Jom klik iklan

Wednesday, November 14, 2012

Tandas oh tandas..

Apa aktiviti anda semasa cuti sekolah ni?Mesti antaranya berjalan-jalan ke pusat membeli belah..Jalan-jalan jer,tengok ada jualan murah ke atau ada apa-apa yang menarik.Tidak membeli apa-apapun selain air minuman atau makan di bangunan shopping complex itu. Sesuai dengan tajuk entry kali ini iaitu TANDAS amatlah penting setiap kali berjalan-jalan. Semalam kami berjalan ke shopping mall antara yang terbesar di Sarawak iaitu Boulevard Shopping Mall. Memang besar tapi kami seperti biasa cuma naik ke tingkat 4 untuk ke tempat permainan dan biar Jaz dan Tirah main puas-puas sambil kami berdua duduk berurut selama 1/2 jam seorang...hehehe..cuma RM5 jer.

Setelah puas bermain,kamipun pergilah makan. Tempat makan memang besar dan menu semua lazat-lazat. Nak dijadikan cerita,sedang enak makan,si Tirah pun sibuk nak berak.Alahai anak dara ni,potong stim betul...Jadi saya pun bawa dia ke tandas yang terdekat. Ala,yang dekat lift tu,depan atm mesin. Tandas memang banyak,berbintang-bintang lagi tanda tingginya taraf dia. Tapi yang sangat menyakitkan hati ialah TIADA PAIP AIR DALAM TANDAS. Cuma 1 sahaja yang ada paip,jadi terpaksalah menunggu. Akhirnya dapat jugalah guna tandas dan Tirah cuma kencing sahaja. Dia ni sejak tidak menggunakan lampin pakai buang,belum pandai hendak membezakan hendak kencing atau hendak berak. Bukan itu yang saya hendak ceritakan,tapi keperluan air dalam tandas. Memang tandas di Boulevard banyak,tapi banyak yang tiada paip air. Tisu pun tidak ada. Kenapa tiada paip air dalam tandas?Takut tandas basah ke?Sudah tu kalau orang hendak berak dan cuci bagaimana?tisu pun tidak ada....Teringat semasa pergi ke shopping mall yang tidak kurang cantik dan besarnya iaitu The Spring. Shopping Mall memang best,cantik,hebat dan sebagainya tapi tandas???? Berpusing-pusing saya mencari tandas yang ada air dan tidak jumpa. Bila tanya kawan,rupanya ada di tingkat 4 yang dikenakan bayaran RM2 kalau tidak silap. Tidak kisah dengan harganya apabila keadaan sudak mendesak.Namun tiada anak panah atau pemberitahuan di mana tandas ada air dan akhirnya terpaksalah keluar dari The Spring yang lawa itu dan cari stesen Petronas yang terdekat untuk melepas hajat. Kesukaran mencari tandas yang ada air telah menyebabkan The Spring bukanlah tempat pilihan untuk window shopping atau membeli belah.



Persoalan yang saya sering fikirkan ialah kenapa tiada air di tandas? Moden sangat ke kita sampai tidak perlu mencuci apa-apa yang patut?Saya boleh terima jika hanya buang air kecil,kalau air besar?Nak guna tisu?Semasa di The Spring haritu tisu bersepah dan tandas???Masya Allah,terbantut saya hendak masuk.
Tolonglah fikirkan kepentingan air dalam tandas bukan hanya fikirkan jimat air atau takut basah. Ada juga tempat-tempat berkursus yang tiada air dalam tandas sehingga kami terpaksa membeli air mineral untuk digunakan. Menyampah bukan???



4 comments:

  1. Aslmkum Dyg Citra.
    Kalau tandas tak da air mmg tak bersih nak buat airkan.kdg2 pergi shopping mall yg besar dan cantik tp toilet tak da air..hanya tisu..emmmm...mmg tak patut...esp nak bersihkan anak2.

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam Mamasya..memang betul sangat..selalu macamtu..tak tahu kenapa tandas2 tu macamtu..hotel2 pun selalu tandas takde paip air...cantik tapi paip air takde camna nak bersihkan diri..pelik betul...

    ReplyDelete
  3. mindset orang zaman sekarang benda lain sangat dititikberatkan tapi perkara asas seperti kebersihan tandas pun dianggap sambil lewa je... done follow u - Noob

    ReplyDelete