menghidap darah tinggi namun tidak mengambil ubat-ubatan. Sayang sungguh seseorang meninggal kerana sesuatu penyakit yang boleh dikawal sekiranya mengambil ubat. Memanglah ajal dan maut di tangan Tuhan,namun Allah menyuruh kita berusaha,bukan menerima bulat-bulat. Sayu rasa hati apabila memandang wajah 2 orang budak yang tidak mengetahui apa-apa itu. Kehilangan seorang ibu umpama terpadamnya lampu yang menerangi hidup mereka. Semoga mereka berdua tabah dan dapat mengharungi hidup ini tanpa seorang ibu. Sedih apabila mengingati kata-kata Cerris apabila ibunya dimasukkan ke dalam keranda...."Kenapa masukkan mak dalam kotak,dia cuma tidur sahaja"...alangkah lurusnya kata-kata itu tanpa mengetahui itulah kali terakhir dia melihat ibunya di dunia ini.Oleh itu,saya ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan yang menbaca blog ini,hargailah kesihatan kita. Jika sakit,jangan dipandang ringan. Semoga perkara yang sama tidak menimpa kita.Jadikanlah peristiwa ini satu pengajaran.

Thursday, August 4, 2011

Golden Churn haram

Adussss....selama ini mak saya suka guna margerin Golden Churn buat kek.Lepas tu Sarawak memang glamer dengan kek-kek lapisnya dan selalunya untuk dapat kek yang sedap dan cantik kena guna Golden Churn. Jadi selama berpuluh tahun ni saya dan keluarga saya serta ramai orang Islam sebenarnya telah lama makan lemak babi. Ya Allah,ampunilah kami kerana tidak mengetahuinya...Kasihan kepada pengusaha2 kek,terpaksalah sedekah kek-kek itu kepada rakan-rakan bukan Islam atau bagi aje kat babi,biar dia makan kaum dia sendiri,baru padan muka...huhuhuhu

Tuesday, August 2, 2011

Hari kedua sungkei

Sungkei tu maksudnya berbuka puasa. Hari ini memang mencabar,panasnya hingga 36'C,panas giler ditambah dengan jerebu makin terasa bahangnya. Tapi yang bestnya hari ni,ada orang rajin masakkan makanan untuk berbuka..hehehe..siapa lagi kalau bukan hubby tercinta. Masak simple-simple sahaja sebab yang menjadi tumpuan ialah air..Hari ini hubby buat umai ikan gonjeng (ikan bulu ayam kalau tak silap namanya disebut mak Suzy dulu) , sambal asam (rasa meleleh air liur), ikan masin sepat goreng dan sayur daun bandung (daun ubi) rebus. Sungguh simple tapi menyebabkan perut semakin lapar..
 SAMBAL ASAM
Mudah je membuatnya,
1 biji buah mangga atau lain-lain buah yang sewaktu dengannya, dicincang halus kemudian dicampur dengan sambal belacan(ikan bilis ditumbuk dengan cili dan sedikit belacan). Letak sedikit garam dan gula.Kalau rasa susah nak gaul,tambah sedikit air.Tapi kalau buah yang hampir masak atau yang dah lembut sebab dah lama,tak payah letak air sebab ia sendiri akan mengeluarkan air...lepastu apa lagi nyam-nyamlah......


 UMAI IKAN
Cara membuatnya,hiris halus ikan (cincang pun boleh) ,bawang merah,bawang putih,bawang besar,cili padi dan sedikit halia.Jangan lupa air limau kasturi dan hiriskan sedikit kulit limau untuk ditambah ke dalam umai.Jangan banyak sangat kulit limau nanti pahit.  Gaulkan dan tambah sedikit garam dan ajinomoto(resepi mak saya tak letak ajinomoto). Sudah siap untuk dimakan. Tidak sesuai untuk orang yang perutnya sensitif.


IKAN SEPAT GORENG.
Takkan tak reti goreng ikan masin kot..hihihi

Alahai,tak sabar tunggu waktu berbuka...