Jom klik iklan

Thursday, April 11, 2013

Cuti-cuti tempat sendiri

Semalam 31.3.2013 sempatlah menghabiskan masa melancong tempat sendiri. Memang menjadi kesukaan saya sekeluarga untuk menghabiskan masa bercuti di pantai jika ada kesempatan dan lebih kewangan...hehe..Tapi yang best kali ini saya dapat voucher penginapan 2hari 1 malam percuma..Thanks adik kesayangan yang beri voucher tu.Lain kali bagi lagi ya..hahaha...

Kali ini kami menginap di Hotel Damai Beach Resort,hotel yang belum pernah saya duduki. Hotel-hotel sebelah dia seperti Santubong Resort (One Hotel) dan Damai Puri saya pernah inap dahulu. Kem Permai pula semasa BIG di maktab dulu. Jadi lengkaplah semua hotel di situ pernah saya duduk. Semalam kami mendaftar sebelum pukul 2 petang tapi Alhamdulillah boleh masuk awal. Walaupun ada voucher, saya kena bagi juga deposit sebanyak RM100. Jazli pula sebab dah berumur 6 tahun dikenakan bayaran RM20.20 (kalau tak silap) untuk sarapan pagi. Nombor bilik 102,bangunan dekat pantai,dekat kolam dan dekat cafe... suka,suka,suka...

Masuk je ke dalam bilik,Jazli dan Athirah terus melompat atas katil. Nasib baik dapat bilik 2 katil standard dan biliknya juga cantik dan luas.Namun yang kami tidak dapat tahan ialah suhu sejuk dalam bilik itu. Wah,memang sangat sejuk. Saya naikkan kepada 30'c pun masih mengigil. Akhirnya off jelah. Petang tu kami keluar jalan-jalan cari makan ke Medan Niaga Satok. Tempat kegemaran untuk makan tomyam campur dan nasi ayam penyet. Harga dan kesedapan bolehlah tahan. Cuma yang tidak boleh tahan pada masa itu ada pertandingan nyanyian. Bising sungguh,nasib baik suara penyanyinya boleh tahan merdu. Ada yang bunyi macam Siti Nurhaliza,Ziana Zain dan Hafiz. Memang hebat dan boleh tahan suara-suara penyanyinya.

Balik sahaja ke bilik, Jazli dan Athirah sibuk hendak mandi. Memandangkan hujan lebat pada masa itu,mereka berdua mengambil kesempatan berendam dalam bath tub. Fuh,muat jer dia orang tu dan tak reti sejuk langsung. Malamnya, kami lepak dalam bilik sahaja sebab hujan masih turun dan malas hendak keluar. Di sebabkan sudah penat berendam,kedua-dua mereka pun tidur awal.

Hari ini pula,seawal pagi Jazli sudah bangun. Sibuk jer nak ke pantai. Selepas sarapan,mulalah aktiviti jalan-jalan di pantai. Athirah seperti biasa,takut pada ombak.Tapi akhirnya dia main juga air. Abangnya Jazli memang suka berendam dan main ombak. Tapi bapanya tidak suka anaknya bermain air masin jadi sekejap sahaja sudah disuruh berhenti. Sambung pula berendam dalam kolam.Dekat 1 jam berendam dalam kolam,kami balik ke bilik. Jazli dan Tirah sambung lagi berendam dalam bath tub. Memang tahan sejuk kedua-dua beradik ini. Lebih sejam juga berendam dalam bath tub. Kalau tidak di paksa berhenti memang sampai tengahari dia orang berendam.











































Jadi,jika ada kelapangan marilah kita sama-sama melancong di tempat sendiri...tempat sendiri apa kurangnya...mesti seronok...

2 comments:

  1. Aslmkum Dyg
    seronok abg & adik mandi manda...

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam....bestnya Mamasya jalan2 luar negara...jeles pula tengok... :)

    ReplyDelete