Jom klik iklan

Wednesday, August 15, 2012

Tempoyak Goreng Udang

Sabtu lalu adik saya Shawal request nak makan tempoyak goreng pula. Dia memang minat makan tempoyak goreng.  Memang ramai yang letak resepi tempoyak goreng,tapi saya nak juga tulis resepi tempoyak goreng versi saya pula...



TEMPOYAK GORENG UDANG

Bahan-bahannya: 
1.Semangkuk tempoyak
2.6-7 biji cili kecil.kalau cili besar cukuplah 2 biji.Tapi yang suka pedas,sila tambah banyak-banyak cili suka hati awak ye...
3.Udang yang sudah dibuang kulitnya
4.minyak masak 
5.Gula
6.Sedikit serbuk kunyit (kalau suka.Letak sajer nak bagi effect kuning menawan)
7.3-4ulas bawang merah
8.3-4 ulas bawang putih

(Anggaran minyak masak dan gula adalah bergantung kepada banyaknya tempoyak.Jika tempoyak masam,perlu letak banyak gula supaya rasa tempoyak tidak terlalu masam.Jika tempoyak masih baru dan tidak masam,jangan tambah gula.Tambah garam jika tempoyak anda adalah asam durian yang tidak ada diletakkan garam semasa proses membuatnya.Harap maklum ya)

Cara membuatnya:

 1.Tumbuk bawang merah,bawang putih dan cili sampai agak lumat.

 2. Masukkan ke dalam mangkuk tempoyak.

 3. Masukkan udang,gula dan serbuk kunyit juga. Panaskan kuali dan panaskan minyak masak. 


  
4. Masukkan tempoyak tadi.pastikan tempoyak itu tengelam dalam minyak.Sebab kalau minyak kurang,tempoyak akan hangus.  Masak hingga agak kering dan kekuningan.


5. Tempoyak dah masak bolehlah dihidangkan.Kalau tak cukup pedas,makan dengan cili padi ya.


Meleleh lak rasa air liur ni...sabar...puasalah....



 

6 comments:

  1. Alamak terlambat la baca post ni..kalau tak sempat buat untuk raya hari tu..hihi

    ReplyDelete
  2. Slmt menyambut hari Raya Aidilfitri buat Dayang sekeluarga. masakan tempoyak pasti sedap.....boleh bertambah nasi bila makan...

    ReplyDelete
  3. Takpe KizZ,boleh buat masa kenduri kawen nanti..hahaha..

    Terima kasih Mamasya..memang sedap..makan ngan nasi gitu jer..

    ReplyDelete
  4. mmm... bikin ngeces :) hehe makasih resepnya bun.

    ReplyDelete