Jom klik iklan

Friday, May 30, 2014

AKTIVITI MASA CUTI SAYA

Yahhooooo cutiiii...eh,cikgu pula terlebih seronok..hihihihi..bukan apa,cuti sekolah bermakna cikgu cuti dari mengadap muka budak. Hilanglah stress untuk 2-3 hari (minggu).Stress marah sebab kenakalan budak,kerja tidak siap dan sebagainya. Memang ramai lagi cikgu-cikgu yang ada aktiviti lain yang berkaitan dengan sekolah pada masa cuti ini. Tapi bagi saya,cuti tetap cuti..jom enjoy...

Apa aktiviti saya masa cuti sekolah?Cuti kali ini saya jaga kedai.Pekerja?adik saya sudah berhenti kerja sebab sudah mendapat pekerjaan yang lain. Sambil duduk-duduk tunggu pelanggan,saya menaiplah apa yang patut,mengoogle apa-apa yang menarik dan mengambil gambar dan upload gambar apa yang perlu. Esok hari Gawai. Kalau tidak ada aral melintang,kami akan pergi ngabang. Ngabang maksudnya berkunjung ke rumah terbuka kawan-kawan bukan Islam dan bukan Melayu@Cina yang menyambut Hari Gawai. Hari gawai adalah pesta meraikan selesainya menuai padi. Sambutan Hari Gawai adalah yang paling besar di Sarawak. Mereka biasanya membuat rumah terbuka selama 3-7 hari dan kita boleh pergi ngabang bila-bila masa. 

         Tidak risau tentang makanan?halal ke?alamak..kawan hidang makanan bermasaklah,nak makan ke tak ni?.... Itu mungkin antara persoalan yang bermain di fikiran ramai orang Islam di semenanjung Malaysia. Jangan risau, ada mulut tanyalah,sapa masak,beli kat mana... TAPI,majoriti rakan-rakan yang menjemput orang Islam,mereka juga menjaga sensitiviti orang Islam. Ramai antara mereka yang memahami dan menjaga hal halal haram makanan yang mereka hidangkan kepada orang Islam. Ramai antara mereka mempunyai ahli keluarga yang telah memeluk agama Islam. Jika tiada pun,mereka ada ramai rakan-rakan beragama Islam. Jika mereka tidak memasak makanan tersebut,mereka biasanya menempah daripada tukang masak Melayu. Pinggan mangkuk?gelas? Biasanya mereka menggunakan barang yang baru dan bukan yang pernah mereka isi dengan makanan tidak halal. Jangan terlalu memikirkan tentang perkara itu terlalu dalam kerana Islam itu mudah. Jangan terlalu disempitkan sehingga keraguan yang melampau boleh menyebabkan makanan yang halal menjadi haram. Jika anda ragu-ragu,paling selamat jangan makan. Makan sahaja kekacang,buah-buahan yang diketahui halal dan jika ragu tentang gelas,minta sahaja air tin.Mereka tidak akan berkecil hati selagi anda sudi bertandang di rumah mereka. Tapi jika sudah terlalu ragu dan bimbang,duduk sahaja di rumah ya....


SELAMAT HARI GAWAI 2014

No comments:

Post a Comment