Jom klik iklan

Thursday, April 19, 2012

Apa boleh saya buat?

Berniaga melalui internet ini membuatkan saya sedar akan risiko yang perlu kita tanggung. Sebagai penjual, kita perlu berhati-hati dalam menerima pesanan dan pastikan bayaran telah dibuat serta menghantar barang mengikut spesifikasi yang pelanggan hendak. Kadang kala barang yang mereka pesan tidak ada dan kita perlu gantikan. Itu kebanyakan peniaga internet yang saya pernah beli dan mereka memang jujur berniaga. Namun ada juga yang sudah terkenal dan beria-ria dalam website,blog dan fb mereka mengatakan mereka peniaga yang menjual barang pada harga terendah,banyak cawangan dan mengatakan diri mereka peniaga yang jujur. Jadi sebagai peniaga kecil-kecilan yang baru hendak mula,saya pun beli. Pada mulanya dapat barang separuh,bila ditanya baru dapat lagi barang yang dipesan. Itu ok,saya boleh terima. 

Kali kedua pesan,barang yang sampai ada kekurangan namun saya tidak semak betul dan rasa mungkin kesilapan saya menghitung jadi saya abaikan kekurangan pada pesanan kedua. Pesanan ketiga saya buat dan saya kira dan semak betul-betul barang yang sampai dan sah ada kekurangannya. Bila ditanya mereka kata akan kirim dan memang betul mereka kirim termasuk resit sekali.Malangnya barang yang dihantar masih kurang dan pada resit mereka tandakan sudah dihantar. Bila ditanya berulang-ulang melalui sms,email dan mesej di fb,jawapan yang diterima sudah dihantar.Namun sehingga kini saya tak pernah terima. Mungkin mereka rasakan mereka betul kerana dalam resit semua telah ditanda sedangkan masih ada barang yang tercicir. Bila sehingga kini mereka tidak membuat apa-apa tindakan,jadi saya rasa mereka tidak akan mengirim barang yang tidak ada itu. Kesian bagi diri saya,terlalu mempercayai mereka yang pada saya WANITA MELAYU,ISLAM dan JUJUR. Memang kerugian beratus ringgit itu kecil bagi orang lain,tapi banyak bagi saya. Tidak apalah,itu pengajaran yang sangat berguna. Saya tidak dapat membuat apa-apa tindakan,hanya Allah sahaja tempat saya berserah. Semoga rakan yang lain berhati-hatilah ya...

Wednesday, April 11, 2012

Kasihan anak...

 Kita tidak dapat menyalahkan 100% ibu bapa anak-anak yang mendera anak-anak ini.Memang mereka memerlukan kesabaran yang amat tinggi dalam melayan anak-anak istimewa ini. Sedangkan kita anak-anak normal pun tak terkawal,inikan pula yang bermasalah.Kelas saya ada sorang budak istimewa yang saya pun tidak tahu apa masalahnya. Dia tidak boleh duduk diam,suka main lego dan bersendirian.Bercakap pun saya tak faham. Dia selalu bertindak cepat apabila melakukan perkara yang tidak dibuat oleh rakan-rakan sebayanya. Misalnya buang sampah pensel merata tempat,menyepahkan lego,mengacau bbm,mengambil barang cikgu atas meja atau menconteng kertas kakak(PPM).Apabila dilarang,dia faham tapi sikap dan penerimaannya macam Athirah,anak saya yang baru 2 tahun 5 bulan. Semuanya dia anggap kita bermain dengannya.kadang kala bila dah tak sabar mau juga tangan ni berjalan.Walaupun setengah,sempat lagi dia buat aksi mempertahankan diri.Nampak sungguh dia biasa dipukul.Maklumat dari ibu dan jiran-jiran semua mengatakan dia nakal.Pada saya,dia bukan nakal,cuma dia tak tahu itu salah.Dia bukan bodoh,cuma lambat faham kerana ketidakmampuan berkomunikasi.Bila dia bercakap,saya rasa sedang menonton movie God Must Be Crazy..macam tu ler bunyi bahasanya.Tapi bila disuruh menolong kakak ppm,dia suka dan pandai pula.Itu bererti dia bukan bodoh,cuma dia ada dunia sendiri yang kita tidak faham dan saya pula tidak dapat menyelami dunia dia...Kasihannya dia...


Sunday, April 8, 2012

Kabus di Serian

Sekarang ni,cuaca setiap hari panas,panas dan panas...petang-petang pula hujan turun..awal pagi yang paling best,kabus..jom tengok gambar...
Tu kabus dah pukul 6.30 pagi...kalau lagi awal memang tak nampak jalan..boleh menyebabkan sesat tu..hehehehe....(jangan jadi alasan tak p kerja ya)...
Suka kabus,rasa segar udaranya..ala-ala kat London..hehehe..tapi kalau kabus tebal macam tu memang cuaca akan sangat panas haritu...tu yang tak best tu....



Saturday, April 7, 2012

Penang,Kedah dan Perlis

Hai,lama betul tak update blog..bukan apa,malas nak puka laptop..guna tepon kecik sangat pula,tak selesa nak menaip...Hari ni,update blog sambil jaga kedai...ya,jaga kedai..at last..buka juga setelah berbulan tunggu..hihihi..semoga rezeki kami murah dalam bidang yang baru diceburi ni...amin..

Minggu lepas,sempat menjenguk Pulau Pinang,Kedah dan Perlis dalam misi mencari barang untuk diisi dalam kedai. Mula-mula cadang nak pergi Kelantan,tapi sepupu suami, Azlan Bin Sapawi atau nama glamernya Capan,offer bawa kami ke Padang Besar. Wah,kecik tapak tangan,nyiru saya tadahkan...bermulalah misi mencari barang-barang abang Jamal (dia yang shopping sakan) dan barang-barang saya..(takde sangat,KL lagi bagus)

Bila di Negeri Kedah,terasa sangat kerinduan terhadap negeri yang telah 13 tahun ditinggalkan..memang banyak sungguh perubahan sehingga yang saya kenal cuma Menara Alor Setar dan simpang ke UUM. Hebat sungguh...teringat dulu jalan UUM yang berdebu,bas buruk,pakcik konduktor yang ramah dan berasak-asak dalam bas balik dari PMC..sungguh indah bila dikenang kembali...huhuhu..rindulah kat kawan2...sekarang semua berbeza...masing-masing dah ada kehidupan sendiri.Nak jumpa pun susah.Nasib baik ada FB,kalau tak memang terputus terus hubungan...