Jom klik iklan

Saturday, July 23, 2016

Bila Keberanian Tidak Bertempat

Hari ini hari bersejarah untuk Sarawak...Perasmian SUKMA..tapi bukan pasal itu yang ingin saya coretkan tapi pasal keberanian budak@remaja yang rasa diri mereka hebat.Kenapa saya kata begitu?Mari saya ceritakan...

Petang tadi dalam perjalanan balik ke Samarahan dari HUS(Hospital Umum Sarawak)kerana melawat anak buah,masa itu keadaan sudah gelap kerana hampir waktu maghrib dan hujan sedang turun renyai-renyai. Suami tiba-tiba bertanya,"eh,ada motosikal di belakang kitakan?"Saya pun melihat ke belakang melalui cermin sisi sebelah saya.Samar-samar kelihatan sebuah motosikal mengikut rapat kereta kami.Bayangkan tanpa lampu depan dan belakang ,motosikal itu memang tidak kelihatan.Di tambah lagi dengan jalanraya yang tiada lampu jalan.Bukankah itu mencari nahas?

Saya tahu budak-budak yang naik motor tanpa lampu amat yakin mereka nampak jalan dan arah yang mereka tuju.Saya juga yakin mereka nampak kereta,lori,bas dan semua jenis nenek datuk kenderaan yang ada di atas jalan.Namun yakinkah budak-budak itu semua pengguna atas jalanraya nampak mereka dalam keadaan jalan yang gelap itu?Sedangkan waktu siang kerajaan wajibkan semua motosikal memasang lampu supaya mudah dilihat,apatah lagi di waktu malam tanpa lampu mereka memang tidak dapat di kesan kehadirannya di atas jalan.

Saya tidak kisah jika budak-budak itu kemalangan,patah atau mati atas jalan.Apa yang saya kisah ialah jika saya yang terlibat.Jika sekadar kereta saya kemek dan budak@mak bapa budak itu dapat bayar saya boleh maafkan lagi.Apa yang saya risau ialah jika saya@famili saya yang cedera dan mati.

Jadi budak-budak@penunggang motor tanpa lesen,tanpa lampu jika korang nak berkecai atas jalan,menempek atas lori,silalah ya asal tidak melibatkan saya dan famili saya..