Jom klik iklan

Thursday, August 10, 2023

TAHUN 2023

 Tahun 2023,11.8.2023,betapa lamanya tidak mengemaskini blogπŸ˜‚Bukan apa,nak menulis dalam blog,perlukan masa yang sesuai,kalau kat FB bila-bila masa jer boleh tulis.

Nantilah sambung...πŸ˜‚

Wednesday, May 11, 2022

AKU DAN TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH(1)

Tiada yang lebih indah apabila rumah sendiri yang ditunggu siap dibina.Daripada tanah kosong saya melihat progress rumah itu setiap minggu. Cerucuk ditanam,lantai disimen,atap didirikan dan siaplah sebuah rumah. Dari hari ke hari,saya dan keluarga menunggu rumah itu siap sepenuhnya dan akhirnya,tahun lepas dalam bulan Jun,Saya mendapat panggilan telefon dari pemaju untuk mengambil kunci rumah. Musykil,kerana rumah tersebut belum siap sepenuhnya,tandas belum dipasang,siling masih berlubang dan banyak lagi yang belum dibuat.

 Saya bertanya kenapa ambil kunci sedangkan rumah itu belum siap sepenuhnya. Jawapan yang di terima,ambil sahaja kunci dan yang lain akan disiapkan kemudian. Saya tanya lagi mana mangkuk tandas?jawapan yang diberi,tidak dipasang dahulu kerana takut tandas tersebut dicuri orang. Saya terkasima.Bukakah tanggungjawab pemaju untuk menyiapkan rumah sebelum diserahkan kepada pembeli?Mereka cuma menjawab sila telefon madam yang bertanggungjawab jika inginkan jawapan yang lebih lanjut.

Saya abaikan panggilan tersebut dan beberapa panggilan lagi selepas itu. Setiap minggu saya pergi melawat rumah saya untuk melihat perkembangan rumah tersebut namun tiada perkembangan yang memberangsangkan. Akhirnya,setelah berdegil beberapa bula,akhir bulan Desember 2018 saya mengambil kunci dan membuat aduan kerosakkan rumah. Saya kepilkan gambar dan hantar kepada pihak pemaju. 


Disinilah bermula episod menunggu dan menunggu dan menunggu rumah saya diperbaiki. Ramai jiran-jiran seperumahan mengadu perkara yang sama.Ramai yang pergi mengamuk di pejabat pemaju dan tidak kurang yang menelefon berulang kali kepada pemaju. Saya tidak ingin membuat perkara yang sama sebab saya lihat pemaju ini degil  dan amat membuang masa dan kedit telefon sahaja. Sayapun mula mengoogle bagaimana saya dapat mengambil tindakan tanpa saya perlu berulang ke pejabat pemaju dan berula menelefon mereka. Akhirnya saya terjumpa blog https://blog.cyrildason.com/tribunal-tuntutan-pembeli-rumah-sarawak/ dan menemui TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH. 


Saya bermula dengan mengemail TALKHIKMAT 555999@sarawak.gov.my dan respond dari email ini memang bagus. Saya mendapat panggilan dari Tribunal dan diberi penerangan tentang apa yang perlu saya lakukan. 

Tuesday, July 31, 2018

AHLI KELUARGA BARU

Tahun 2018 berganjak ke bulan Ogos hari ini,bermakna cuma tinggal beberapa bulan lagi kita akan melangkah ke tahun 2019. Setakat bulan 31 Julai yang lalu,pelbagai perkara yang telah berlaku pada saya. Bukan sekadar beradaptasi dengan sekolah baru,suasana baru,rakan baru,murid baru,bangunan baru dan pelbagai benda yang baru,ada lagi sesuatu yang terbaru walaupun bukanlah yang terkini kerana sudah beberapa bulan bersama kami. πŸ˜ƒ




Perasan tidak? Ya,itulah yang terbaru dalam keluarga kami. Namanya SYAKIRA ADELLA. Adik baru kepada Jazli Izuddin dan Fasiha Athirah dan anak kepada saya dan suami. Kehadirannya adalah tidak dirancang dan semuanya terjadi secara tiba-tiba. Urusan mengambilnya juga tidak rumit dan Allah mempermudahkannya. Hanya dalam masa sebulan,SYAKIRA telah menjadi ahli keluarga kami yang baru. Memang ramai yang mempersoalkan kepada kami tidak mengambil bayi yang baru lahir sebagai anak. Ada juga yang mempersoalkan persoalan aurat dan sebagainya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Allah membuka pintu hati kami untuk mengambil dan menerima Syakira. Allah juga yang memilih kami sebagai keluarganya.Siapalah kami untuk mempersoalkan sangat perkara sedemikian. Syakira adalah rezeki yang tidak disangka-sangka. Tiada perancangan untuk menambah anak namun Allah bukakan pintu hati kami menerimanya.

Ramai juga yang bertanya tentang prosedur pengangkatan.Memang tidak sukar pun dan pegawai Kebajikan sangat membantu. Sesiapa yang ingin mengambil anak angkat,silalah berhubung dengan pegawai JKM. Jika mencari bayi,agak sukar sedikit kerana bayi mempunyai permintaan yang amat tinggi. Kasihan juga kepada yang bukan bayi,mereka pun inginkan kasih sayang. Kami sekeluarga dalam proses menyesuaikan diri antara satu sama lain. Doakan Syakira membesar dengan bahagia,gembira bersama kami ya. Oh ya,umurnya 3 tahun lebih. 28.12 nanti genaplah 4 tahun.Itulah masih hisap susuπŸ˜† Ada orang kata ada iras muka kami?betul ke?πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜‚πŸ˜‚
Gambar semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu

Wednesday, February 7, 2018

SEKOLAH BARU CABARAN BARU

Hari ini masuk bulan ke dua saya berada di SK SERIAN,dipindahkan atas sebab perkhidmatan dan sebab sebenarnya hanya mereka dan orang-orangnya yang tahu. Tapi itu biarlah menjadi rahsia yang penting hari ini adalah hari kedua kelas saya di landa banjir.Ya,banjir yang menyebabkan kelas pra dan kelas ppki ditutup.


GAMBAR HARI PERTAMA BANJIR

Hari kedua,06.02.2018,air naik lagi...






Hari ke3,07.02.2018
Keadaan air masih bertahan...


Hari ke 4,08.02.2018,air semakin surut.Seperti hari pertama..Kelas mula di kemas,dibersihkan lantainya..Takde gambar,sibuk cuci kelas...


Wednesday, December 14, 2016

KUAH KACANG

Lama tak menulis dalam ni,rindu pula.Lama dah masak kuah kacang tapi hari ni baru nak upload. Hari raya hari tu,3 kali masak kuah kacang.Pertama,menggunakan ayam,kedua,guna daging lembu dan ketiga menggunakan daging kambing. Semua menggunakan kaedah yang sama,namun rasa berlainan. Peribadi,saya lebih suka kuah kacang ayam. Rasanya lebih sedap,bagi tekak sayalah...apapun,jom tengok resepinya..


KUAH KACANG DAGING KAMBING


Kuah kacang versi mak saya ni memang mudah.Bahan-bahan yang perlu..

1. Kacang tanah.Nak buat banyak,belilah banyak kacang. Saya beli dalam suku kg je..Goreng tanpa minyak (aruk dalam bahasa Melayu Sarawak) hingga masak. Buang kulit dan tumbuk(blend) kasar.Jika halus sangat tidak sedap. Jika tidak pandai nak goreng tanpa minyak,gorenglah kacang itu dengan minyak. Tidak ada kesalahan pun.Jika malas nak buang kulit,blend ajerlah dengan kulit-kulitnya sekali. (versi saya yang malas..hehehehe)

2. Cili kering RM1. Beli yang warnanya merah dan biasanya pedas. Sebab warna kuah akan menjadi cantik jika cili kering itu merah. Kalau nak pedas,letak cili banyak-banyak. Kalau sakit perut,tanggung sendirilah ya...hahaha...πŸ˜‚

3. Halia sedikit
3.Serai
4. Bawang merah dan bawang putih
4. Daging ayam@daging lembu@daging kambing @ tidak perlu letak apa-apa jika hendak makan dengan sate.

Blend semua bahan di atas. Lepas tu,ambil periuk sederhana besar,masukkan semua bahan dan air. Masukkan air sehingga tenggelam kacang tu.Kira-kira sekali banyak kacang itu. Kita perlu masak lama sehingga kacang itu keluarkan minyak dan kembang. Masak dengan api yang sederhana. Jika kurang air,tambahkan air.Sesudah itu,masukkan gula dan garam secukup rasa. Biasanya gula memang banyaklah. Kuah kacang paling best jika dibiarkan semalaman sehingga kacang sudah kembang dan kuah menjadi pekat. Mudahkan...

Halia,bawang dan serai.


kacang tanah yang sudah di blend
Daging kambing


Cili kering

kacang yang sudah di blend dan di masukkan air.

Sedang di makan bersama bread dan nasi impit.Kek raya sikit..hehehe..

SELAMAT MENCUBA..JIKA TAK FAHAM,BOLEH TANYA YA...πŸ˜€



Monday, December 5, 2016

CUTI LAGI

Hujung tahun tiba bermakna cuti sekolah lagi.Agak panjang,lebih sebulan.Namun bagi seorang cikgu,cuti bermaksud tidak mengadap muka murid sahaja kerana ada sahaja kerja yang perlu diuruskan. Ada guru yang berkursus, ada yang bertugas di sekolah  dan ada yang rajin menghias dan menganti BBM yang ada. Masa ini ada lah untuk memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengenali dan lebih rapat dengan anak-anak. Selama ini,anak asyik bersekolah pagi ke petang,malam mengadap buku atau tuisyen. Ibu bapa pula sibuk bekerja hingga perubahan yang berlaku pada anak pun tidak di ketahui Masa inilah ibu bapa bermain,bercerita dan memantau perubahan anak. Lihatlah anak anda sudah tinggi,gigi susu sudah tiada, rambut sudah panjang, jerawat sudah tumbuh atau pelbagai perkara yang selama ini anda ibu bapa terlepas pandang. Guru-guru juga jangan lupa lihat dan peluk anak sendiri ya...selama ini kita asyik menjaga anak orang sehingga anak sendiri terabai.

SELAMAT BERCUTI SEMUA...