Jom klik iklan

Sunday, December 16, 2012

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA

Kedai Rakyat 1 Malaysia yang baru dibuka di Kuching memang besar dan cantik. Terletak di bekas gudang yang besar dengan tempat letak kereta yang juga luas. Kedudukan juga strategik kerana terletak di tepi jalan raya utama Kuching Serian. Sebelum pembukaan kedai 1 Malaysia,saya memang teruja dengannya. Hampir setiap hari mendengar iklan harga barangan yang murah sehingga 40% daripada barangan yang sama jenama lain membuatkan hati tidak sabar menunggu pembukaannya di Sarawak. 

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Kedai 1 Malaysia telah dibuka di Sarawak. Wah,pucuk dicita ulam mendatang. Saya tidak ingat bila kali pertama saya berkunjung ke Kedai 1 Malaysia dan pada hari itu ramai juga yang datang untuk melihat apa yang dijual di Kedai 1 Malaysia. Memang menarik,dengan warna merah terang yang memikat,susun atur yang kemas dan barang yang boleh dikatakan banyak. Namun,rata-rata yang datang tidak membeli apa-apa dan terdengar rungutan."baik beli di Boulevard","Giant pun murah","H&L pun sik semahal tok" dan pelbagai lagi rungutan kedengaran dari pengunjung Kedai 1 Malaysia. Memang benar,ada yang murah,namun lebih banyak yang mahal. Barang yang murah cuma yang ada label 1 Malaysia. Sedihnya,murah pun belum setanding dengan murah di kedai runcit atau hypermarket yang lain. Kalau setakat hendak beli tepung,gula,minyak masak dengan harga subsidi,di hypermarket lain pun boleh dapat harga yang sama. Susu tepung,susu manis,kordial pun mahal. Kalau ada yang murah cuma yang berlabel 1 Malaysia namun rasanya 'kureng' sikit. Sedih memang sedih. Harga barang di Kedai 1 Malaysia lebih mahal dari kedai lain. Hasrat saya ingin membeli belah di kedai 1 Malaysia telah terbantut. Sekarang,Kedai 1 Malaysia semakin kurang pengunjung. Setiap kali melalui Kedai 1 Malaysia saya pasti menoleh. Kereta yang diparkir depan kedai semakin kurang. Bagaimana kedai 1 Malaysia dapat bertahan jika tiada pembeli?Saya amat berharap perubahan dapat dilakukan. Juallah barang lebih murah atau setara dengan harga di kedai lain. Tolonglah semak harga dan buat perbandingan.Jangan jadi kedai berhantu nanti sebab tiada siapa datang membeli. Saya sayang dengan idea Kedai 1 Malaysia itu. Di harap pihak berkenaan dapat membuat perubahan secepat mungkin sebelum nasi menjadi bubur. Semoga Kedai 1 Malaysia tidak terkubur di Sarawak.

Contoh Kedai 1 Malaysia (ehsan Google)



No comments:

Post a Comment