Jom klik iklan

Friday, December 30, 2011

Tahun baru,azam baru dan sesi persekolahan 2012

Tahun 2011 tinggal 1 hari je lagi.Dah tercapai ke segala cita-cita kita atau apakah bersambung lagi tahun depan?Azam tahun depan pula apa?Terus terang saya takde azam yang nak dicapai mengikut tahun.Azam saya sentiasa berubah,bertambah atau berkurang mengikut keperluan saya pada masa itu. Misalnya azam nak jadi peniaga.Takde langsung dalam list tahun lepas berniaga akan jadi azam saya tahun ni tapi semuanya secara tiba-tiba. Semoga azam itu akan tercapai dan menjadi kenyataan.Sekarang ni tengah usaha dan banyak kena berkorban. Antaranya terpaksalah berpindah duduk kat umah mak...huhuhuhu..sedihnya..bukan sedih duduk umah mak tapi sedih kena tinggalkan rumah kuarters tu yang sangat selesa,dekat sekolah dan tidur yang lena kerana kena bangun awal dan bertolak awal ke sekolah. Itulah,terpaksa bekorban banyak perkara. Belum lagi melibatkan wang ringgit dan usaha...tapi itulah kehendak dan azam yang kami berdua (suami)hendak capai. Semoga segala cita-cita akan tercapai.

Pasal persekolahan sesi 2012 pula...alahai tinggal berapa hari je lagi....hhhmmmmm......jadi macam biasalah,semua dah jadi rutin setiap tahun. Bila dah rutin takdelah tekanan sangat..Bukan macam jadi GSTT dulu sebab banyak yang tak tahu..hehe..buat kawan2 yang dapat pindah tu,semoga dapat mengadaptasi diri di sekolah baru...


SELAMAT TAHUN BARU 2012

No comments:

Post a Comment