Jom klik iklan

Wednesday, December 14, 2016

KUAH KACANG

Lama tak menulis dalam ni,rindu pula.Lama dah masak kuah kacang tapi hari ni baru nak upload. Hari raya hari tu,3 kali masak kuah kacang.Pertama,menggunakan ayam,kedua,guna daging lembu dan ketiga menggunakan daging kambing. Semua menggunakan kaedah yang sama,namun rasa berlainan. Peribadi,saya lebih suka kuah kacang ayam. Rasanya lebih sedap,bagi tekak sayalah...apapun,jom tengok resepinya..


KUAH KACANG DAGING KAMBING


Kuah kacang versi mak saya ni memang mudah.Bahan-bahan yang perlu..

1. Kacang tanah.Nak buat banyak,belilah banyak kacang. Saya beli dalam suku kg je..Goreng tanpa minyak (aruk dalam bahasa Melayu Sarawak) hingga masak. Buang kulit dan tumbuk(blend) kasar.Jika halus sangat tidak sedap. Jika tidak pandai nak goreng tanpa minyak,gorenglah kacang itu dengan minyak. Tidak ada kesalahan pun.Jika malas nak buang kulit,blend ajerlah dengan kulit-kulitnya sekali. (versi saya yang malas..hehehehe)

2. Cili kering RM1. Beli yang warnanya merah dan biasanya pedas. Sebab warna kuah akan menjadi cantik jika cili kering itu merah. Kalau nak pedas,letak cili banyak-banyak. Kalau sakit perut,tanggung sendirilah ya...hahaha...😂

3. Halia sedikit
3.Serai
4. Bawang merah dan bawang putih
4. Daging ayam@daging lembu@daging kambing @ tidak perlu letak apa-apa jika hendak makan dengan sate.

Blend semua bahan di atas. Lepas tu,ambil periuk sederhana besar,masukkan semua bahan dan air. Masukkan air sehingga tenggelam kacang tu.Kira-kira sekali banyak kacang itu. Kita perlu masak lama sehingga kacang itu keluarkan minyak dan kembang. Masak dengan api yang sederhana. Jika kurang air,tambahkan air.Sesudah itu,masukkan gula dan garam secukup rasa. Biasanya gula memang banyaklah. Kuah kacang paling best jika dibiarkan semalaman sehingga kacang sudah kembang dan kuah menjadi pekat. Mudahkan...

Halia,bawang dan serai.


kacang tanah yang sudah di blend
Daging kambing


Cili kering

kacang yang sudah di blend dan di masukkan air.

Sedang di makan bersama bread dan nasi impit.Kek raya sikit..hehehe..

SELAMAT MENCUBA..JIKA TAK FAHAM,BOLEH TANYA YA...😀



2 comments:

  1. Nampak mcm sedap...nanti raya bole cuba. X pernah lah pulak saya jumpa kuah kacang campur dengan daging....

    ReplyDelete