Kangkung rasanya semua orang kenalkan,tapi bunga durian,ada yang tidak kenal. Ada juga yang tidak tahu bahawa bunga durian ni sedap bila dimasak. Haritu balik dari sekolah sempat lagi mengutip bunga durian yang bertaburan di tepi pagar sekolah. Memang sedap untuk dimasak tumis kering. Lepas dibersihkan dapatlah semangkuk kecil.Di sebabkan keluarga ni ramai,jadi alternatif yang ada selain dicampur dengan cangkuk manis atau sayur daun yang lain,saya campurkan dengan daun kangkung.Bagi yang tak kenal bunga durian,meh tengok gambar.Saya ambik kat google ni..
Bunga durian kat atas pokok.Belum pecah lagi
|
Bunga durian yang telah dibersihkan |
|
|
|
|
|
|
|
|
Bunga durian kenalah dibersihkan dulu,buang biji2 kat atas dia,kalau tak sayur akan berlendir.Tak best pula kalau berlendir.
Cara masak:
Semangkuk bunga durian
Seikat kangkung,bersihkan
2 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sedikit belacan
10-15 ekor ikan bilis
cili hidup 2-3 biji (kalau suka pedas boleh tambah)
Minyak untuk menumis
Sedikit garam dan bahan perasa
Setengah gelas air
Cara memasak:
Tumbuk semua bahan di atas kecuali minyak sehingga lumat. Panaskan kuali dan tumis hingga naik bau. Masukkan bunga durian dan sayur kangkung. Masukkan air (jangan banyak sekadar untuk memasakkan sayur),garam dan bahan perasa. Balik-balikkan sehingga masak.(jangan lama sangat nanti sayur layu sangat tak sedap).Setelah siap bolehlah dihidangkan panas-panas.
Sorrylah,gambar tak cantik sebab ambik waktu dah start nak makan..hehe..tapi memang sedap.Trylah..
tqvm dayang berkogsi resipi,nanti akak mau try masak, first time nak cuba, kutip bunga durian ni masa pi kebun kawan kemarin.
ReplyDeleteDah cuba?sedapkan..terima kasih kerana sudi nak mencuba resepi saya.
Delete