Jom klik iklan

Saturday, December 7, 2013

Banjir dan musim tengkujuh

         Terasa ngeri membaca dan melihat keadaan banjir di Kuantan,Pahang dan negeri-negeri lain yang terlibat dalam banjir yang dikatakan terburuk setakat ini.Semoga keadaan ini tidak berterusan dan tidak pula menular ke negeri-negeri lain termasuk Sarawak dan Sabah. Sik sanggupku...


          Banjir terbesar terakhir di Serian,Sarawak adalah pada tahun 2009. Banjir yang tiba bersamaan dengan guru-guru semenanjung yang baru posting ke Sarawak. Kasihan mereka apabila terpaksa mengharungi banjir dan tinggal dalam keadaan serba kekurang kerana terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air. Pada waktu itu juga,kelas pra sekolah saya tenggelam sehingga ke paras bumbung dalam 2-3 jam kerana air sungai Tema meningkat mendadak kerana tidak dapat menampung air dari bukit-bukit dan gunung-gunung sekitar Tebedu. Walaupun hanya 2-3 jam tenggelam ia sudah cukup memberi impak yang besar terhadap kelas saya. Sekembali ke sekolah setelah jalan Tebedu dapat dilalui menyaksikan kelas saya kotor,berlumpur dan semua carta dan bbm yang tidak sempat diselamatkan rosak.Saya amat berterima kasih kepada cikgu George Tade,pengawal keselamatan sekolah dan orang kampung yang menolong mengalihkan barangan elektrik,makanan,buku-buku dan pelbagai lagi barang yang ada di dalam kelas pra tersebut. Terima kasih tidak terhingga juga kepada ibu-ibu murid pra sekolah dan guru-guru yang berada di sekolah yang telah membantu membersihkan kelas pra saya sepanjang ketiadaan saya kerana tidak dapat ke sekolah kerana jalan raya yang telah tenggelam. Pada waktu itu saya amat terharu dengan kerjasama dan bantuan yang saya dapat biarpun saya tiada di sekolah.  

          Banjir di Serian tidaklah memberi kesan yang terlalu teruk kepada saya kerana sepanjang berlakunya banjir-banjir besar di Serian,rumah saya tidak pernah dinaiki air. Banjir yang terakhir hanya mencecah lantai dapur dan di beranda tinggal 2 anak tangga lagi sebelum air mencecah lantai. Keadaan ini berlaku kerana ayah saya telah membina tiang rumah yang tinggi setara dengan jalan raya dalam 9-10 kaki tinggi. Semasa banjir,saya cuma menyaksikan orang ramai seolah-olah pesta air menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku. Memang ada yang terpaksa berpindah ke Dewan Masyarakat Serian dan rumah saudara mara namun ia tidaklah terlalu serius seperti keadaan di semenanjung. Bantuan makanan amat jarang kami terima dan kami tidak kisah kerana bandar serian tidak tenggelam dan kami juga boleh ke Kuching dengan mudah. Ada juga jalan raya yang terputus namun ia masih boleh dilalui oleh kenderaan berat. Ramai juga orang  yang mengambil kesempatan membantu pemandu-pemandu kenderaan yang tersangkut dengan menolong menolak kenderaan terbabit. Ada juga yang mengambil kesempatan mengenakan harga yang tinggi bagi bantuan yang dihulur namun ada ramai juga yang ikhlas. Membaca kesukaran orang ramai yang terbabit dalam banjir di semenanjung,saya berasa bersyukur saya berada di Serian yang banjirnya tidaklah terlalu teruk. 


        Ada satu perkara yang saya suka tentang banjir besar di Serian. nak tau apa?CUTI KERANA BANJIR. Nak buat macam mana,nak pergi ke PPD,jalan ke PPD pun tenggelam. Nak pergi ke sekolah,jalan pun tenggelam. Baik duduk kat rumah,layan mata dan perut. Betul tak?hehehehe...tapi sekarang,kalau banjir saya akan tinggal di sekolah. Sayang kelas saya.... 


No comments:

Post a Comment