Jom klik iklan

Tuesday, November 29, 2011

Durian oh durian

Pagi tadi memborong buah durian bersama ibu tersayang. Dia memang minat durian. Lebih RM100 hanya untuk memborong buah durian. Cadang mak saya dia nak buat tempoyak. Jom layan gambar durian.







Tempoyak

Cara-cara membuat tempoyak

1 biji durian diambil isinya
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Campurkan garam ke dalam isi durian dan gaul rasa. Rasakan sedikit. Kalau ada rasa masin,cukuplah garam tu. Lepastu, toskan semalaman. Esok boleh simpan dalam peti ais.Kalau nak cepat masam,jangan simpan dalam peti ais. Tujuan mengetos supaya airnya keluar dan tempoyak nampak kering dan tidak mudah rosak.



Monday, November 28, 2011

Butik pengantin

Hari ini saya ingin memulakan perniagaan secara online menjual baju pengantin. Siapa-siapa yang berminat boleh contact saya melalui email dayangcitra@hotmail.com atau call saya 0198245464. Saya juga boleh tolong carikan baju-baju pengantin mengikut kemampuan anda. Sesiapa yang berminat contact lah saya..Jangan malu-malu..


sila buka fb saya Unique Sarawak Serian 

ada banyak pilihan dan updated...

Thursday, November 24, 2011

Birthday Fasiha Athirah

Semalam bawa Athirah ke klinik Ibu dan Anak untuk timbang. Sebenarnya dah lambat lebih 2minggu,langsung tak ingat tengok kad klinik. Patut bawa Athirah 7.11.11 tapi masa sebelum cuti memang sangat-sangat sibuk hingga terlupa. Birthday Athirah pun saya sambut dengan budak-budak pra secara sederhana. Takpelah dia kecik lagi.Bagi saya bukan keutamaan untuk menyambut harijadi.Birthday Athirah 4.11.2011 saya sambut sederhana dengan sebiji kek coklat dan apam polka dot yang saya ubahsuai dengan menulis huruf diatasnya. Bukan apa,sajer buat kelainan sikit.

 Resepi ambik kat Mamasya.Sila klik kat sini,jangan malu2..hehehe...





Topping kek yang tak menjadi...huhuhuhuhu .Kek ni memang sentiasa menjadi cuma tempat letak je yang menyebabkan ia nampak tak menjadi. Tapi memang moist dan sedap.Tapi dah lupa blog mana saya ambil.Sorry yek...


Monday, November 21, 2011

Aiskrim mudah

Lama sungguh tak update blog..Bukan setakat malas tapi line internet yang menjadi penghalang utama. Kesibukan di sekolah sebab dah hujung tahun jadi pelbagai aktiviti di sekolah menyebabkan saya tak dapat balik rumah mak selalu.(kat rumah ada Streamyx).  Line internet kat sekolah kadang-kadang laju,kadang-kadang semput. Paling banyak line dia 'no connection'. Buat buang duit je kerajaan bayar mahal-mahal tapi cikgu-cikgu tak dapat online. Dah le sekarang semua benda kena isi online.Kesian kawan-kawan yang terpaksa langgan broadband untuk online.Yelah,kalau mengharapkan line kat sekolah,sampai due date pun tak ter 'key in' markah-markah tu.Sorry,membebel  pula.

Hari ini saya nak kongsi bagaimana buat aiskrim yang paling simple tapi sedap dan jimat. Saya ni malas,jadi semua benda saya nak buat mudah,cepat dan sedap.

Aiskrim Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:

1 tin susu pekat (505ml) tin kecik boleh juga tapi sikitlah jadinya

1 botol kecil ovelet.Saya suka guna 110g dibahagi 2.Kalau nak letak sebotol tu pun boleh tak ubah apa-apapun.

1 biji telur. Tak kisah saiz apa,tapi saya selalu guna saiz A atau B.

3 sudu makan serbuk coklat.(kalau nak buat perisa coklat).Kalau nak perisa lain pun boleh.

1 1/2 tin air.(guna tin susu tadi)

Cara membuatnya:

 1.Adun telur dan ovelet sampai kembang sebati.
 2. Masukkan susu,air putar sampai sebati.
 3. Masukkan serbuk koko dan putar sampai sebati.Kalau suka boleh letak coklat masakan,cip coklat atau lain-lain tambahan.Kalau rajin juga boleh bahagi 2 atau 3 bahagian dan bagi perisa berlainan.

 4. Putar sampai pekat dan kalau angkat sudip tu aiskrim nampak pekat.
 5. Masukkan dalam bekas yang boleh memuatkan lebih 1.5kg aiskrim.
 6.Simpan dalam peti ais dan bekukan.Dah beku,boleh cedok dan makan.Makan dengan roti pun sedap.


 7. Aiskrim perisa jagung.Kalau rajin letak jagung hancur.
 8. Saya suka guna bes minuman Tamin.Bau dia harum dan sedap. Kalau ikut resepi tuannya yang asal,dia guna pewarna dan perisa sahaja.

Aiskrim yang terhasil lebih daripada 1.5kg. Jadi bagi yang rajin,boleh asingkan dan letak perisa berlainan. Antara banyak-banyak aiskrim yang saya buat,aiskrim coklat adalah hasil yang terbaik. Teksturnya pun berlainan. Cubalah,gerenti akan nak lagi.Ada kawan saya dia takde mixer,dia guna blender sahaja. Ada juga yang gantikan serbuk coklat dengan milo.