Jom klik iklan

Monday, December 31, 2012

Jazli pra sekolah

Hari ini daftarkan Jazli ke pra sekolah bersama dengan Mai,sepupunya. Bersemangat betul pergi ke sekolah sambil bawa beg. Athirah pun sama sibuk bawa beg Angry Bird sedangkan bukan ada dapat bukupun..Jazli dapat masuk ke kelas pra 2 di SK Serian di bawah seliaan Cikgu Rahimah Kipli. Tinggal esok sahaja cuti, selepas tu mulalah musim persekolah 2013..


SELAMAT BEKERJA CIKGU-CIKGU DAN SELAMAT BELAJAR ANAK-ANAK MURID





cuti dah abis ke?huhuhuhu

Sunday, December 16, 2012

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA

Kedai Rakyat 1 Malaysia yang baru dibuka di Kuching memang besar dan cantik. Terletak di bekas gudang yang besar dengan tempat letak kereta yang juga luas. Kedudukan juga strategik kerana terletak di tepi jalan raya utama Kuching Serian. Sebelum pembukaan kedai 1 Malaysia,saya memang teruja dengannya. Hampir setiap hari mendengar iklan harga barangan yang murah sehingga 40% daripada barangan yang sama jenama lain membuatkan hati tidak sabar menunggu pembukaannya di Sarawak. 

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Kedai 1 Malaysia telah dibuka di Sarawak. Wah,pucuk dicita ulam mendatang. Saya tidak ingat bila kali pertama saya berkunjung ke Kedai 1 Malaysia dan pada hari itu ramai juga yang datang untuk melihat apa yang dijual di Kedai 1 Malaysia. Memang menarik,dengan warna merah terang yang memikat,susun atur yang kemas dan barang yang boleh dikatakan banyak. Namun,rata-rata yang datang tidak membeli apa-apa dan terdengar rungutan."baik beli di Boulevard","Giant pun murah","H&L pun sik semahal tok" dan pelbagai lagi rungutan kedengaran dari pengunjung Kedai 1 Malaysia. Memang benar,ada yang murah,namun lebih banyak yang mahal. Barang yang murah cuma yang ada label 1 Malaysia. Sedihnya,murah pun belum setanding dengan murah di kedai runcit atau hypermarket yang lain. Kalau setakat hendak beli tepung,gula,minyak masak dengan harga subsidi,di hypermarket lain pun boleh dapat harga yang sama. Susu tepung,susu manis,kordial pun mahal. Kalau ada yang murah cuma yang berlabel 1 Malaysia namun rasanya 'kureng' sikit. Sedih memang sedih. Harga barang di Kedai 1 Malaysia lebih mahal dari kedai lain. Hasrat saya ingin membeli belah di kedai 1 Malaysia telah terbantut. Sekarang,Kedai 1 Malaysia semakin kurang pengunjung. Setiap kali melalui Kedai 1 Malaysia saya pasti menoleh. Kereta yang diparkir depan kedai semakin kurang. Bagaimana kedai 1 Malaysia dapat bertahan jika tiada pembeli?Saya amat berharap perubahan dapat dilakukan. Juallah barang lebih murah atau setara dengan harga di kedai lain. Tolonglah semak harga dan buat perbandingan.Jangan jadi kedai berhantu nanti sebab tiada siapa datang membeli. Saya sayang dengan idea Kedai 1 Malaysia itu. Di harap pihak berkenaan dapat membuat perubahan secepat mungkin sebelum nasi menjadi bubur. Semoga Kedai 1 Malaysia tidak terkubur di Sarawak.

Contoh Kedai 1 Malaysia (ehsan Google)



BUTIK UNIQUE SARAWAK




Sunday, December 9, 2012

dilema orang kidal

Membaca dalam Kosmo! Online - Rencana Utama cerita tentang orang kidal memang benar. Saya juga salah seorang pengguna tangan kiri hampir dalam semua perkara kecuali makan. Memang mencabar bagi pengguna tangan kidal untuk melakukan atau menggunakan barang yang khusus untuk orang tangan kanan,misalnya, pengupas buah, memandu kereta, memasak dan mengaji. 

Sebagai seorang guru pra sekolah,cabaran saya setiap tahun ialah mengajar murid yang menggunakan tangan kanan untuk menulis dan menunjukkan contoh tulisan di papan tulis dengan tangan kanan. Memang nampak mudah,tapi itu adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh saya setiap tahun. Saya mengajar murid menulis dengan memegang tangan mereka dengan tangan kanan juga kerana sukar mengajar murid menulis jika kita menggunakan tangan kiri. Lagipun,orang kidal menulis di atas bukunya seolah2 terbalik. Jadi kedudukan tangan amat penting untuk mengajar murid menulis dengan betul. Namun semua itu hanya alah bisa tegal biasa..Tiada yang mustahil jika kita mahu melakukannya. Harap ibu,bapa,penjaga dan cikgu2 yang mengajar murid tangan kidal tidaklah memaksa mereka menulis dengan tangan kanan dan tunjuklah cara menulis yang betul juga dengan menggunakan tangan kidal. Kita cuma mengajar bentuk huruf dan nombor dan terpulanglah dengan tangan mana ia ditulis asalkan betul bentuk dan rupanya. 

Apa yang menarik,ada pendapat mengatakan orang kidal lebih bijak dari orang tangan kanan...betulkan?kami memang bijak sebab dapat hidup dalam dunia orang kanan tanpa banyak masalah....hehehehe